Friday, July 13, 2012

Breastfeeding : BF tak gemok..?

artikel yg dicurik dari incik bento...
*
*
*
*

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.
Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym. 


Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.
*
*
*
*
patutlah aku rase perut aku makin kempis...bile df naila tu, tkde la mcm perut buaya lg belipat sane cni...hahahaha....**padahal selalu skip makan, tu sbb tk buncit...cube makan, kompem muncit...lalalala...:p**

6 comments:

  1. perut aty masih sangat buncit..!!! arrgghhh...

    ReplyDelete
  2. wawa...aty dah reply mssg wawa..dah 2 kali..wawa dapat tak..??

    ReplyDelete
  3. waaaaa makin berkobar kobar nk BF anak ni.heee.

    ReplyDelete
  4. yeke? seronok nye.. kalau macam tu. tapi 6bulan : 0.09kg je kalau 2tahun baru 0.36kg je yg kurang. Sikit =(

    ReplyDelete
  5. yes...its true...sampaikan ira kene makan, dan makan dan makan lagi berkali2 untuk mendapat berat yang diidamkan...tetapi tidak berjaya...owwhhh, sadis...;(

    ReplyDelete
  6. terima kasih krn kongsi info yg bagus ni...

    jom sama-sama kita Bf

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates