Meh klik kejap~

Monday, April 14, 2014

3rd Pregnancy : 19 minggu

Sunyi sepi, lama-lama orang malas nak jenguk blog ni. Lama-lama orang pun tak kenal dah empunye blog ni. Hihihi. Kadang ade gak perasaan nak tutup terus je blog, sebab kemalasan berganda nak menaip, nak berblogwalking. Ampun ye kengkawan lama tak menjengah, tak mengkomen. Eh tapi kadang-kadang ade je baca-baca blog korang, tapi malas nak menaip komen. Mihmihmih.

Dah nak update siket pasal kandungan aku. Sekarang dah masuk 19 minggu. Fuh! Perut masih comel lagi. Kadang orang perasan aku mengandung, kadang orang cakap aku dah gemok. Dah nak masuk anak dua ni, bila orang cakap gemok, macam tak heran sangat dah. Lantak la, aku dah jadi mak orang, standard la badan mak-mak. Ekekeke.
Pergerakan baby. Aku dah rasa masa masuk 17 minggu hari tu. Hehehe. Comel sangat! Naila dulu aku start rasa masa 20 minggu ke atas. Itu pun Naila bagi sepakan padu bertalu-talu. Yang kali ni, pergerakan dia lembut je. Bila lembut lemah gemalai mula aku rasa macam geli-geli. Oooo kecik-kecik dah pandai nak main geletek-geletek ye. Selalu dapat rasa die bergerak waktu malam. Time-time aku dah baring atas katil, baru lah adik baby gerak sana gerak sini. Daddy pun dah dapat rasa baby gerak. Terus excited ala-ala first time nak jadi daddy.  
Beza pregnant Naila dengan kali ni, aku cepat penat. Kalau boleh weekend aku nak melepek je kat rumah. Kalau keluar pergi mall, jalan dari tempat parking nak masuk ke pintu mall, penat dia dah macam aku round 10 kali mall. Pffftttt. Pastu mula lah takde mood nak berjalan. Mula lah siket-siket ‘PFFTTTT’ ‘PFFTTT’, mengeluh penat! Tu belum lagi kalau kena kemas rumah. Abes satu badan sakit-sakit. Nak berjalan pun terhencut-hencut macam pergi merentas desa je. Ye okey paham, mungkin umur pun dah makin meningkat.
Dah ada perbezaan, mesti nak ada persamaan pulak kan. Kehkehkeh.
Persamaan prengnant sebelum dengan sekarang ni, kuat makan. Haaa tu tak boleh nak buat ape ah. Keje asek nak melantak je. Dari hari tu duk kata nak puasa, sampai opis menggagau cari makanan. Baru makan nasi setengah jam, terus cari makan lagi. Lapo! Lapo! Kang tak makan mula lah pening-pening la. Muntah-muntah la. Euuww mengada sangat kau kan!
Eh tetiba terpanjang pulak kan entry ni.
Klah, bai! Ada masa aku taip lagi.

Tuesday, April 1, 2014

Annaila : DUA TAHUN!

1 April 2014!
 
Faida Annaila genap 2 tahun! Weeweeetttt! Besar dah anak dara tu. Perangai pun boleh tahan sejak baik dari demam hari tu. Asek nak sentap je. Ouh lagi satu, taktau apesal budak tu anti siket dengan daddy die sekarang. Pantang salah siket, memang dia mengamuk betul dengan daddy dia. Dengan aku boleh betoleransi lagi. Kalau aku marah, dia marah, tapi last-last dia datang balik kat aku gedik-gedik. Kalau dengan daddy? Haaaa beparut pipi daddy dia cekau! Orang cakap sebab adik perempuan jugak kot. Jeng-jeng-jeng!
 
Kali ni gambo banyak siket la sebab masa dia umur setahun dulu aku tak dan nak susun gambar. Jadi kali ni aku masuk gambo dia sejak umur sebulan sampai la dua tahun. Alaaa tengok gambar budak kecik mesti lah best je. Lain la aku up gambar aku dari atas sampai ke bawah, mau muntah darah korang. Muahahaha!
 
Eh pehal panjang nau mukadimah nye. Okey dah-dah. Ini kisah Annaila.
 
Annaila ni patut lahir bulan March. Tapi sebab mungkin rezeki dia masih belum ada lagi time tu, maka budak kecik tu pun keluar la masa aku 41 minggu. Overdue seminggu. Jenuh aku pusing mall dari awal mengandung sampai la nak bersalin dengan harapan keluar la cepat-cepat, tapi takde la maknanya. Lewat jugak. Hehe.
 
Bila dah keluar, excited pulak nak tengok progress budak kecik tu. Annaila meniarap masa umur errrrr 4 bulan kot? Aku pun tak ingat. Yang aku ingat Annaila meniarap tapi tak ke-depan tak ke-belakang. Tengok anak orang lain dah laju je menyusur, Annaila lak static macam tu jugak. Umur dia 6 bulan lebih, baru la dia start menyusur. Hehehe. Agak lambat, tapi takpe lah. Sebab dia tetiba menyusur? Nak tengok Upin Ipin kat Ipad! Kalau aku tak tunjuk katun tu, takde maknenye kot die nak menyusur.
 
Merangkak pulak aku memang tak ingat bila. Hahaha. 
 
Start berjalan masa umur 11 bulan. Masa baru pandai berjalan aku rasa paling best! Sebab tengok dia terkengkang-kengkang jalan nak stabilkan badan. Pastu belaja nak corner ke kiri kanan ke belakang. Comel okey budak baru belaja bertatih. Masa tu rasa cepat la Naila belajar berlari pulak. Sekarang bila dah pandai lari, jenuh nak ngejar pulak!
 
Bercakap. Ayat pertama dia sebut. Mmmmm. Ntah la. Tak ingat pulak amende. Takpe la yang pasti sekarang kitorang dah boleh berkomunikasi. Dia faham kitorang. Kitorang faham dia. Walaupun pelat-pelat lagi.
 
Perangai dia pulak. Mmmmm sejak baik demam last week, dia berhangen siket. Taktau la apesal. Kang kalau salah siket, mula lah dia nak sentap. Macam pagi-pagi, bangun pagi senyum-senyum dah dengan aku. Bila daddy pulak tegur, "Good morning Naila!!", terus dia moody macam daddy ada buat salah besar dengan dia. Hahahaha. Kesian daddy. Tapi kalau umpan "Naila nak naik motor?" terus senyum leret dekat daddy sampai dengan mama pun dia boleh cakap, "Mama tinggal ye." Hemoh-hemoh.
 
Apa pun, aku selalu doa Naila jadi anak yang baik, dengar kata, rajin, eh semua yang baik-baik la. 
 
Nanti weekend kita makan-makan dengan Atok, Opah, TokMa, TokPa, Pakcik-pakcik, Makcik-makcik ye. Hehehe. :D 
 
SAYANG SANGAT KAT AWAK FAIDA ANNAILA!
 
Gambo petama mst gambo mama-daddy. Takde kitorang takde la Naila. Masa ni aku dah 8-9 bulan.


1 bulan


2 bulan


3 bulan


4 bulan


5 bulan


6 bulan


8 bulan


9 bulan


10 bulan


12 bulan


13 bulan


14 bulan


16 bulan


17 bulan


19 bulan


20 bulan


21 bulan


22 bulan
 
23 bulan (2 hari nak masuk 2 tahun!)


Saturday, March 29, 2014

Happy Birthday Daddy Naila!

Hi Daddy Naila!

Happy birthday!

29.03.2014 : Dah 29 tahun dah awak. Dan eh! Nak masuk 30-an dah? Kakakaka. Makin tua dah! Perangai pun sila lah ubah menjadi matang ye. Matang? Tetibe teringat dulu masa awal-awal kawan dengan awak, kita selalu gado sebab awak cakap saya tak matang, macam budak-budak. Tapi bila saya dah kawen dengan awak, saya rasa awak pun bukan matang sangat pun. Heh!

Tau tak masa entry ni dibuat, saya tengah perah otak apa nak buat untuk besday awak. Iye takde preparation pape untuk tahun ni sebab bulan ni tersengkek siket. Kuikuikui. Nasib la besday awak ujung bulan, time-time gaji baru masuk. Boleh la belanja makan sedap siket. Boleh la tengok wayang dua tiga movie. Gulp! Mampu ke dah tua-tua gini.

Lupa nak cakap lagi, sebab besday awak dengan besday anak kesayangan kita tu dekat-dekat, kita sekali kan aje lah eh. So aktiviti weekend akan jadi aktiviti untuk Naila jugak! Weeeweee! Mesti Naila pun happy dan harap-harap pasni dia tak moody dan kuat merajuk dah. Fuhhh!

Errr nak cakap apa lagi eh. Mmmm. Mmmm. Okey la taktau nak cakap apa lagi dah. Nak cakap lelebih, kita cakap masa bertentang mata nanti je la eh. Awwww!

Akhir kata dari isteri yang tak berapa sempurna ni, Jangan nakal-nakal!
 
 
 

 
 

Sunday, March 23, 2014

ZALORA - Shawl yang comel!

Hi korang!

Hari ni saje nak share pasal satu website online shopping yang agak dikenali dalam Malaysia ni, ZALORA. Lagi-lagi orang macam aku ni yang semenjak dua menjak ni kemahen malas nak jejak shopping mall. Jadi shopping online je la. Klik sana klik sini, eh barang dah sampai depan pintu. Nasib aku tak menjerit je macam dalam iklan ZALORA tu. Kuikuikui.

Banyak produk yang ada dalam website ZALORA. Tak percaya pergi jenguk website dia. <SHAWL> Dan antara produk yang menarik tertarik memey da bomb, SHAWL. Perempuan dengan shawl memang tak dapat dipisahkan. Lagi zaman sekarang ni, macam-macam fesyen kau boleh gayakan dengan sehelai kain bernama shawl. Dari fesyen yang sangat-sangat kemas, ber-brooch sampai la fesyen yang messy tapi comel. Yang penting menutup aurat. Gitew.

Kalau korang masuk dalam website ZALORA tu, banyak sangat koleksi yang boleh buat kau rasa nak borong semua. Muahaha. Cantek-cantek! Harga pun berpatutan! Kalau ikut aku la, aku jenis suka shawl dari tudung awning. Sebab. Shawl ni boleh buat muka aku jadi remaja. Kahkahkah. Ni syok sendiri ni. Eh tapi betul, tu sebab kalau time-time raya ke, event ke, aku lagi suka pakai shawl. Bila nak tambah aksesori macam cekak ke, pin bunga-bunga ke, nampak comel je, nampak cantek je. Nak kenakan dengan apa-apa baju pun memang takde hal. Tapi kalau hari-hari biasa aku rembat bawal je. Mihmihmih.

Okey penat dah bebel, korang tengok la sendiri koleksi-koleksi shawl yang ada kat ZALORA. Risau nak shopping kat sini? Jangan risau. Aku ada pengalaman beli barang dengan ZALORA ni. Tapi bukan tudung la, time tu shopping kasut. Barang sampai dalam tempoh 3 hari seperti yang dijanjikan. Paling best, penghantaran percuma! Weeweeee! Aku meniaga pun tak bagi penghantaran percuma tau. Hehehe.

Okey korang, selamat bershopping!

Nah. aku bagi jamu mata siket tengok shawl-shawl dorang.








Friday, March 21, 2014

Annaila : Minat baru.

Dulu Naila usha-usha je orang main bende alah ni.

Sekarang dah berani nak try-try main. Fuhhh! Cuak aku. Bukan tak bagi, tapi sebab die pendek lagi. Kang kalau jatuh terhempap kat bawah, sakit wooo. Kalau sakit je takpe, kang patah riuk aku jugak yang nangis. 

Tunggu la Naila tinggi siket, baru aku berani bagi dia main.
 
Gambo ni masa waktu pagi lepas beli sarapan. Tu yang berbaju tido je lagi. Kahkahkah. Pakai kain pun jadi la nak panjat-panjat ye.







Wednesday, March 19, 2014

Video Matluthfi - Buat Kepala

Video ni mesti dah ramai gila tengok kat facebook semalam.
 
Sebab aku tak aktif facebook, meh la aku share kat blog sebab blog aku ni pun dah macam kejap ada kejap takde. Muahahaha.
 
Video ni pasal isu semasa sekarang. Tak rugi pun tengok dari korang baca pastu percaya spekulasi-spekulasi yang makin lama makin merepek makin merapu.
 
Doakan mereka semua selamat.
 
Sekian.
 

Tuesday, March 11, 2014

Annaila :1 tahun 11 bulan!

Ehem..ehem.. Assalamualaikum... :D :D :D

Kisah Annaila. Banyak sebenar nak cerita. Tapi bila aku mula menaip, tetiba kan aku terpikir "perlu ke nak cerita pasal ni. Perlu ke itu perlu ke ini. " Last-last masuk draft. Kikikiki. Tapi kali ni aku cerita siket la ye pasal Naila.

Untuk budak yang nak masuk dua tahun, perkembangan Naila sama je macam orang lain. Tapi yang paling aku suka, dia dah behave. Maksudnya kalau makan kat restoran, dia akan duduk atas kerusi dan join kitorang makan sekali. Kalau dulu, memang aku elakkan makan kat restoran sebab Naila takkan duduk diam. Nak berlari lah, kacau orang lah. Nak makan tak tenang langsung. Eh Naila dah pandai baca doa makan! Tetiba. Haha. :p

Sekarang Naila dah boleh dengar cakap. Kalau aku cakap jangan, dia jarang bantah. Ye lah budak dah makin besar kan. Dah boleh faham apa kita cakap. Macam sekarang ni aku jarang marah Naila sebab dia sangat-sangat mendengar kata. Kalau aku ajak makan, dia cakap 'okey!'. Kalau aku suruh kemas mainan dia, dia akan kemas walaupun siket. Kalau aku suruh tido, dia akan ajak daddy dia tido sekali dan pejam mata. Tapi kalau tetiba aku tertinggi suara kat dia, dia punya nangis sebab sedih sampai meleleh-leleh air mata, pfffttt. Kena pujuk balik.

Errrr dan Naila mungkin seorang yang pemalu kalau tak biasa dengan orang tu. Sebab. Hehehe. Korang kena jumpa Naila baru korang tahu kenapa aku cakap gitu. :p

K dah tu je update tak seberapa hari ni. 

Tengah tepek bedak
 




Thursday, March 6, 2014

Bila budak mintak kerja.

Budak fresh grad sekarang, kalau nak mintak kerja macam nak mintak penampar. Okey bukan semua budak, tapi kebanyakan.
 
Ni salah satu cerita yang baru semalam aku kena. Kau nak mintak kerja, pakai elok-elok la siket. Ni pakai jeans pakai t-shirt. Aku boleh pejam mata lagi kalau budak tu cakap lembut-lembut, elok-elok. Macam semalam, datang mintak kerja. Tapi!
 
Aku : Adik nak mintak position apa ye?
Budak : Apa-apa je yang ada kosong kat sini. Semua saya boleh buat. (Dengan tangan mendepa sambil cakap dengan riak.)
Aku : (Dah start kecik mata.) Dulu belajar bidang apa ye? Experience kerja?
Budak : Ijazah dalam bidang bla bla bla. Takde experience.
 
Peghhh masa cakap ijazah tu, betul-betul dia tekan kan. Hello? Zaman sekarang ijazah ni besepah-sepah. Tak payah nak belagak sangat boleh? Geram aku. Suruh isi borang permohonan kerja. Dia ambil sambil pandang form tu dan tadah tangan, "pen mana pen?" Amboi? Ni university mana ni?
 
Settle isi form semua. Panggil jap untuk interview siket. Bidang yang dia amek memang takde kena mengena dengan company kitorang. Tanya lagi, experience kot-kot boleh buat benda lain. Yilekkkk! Tadi kemahen bega cakap apa-apa pun boleh buat. Bila tanya 'boleh buat akaun?' tak boleh. 'Boleh buat purchasing?', tak boleh. 'Boleh buat QC?', tak boleh. Okey berambus kau. Wakakaka.
 
Eh korang yang fresh grad ni, tolong eh nak mintak kerja tu sopan siket. Ini kalau yang ada degree tu dia punya eksyennnn macam kau sorang je belajar sampai masuk U. Pfffttttt! Degree je kot? Bukan Master bukan PhD. Pointer pun cukup-cukup makan. Jadi takyah nak berlagak sangat. Lestik kang baru tu.
 
Kbai!
 
 
 
 

Friday, February 28, 2014

Anak cerah ke gelap?

Hi!
 
Pernah tak korang dengar,
'kalau masa ngandung kita rajin suka soya, kulit anak jadi putih.'
'kalau masa ngandung kita suka minum kopi, kulit anak pun jadi gelap'
 
Aku selalu dengar benda ni sejak aku kecik. Sebab adik beradik aku ada yang berkulit cerah ada yang berkulit sedikit gelap. Dan mak aku selalu cakap, masa ngandung adik aku yang sorang tu, mak aku gila kopi. Sampai ratah serbuk kopi. Errr aku pun tak paham ratah serbuk kopi tu camne sebab rasa serbuk kopi kan pahit gila. Taktau la kalau campur gula sikit ke nak bagi sedap. Hahaha. Pastu sorang lagi adik kulit pun tak berapa nak cerah, masa ngandung mak aku ketagih nak makan roti canai mamak seksyen 15, Bangi. Kuikuikui. Jadi dua orang adik aku ni kulit sedikit gelap.
 
Okey tu kisah mak aku. Kisah aku pulak masa ngandung Naila aku minum kopi berapa kali je. Setahun maybe tak sampai lima kali. Mungkin. Tak ingat. Annaila keluar, okey la kulit melayu. Mengandung kali ni aku gila kopi. Tapi takde lah sampai tahap nak ratah serbuk kopi. Bila mak aku nampak aku minum kopi, mak aku terus cakap, "aiiii gelap anak kamu ni nanti". Aku pulak, "aiiii jangan disebut-sebut..." hahaha. Takpe lah kalau gelap siket pun. Kalau dah nama baby, kulit gelap ke kulit putih ke, semua pun comel je. Dah besar nanti kekadang yang kulit cerah tu bukannya lawa mana pun. Kuang kuang kuang. Ni dari pemerhatian aku ye. Masa zaman sekolah, yang putih-putih kompem TOP 10 kat sekolah. Cer dah habis sekolah. Haaaaa. Yang gelap-gelap tu lah makin meningkat umur makin lawa. 
 
Kesimpulan. Ewah dah macam karangan pulak dah. Anak tu putih ke gelap ke, aku terima je. Gen dari aku dengan daddy jugak. Dah kalau nak anak putih melepak sangat, pergi kawen dengan mat salleh. Tu pun kalau gen mat salleh kuat, dapat lah anak putih. Kalau gen melayu kau kuat, dapat la kulit melayu. Kehkehkeh.
 

family pak jamil....2 org lg takde dlm gambo....

 
 
 
 

Friday, February 21, 2014

Laki bini besembang.

Malam semalam, aku dengan daddy sembang-sembang.
 
Setiap hari daddy mesti tanya, "camne kerja hari ni?". Kalau ada benda yang menarik kat office, aku cerita la. Dan semalam masa kat office memang aku banyak moody sebab gado dengan sorang mamat ni. Aku pun besungguh-sungguh la becerita dengan daddy pung-pang-pung-pang.
 
Reaksi daddy,
Daddy : Lepas ni kalau ada sesiapa cari gado dengan awak, awak bersabar lah.
Aku : **kerut dahi**
Daddy : Awak tengah mengandung sekarang. Saya taknak awak garang dengan semua orang. Nanti anak kita dalam perut pun jadi garang.
Aku : **krikk krikkk kriikkk**
 
Pastu daddy cakap masa aku pregnant Naila asal mengamuk je hempas barang. Sekarang bila Naila dah keluar, asal merajuk, marah hempas barang. Tettttt!
 
Jadi sila berkelakuan baik untuk tahun ini. 
 
::: Doakan Naila sihat! Start semalam badan dia macam dedar-dedar. :::