Nak tau tak dalam tempoh 2 bulan ni Annaila merasa tangan retak dan patah. Tapi hari ni nak cerita tangan dia yang retak dulu. Next entry kita cerita pasal patah tangan pulak eh. Patah sampai masuk dawai tau. Hehe.
30 August 2017
Petang tu sepupu-sepupu Naila datang rumah. Bila sepupu datang, tau je la dorang punya excited dapat main sama-sama sampai riuh rumah. Macam biasa, kalau jumpa sepupu, Naila suka sangat main cikgu-cikgu. Sepupu dengan adik jadi murid dan Naila jadi cikgu.
Masa tu kita ni adalah lalu depan bilik dia sebab tengah bersiap-siap nak keluar COD barang Shaklee, nampak dia tengah galak mengajar anak-anak murid. Tak sampai beberapa saat melepasi bilik dia, sekali gedebuk dengar dia jatuh. Kita pun intai la dan macam biasa cuma cakap, "Dah dah bangun. Tak sakit pun kan." - haha ingatkan takde apa. Biasalah budak jatuh kan.
Dia bangun nangis terus duduk depan, masa tu nampak tangan dia merah-merah. Kita pun pegang la kejap tangan tu nak tengok dia sakit tak kalau kena tekan-tekan. Bila dia cakap tak sakit masa kena tekan tu ingatkan takde la apa. Mama dia pun sambung la pakai tudung macam biasa sambil tanya macam mana boleh jatuh.
Naila jawab, ada air dalam bilik. Kita intai dari luar je, memang nampak basah sikit. Terus cakap dalam hati mesti kerja si kenit Fatih. Haha dia tu suka tonggeng botol air atas lantai lepas minum. Suka tengok air menitik-nitik keluar lepas tu tepuk-tepuk dengan tangan. Grrrrr!
Mama dah siap semua pakai tudung, daddy pun sampai rumah dan kitorang pun gerak la keluar. Dalam kereta Naila nangis lagi kuat, dia cakap "Mama, sakit sangat ni." Kitorang tengok pergelangan tangan dah bengkak dan dia menggigil-gigil macam sakit sangat. Nasib baik mama punya urusan COD dekat je. Settle COD terus pergi ke klinik yang berdekatan, Klinik Mediviron.
Doktor check dan syak tulang retak dan terus buat x-ray. Sekali betul memang pergelangan tangan Naila retak sikit. Doktor terus masukkan ubat tahan sakit kat bontot. Tak sampai beberapa minit Naila cakap dia tak sakit dah. Doktor pulak buat surat refer ke hospital terus.
Dalam kereta, kitorang dalam perjalanan ke Putrajaya pulak sebab daddy ada urusan kat situ. Dia cakap, "Abang rasa tangan Naila tu takda apa lah. Tengok Naila pun tak sakit dah." Mama pun terus la membebel, dah ambil ubat tahan sakit memang la tak sakit. Huhu.
Masa tu baru daddy setuju pergi Hospital Putrajaya, hospital paling dekat. Nak sedapkan hati jugak sebenarnya. Sampai hospital, lagi sekali kena x-ray dan memang doktor sahkan tangan Naila retak dan WAJIB pakai simen.
Kesian tau. Dah la esok nak Raya Haji. Dah tak boleh pakai baju raya sebab tangan bersimen. Bertabahla kami semua. Hehe.
Bila kak Naila tak boleh pakai baju raya, jadi semua orang pun tak pakai baju raya. |
2 minggu lepas kejadian, follow up kat hospital balik. X-ray tangan dan tukar simen baru. Tulang masih belum elok bersambung.
Muka cuak sebab nak potong simen tu kena pakai gerudi. Huhu |
Muka sedih sebab ingat takyah pakai simen lagi rupanya bukak kejap dan pakai simen baru. Kuikui |
Sedih tak tengok muka dia. Hehehe. |
19 September
Appointment untuk kali ke-2, x-ray semula tangan tu dan alhamdulillah tulang dah okey. Yeay! Boleh pakai baju princess kata Naila. Hehe.
Hari pertama lepas bukak simen, tangan Naila takleh lurus lagi. Yelah dekat 5 minggu tangan bersimen macam tu. Bila dapat lurus sakit sikit la. Tapi sekejap je. Esoknya tangan dah boleh lurus semula.
Hai aunty. Dah bukak simen. Happy sangat! |
Sedikit tips dan info dari pengalaman jaga Naila,
- Tulang kanak-kanak lebih cepat sembuh dari tulang dewasa. Tempoh penyembuhan dalam 3-6 minggu.
- Rasa sakit (mungkin berdenyut) dalam tempoh 1-3 hari je. Selalunya doktor bekalkan ubat paracetamol je untuk kurangkan rasa sakit.
- Lepas tempoh tu kalau dia galak sangat main dengan adik-adik dia, kemungkinan tempat sakit tu akan berdenyut balik. Tapi sekejap je.
- Bila Naila gatal kat tangan yang bersimen apa yang mama boleh tolong, tarik-tarik sikit kulit yang berdekatan dengan tempat gatal tu bagi lega sikit. Kalau dia cakap tak lega, sialalah cuba alihkan perhatian dia. Hehe.
- Cara mandi, letak je tangan dia atas sinki masa kita mandikan. Tak apa kena air kat simen tu sebab simen kan. Hahaha lap je la lepas tu. Tapi jangan alirkan air dalam simen tu. Lagi gatal nanti. Huhu
- Banyakkan minum susu untuk percepatkan proses penyembuhan. Kalau yang dewasa tu, boleh topup dengan Ostematrix Shaklee.
- Banyakkan aktiviti kat rumah supaya dia tak boring sangat.
Okey setakat ni je lah cerita pasal tangan retak.
Next entry, kisah Naila PATAH TANGAN pulak. Hehe.
Macam lasak sangat pulak anak dara tu kan.
No comments:
Post a Comment