Klik sini. Terima Kasih :)

Friday, May 1, 2015

Affina : 8 bulan

Rindu nak buat entry cerita pasal progress anak-anak. Serius rindu. Tapi sebab busy sangat sekarang. Banyak sangat kerja sampai taktau nak buat yang mana dulu. Kadang rasa tempoh 24 jam tu tak cukup. Haaa gitew. Kemain kau kan padahal sendiri tak reri nak urus masa lagi. Kuikuikui.

Ok dah dah. Entry ni aku nak cerita pasal Affina anak kedua aku tu. Pasal Annaila nanti-nanti la sebab cerita dia pun dah banyak sebelum ni. Eh ni bukan pilih kasih tau. Hehe.

2hb May 2015, genap la budak kecik tu 8 bulan. Dalam tempoh 8 bulan ni, 6 bulan si kecil tu menderita sakit ekzema. Dari kulit muka turun ke tangan. Dari tangan turun ke kaki. Berubat? Segala jenis ubat dah aku cuba. Dari ubat2an doctor moden, tak berapa moden, perubatan Islam, perubatan homopati dr hassan Bangi, dan sekarang perubatan ayurveda. Lepas ni kalau tak okey nak try homopati Dr Sue pulak. Haaaa kalau orang lain jumpa Fina pastu tanya aku "tak bawak berubat ke?", rasa macam nak picit-picit mulut orang yang tanya cenggitu. Adoyai.

Progres Affina. Laju! Lagi laju dari si kakak Annaila. Sebelum beberapa hari masuk 3 bulan, Affina dah berjaya meniarap. Lepas tu merangkak dalam 6 bulan kot. Tak ingat. Sangat laju kalau memanjat. Ni dah pandai panjat tangga rumah TokMa. Suka gila mengutip pastu masuk mulut, kunyah-kunyah telan. Haha. Mana aku tau die telan. Masa cebok hari tu kat najis dia ada kertas. Kau rasa? Hahaha.

Dia dengan kakak. Kalau takde kakak macam tercari-cari. Kalau ada kakak suka menyakat kakak Naila. Nasib la kakak awak baik tau. Kena sakat nangis panggil mama. Kuikuikui. Bila kakak Naila peluk aku, mula la Affina datang jugak. Last menjerit-jerit dua beradik tu rebutkan aku. Hahaha. Bahagia betul jadi rebutan ni. Mihihihi.

Tuesday, January 13, 2015

Promosi FREEMIE Collection Cup

Ciri-ciri FREEMIE Collection Cup

+ Pengganti pada corong dan botol yang tergantung pada Cik B semasa ibu-ibu sedang mengepam susu.
+ Melekap elok pada Cik B - Orang sekeliling tidak sedar pun yang ibu-ibu sedang mengepam susu
+ Mudah dicuci sebab tak ada banyak parts
+ Mudah dan selesa dipakai pada Cik B
+ Produk hebat yang dah banyak membantu ibu-ibu mengepam dalam keadaan yang selesa dan tenang sama ada di pejabat atau ketika memandu kenderaan

Manfaat FREEMIE Collection Cup

+ Beri kemudahan pada ibu-ibu untuk mengepam susu pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa disedari oleh sesiapa.
+ Beri peluang pada ibu-ibu untuk mengepam susu lebih lama sebab ibu-ibu boleh multi-tasking sambil mengepam - TIDAK PERLU MENGEJAR MASA DAN STRESS SEBAB IBU-IBU DIBERI MASA YANG TERHAD UNTUK MENGEPAM SUSU
+ Bantu ibu-ibu mengepam susu dalam keadaaan yang SELESA DAN TENANG - ketenangan semasa mengepam susu adalah sangat penting bagi memastikan susu ibu tidak merudum
+ Ibu-ibu boleh balik kerja awal sebab lebih efisyen bekerja bila pakai FREEMIE Collection Cup
+ Ibu-ibu tidak perlu pakai nursing cover atau perlu cover semasa mengepam susu
+ Ibu-ibu TIDAK LAGI TERDEDAH pada kemungkinan Cik B ter-expose time mengepam susu sebab FREEMIE Collection Cup elok melekap pada Cik B dan boleh dicover dengan baju

Tawaran Istimewa

Harga Pasaran RM365 tidak termasuk postage

Kini ibu-ibu boleh dapatkan FREEMIE Collection Cups Deluxe + Backflow Prevention Kit = RM329 SAHAJA termasuk KOS PENGHANTARAN ke Semenanjung Malaysia.

Tawaran ini sah sehingga 15 January 2015.


Sebarang pertanyaan atau urusan jual beli boleh hubungi 012-687 8687 (Whatsapp/Telegram/SMS) atau

emel ke momandbabyc@gmail.com
atau

pembelian melalui website kami di mumnaila.com.my

Terima kasih^^


Like FB Page kami Mum Naila Collection
Follow Instagram kami mum_naila