Meh klik kejap~

Friday, May 1, 2015

Affina : 8 bulan

Rindu nak buat entry cerita pasal progress anak-anak. Serius rindu. Tapi sebab busy sangat sekarang. Banyak sangat kerja sampai taktau nak buat yang mana dulu. Kadang rasa tempoh 24 jam tu tak cukup. Haaa gitew. Kemain kau kan padahal sendiri tak reri nak urus masa lagi. Kuikuikui.

Ok dah dah. Entry ni aku nak cerita pasal Affina anak kedua aku tu. Pasal Annaila nanti-nanti la sebab cerita dia pun dah banyak sebelum ni. Eh ni bukan pilih kasih tau. Hehe.

2hb May 2015, genap la budak kecik tu 8 bulan. Dalam tempoh 8 bulan ni, 6 bulan si kecil tu menderita sakit ekzema. Dari kulit muka turun ke tangan. Dari tangan turun ke kaki. Berubat? Segala jenis ubat dah aku cuba. Dari ubat2an doctor moden, tak berapa moden, perubatan Islam, perubatan homopati dr hassan Bangi, dan sekarang perubatan ayurveda. Lepas ni kalau tak okey nak try homopati Dr Sue pulak. Haaaa kalau orang lain jumpa Fina pastu tanya aku "tak bawak berubat ke?", rasa macam nak picit-picit mulut orang yang tanya cenggitu. Adoyai.

Progres Affina. Laju! Lagi laju dari si kakak Annaila. Sebelum beberapa hari masuk 3 bulan, Affina dah berjaya meniarap. Lepas tu merangkak dalam 6 bulan kot. Tak ingat. Sangat laju kalau memanjat. Ni dah pandai panjat tangga rumah TokMa. Suka gila mengutip pastu masuk mulut, kunyah-kunyah telan. Haha. Mana aku tau die telan. Masa cebok hari tu kat najis dia ada kertas. Kau rasa? Hahaha.

Dia dengan kakak. Kalau takde kakak macam tercari-cari. Kalau ada kakak suka menyakat kakak Naila. Nasib la kakak awak baik tau. Kena sakat nangis panggil mama. Kuikuikui. Bila kakak Naila peluk aku, mula la Affina datang jugak. Last menjerit-jerit dua beradik tu rebutkan aku. Hahaha. Bahagia betul jadi rebutan ni. Mihihihi.

No comments:

Post a Comment