Friday, August 11, 2017

ASID FOLIK UNTUK YANG INGIN HAMIL


Asid folik

Asid folik sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan asid folik ini selepas disahkan hamil. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa asid folik ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. Suplemen asid folik ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.

kesan kekurangan asid folik, kepentingan asid folik, folic acid


Apa itu Asid Folik

Asid folik merupakan salah satu ahli keluarga dalam vitamin B iaitu vitamin B9. Ia membantu badan untuk membuat sel-sel baru yang sihat. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya asid folik kurang di dalam badan, tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas.

Kenapa perlu ambil asid folik sebelum hamil?

Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.

Asid folik dapat membantu masalah kualiti sperma dikalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik diantara 700 - 1000 mcg sehari. Apabila sperma mengalami kecacatan kromosom dan disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Jadi, disebabkan masalah ini, ia menjadi salah satu punca kepada keguguran.

Asid folik juga penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.

Keperluan Asid Folik semasa hamil

Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa dengan pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko melahirkan anak yang cacat seperti kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida).

kecacatan akibat kekurangan asid folik, kepentingan acid folik

Anenchephaly adalah keadaan dimana bayi yang dilahirkan tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Jadi, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain itu, dengan pengambilan asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi yang dilahirkan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 - 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk mengambil asid folik sebagai makanan tambahan sebelum hamil dan sepanjang kehamilan.

Bila waktu yang sesuai untuk mengambil asid folik?

Supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Berapa banyak Asid Folik yang diperlukan oleh wanita?

Dos yang perlu diambil oleh wanita biasa adalah sebanyak 400 mcg (0.4mg) sehari. Manakala bagi wanita yang hamil pula perlu mengambil sebanyak 400 - 800 mcg sehari.

Namun dos yang diberikan perlu ditingkatkan, bergantung kepada penilaian doktor yang merawat terutamanya bagi wanita hamil yang mempunyai risiko yang tinggi seperti berikut:
  1. Mempunyai anak yang cacat pada kelahiran yang lepas
  2. Suami atau wanita itu sendiri yang mengalami masalah NTD
  3. Wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
  4. Wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle cell anemia, atau thalessaemia

Asid Folik semulajadi

Asid folik boleh didapati secara semulajadi dalam sesetengah makanan seperti sayur sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning antaranya oren, pisang, jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.

Anda juga boleh semak label pada bungkusan itu untuk melihat jika makanan ini mempunyai asid folik. Label akan memberitahu anda berapa banyak asid folik adalah dalam setiap hidangan. Kadang-kadang, label akan tertulis sebagai "folat".
asid folik untuk ibu hamil, folate

Bolehkah saya mendapatkan asid folik yang mencukupi melalui makanan semata-mata?

Badan tidak menggunakan bentuk semula jadi asid folik (folat) semudah bentuk buatan manusia. Kita tidak boleh pastikan bahawa makan makanan yang mengandungi folat akan mempunyai manfaat yang sama seperti mengambil asid folik. Juga, walaupun anda mengambil diet yang sihat yang seimbang, anda mungkin tidak mendapat semua nutrien yang anda perlukan setiap hari dari makanan semata-mata. Di Malaysia, kebanyakan wanita yang makan makanan diperkaya dengan asid folik masih tidak mendapat apa yang mereka perlukan. Itulah mengapa ia adalah penting untuk mengambil vitamin yang mengandungi asid folik setiap hari.

Bahayakah sekiranya mengambil asid folik dengan dos yang tinggi?

Kemungkinan untuk berlakunya keracunan disebabkan pengambilan dos acid folik yang banyak adalah sangat rendah. Ini kerana asid folik bersifat larut air. Sekiranya pengambilan asid folik dalam dos yang tinggi, ia tidak akan tersimpan di dalam hati, tetapi akan dibuang melalui air kencing.

Oleh itu, pengambilan maksima yang boleh diambil oleh lelaki dan wanita dewasa adalah sebanyak 1000 mcg (1.0 mg). Manakala bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi adalah sebanyak 800 mcg (0.8 mg).

Bagaimanakah untuk memilih asid folik yang terbaik?

Oleh kerana asid folik merupakan salah satu vitamin B, maka lebih elok sekiranya kita mencari vitamin yang mengandungi kesemua vitamin B.
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)
B-complex, asid folik, folic acid, kesan kekurangan asid folik

Semua ciri-ciri diatas terdapat dalam produk B-Complex Shaklee. Di dalam B-Complex ini terdapat asid folik yang diperlukan oleh wanita yang ingin hamil mahupun wanita yang sudah hamil. Dapatkan B-Complex sekarang sekiranya anda mahu hamil atau sudah hamil.



Najwa Jamil Shaklee  ID 1269103
012.687.8687
Page : Kedai Vitamin


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

* COD - Sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi serta pos laju ke SELURUH MALAYSIA.





  • Follow Us @soratemplates