Ehem.
Okey sambung cerita pengalaman ber'D&C' di Hospital Serdang.
Sampai hospital semalam, doc scan pastu dah confirm ada kantung tertinggal baru kena cucuk kat peha untuk kecutkan rahim. Dah cucuk tu pergi ke bilik VE untuk check laluan. Sebab dorang nak benda-benda yang tertinggal dalam rahim keluar sendiri. Kalau tak boleh keluar jugak, baru buat D&C.
Bila dah cucuk untuk kecutkan rahim, mula rasa sakit macam senggugut pastu jadi sakit contraction. Petang tu jugak aku aku ter'beranak' darah beku yang halus-halus. Lega bila dah 'beranak'!
Malam doc scan nak tengok dah habis keluar ke belum. Hohoii belum lagi wey! Kantung masih tersangkut cantik! Aku tanya sangkut kat pangkal rahim ke. Doc cakap masih kat tengah-tengah rahim. Size kantung besar dan kuat melekat. Baby jatuh sebab kantung bocor. Sobsss! Bocor pulak dah. Tak tanya pulak camne boleh bocor. Dan nak taknak doc cakap memang kena cuci!
Start malam tu aku kena puasa. Esok pagi tu aku boleh tahan lagi lapar tapi bila dah masuk tengah hari, tak tahan weyyyy! Aku pun mesej daddy cakap lapar. Pukul 11 daddy bawak coklat, kitorang makan sorok-sorok. Muahahaha.
Sampai ke petang aku tak masuk-masuk bilik OT. Jadahnye. Aku dah lapar gila. Waktu melawat petang daddy bawak nasi + sup ikan. Siap request kat mertua nak sup ikan. Dan lagi sekali aku makan sorok-sorok. Hahaha. Tapi kalau korang nak buat camtu, jangan melantak bebanyak! Cukup sekadar 5 suap! Kemain siap ajar orang. :p
Elok je pukul 7.10 petang. Nurse datang bawak baju kaler putih. Terus debar laju-laju. Cuak gila! Sebaek la daddy tak balik lagi. Daddy la tolong tukarkan baju semua. Bukan mengada tapi aku tak mampu nak tukar sendiri. Dorang masukkan jarum kat tangan pedih gila sampai aku tak boleh nak buat apa-apa. Guna sebelah tangan je. Huhu.
Dan aku pun dibawak ke OT room. Sampai sana doc temuramah bla bla bla. Cuak! Pastu dorang tinggalkan aku sorang-sorang dalam 15mnt kot. Dalam tempoh 15mnt tu mula la aku berimagine untuk lari keluar dari OT room macam cerita kat bawah. Takde lah nak buat bebetul. Sekadar berangan. Muahaha.
Pastu aku pun ditolak masuk dalam bilik OT no 8. Fuh! Nombor favourite aku tu. Bila masuk je bilik tu dah rasa seram sejuk. Mula lah dorang letak wayar-wayar kat dada aku. Dah macam dalam drama pulak aku rasa. Pastu masukkan oxygen dalam mulut. Tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Sekali dorang usik je jarum kat tangan aku terus aku terjerit kecik tak sampai 5 harkat. Sakit hoiiii. Gila babeng punya sakit!!
Dari jarum kat tangan tu lah dorang masukkan segala jenis ubat, dadah dan last sekali ubat tido. Masa tu aku duk imagine bila masuk ubat tido pandangan makin lama makin kabur. Rupanya tak smpai 2 saat dorang masukkan ubat tido terus aku tak sedar apa dah. Sedar-sedar doc tepuk-tepuk pipi aku suruh bangun. Pening-pening lalat aku. Kuat betul dadah dorang bagi. Hoh!
Masa tu sedaya upaya aku cuba bukak mata luas-luas. Cuba toleh kiri kanan. Dah okey baru aku pulak interview doc yang jaga aku. Masa tu pukul 9.15 malam. Aku tanya berapa lama cuci tadi. 30 minit je rupanye. Yang selebihnya dorang bagi aku tido dalam bilik tu. Agak-agak dadah dah habis, baru kejut. Tapi aku dengarlah sorang doc yang cuci aku pesan pantau siket sebab masa dorang cuci tu ada pendarahan. Banyak mana aku taktau.
Masa di bawak masuk ke ward semula, aku mintak nurse call daddy. Aku takleh bangun lagi. Dengan jarum kat tangan lagi. Rasa macam nak cabut je! Daddy datang je aku cakap nak makan. Daddy suap sebab aku tak larat. Bila dah okey siket, mintak daddy tolong aku tukarkan pakaian. Ye, sebaik daddy ada, kalau takde aku taktau nak handle sorang-sorang camne. Sobsobs! Maceh incik daddy.
Esok pagi, lepas doc confirmkan aku boleh keluar hari tu, nurse datang cabut jarum kat tangan. Lega nye taktau nak cerita camne. Hewhew. Dan pukul 3.00 petang, aku balik ke rumah berjumpa si budak kecik Annaila yang dah ditinggalkan 2 malam berturut-turut. Rindu hoiii!
Soalan-soalan yang aku rasa mesti orang tanya. Kalau korang ada soalan tanya je, kang ade jawapan aku jawab la. Takde jawapan, aku diam aje...:p
- Muntah tak lepas SEDAR walaupun makan sorok-sorok? ---> TAK! Hehehe.
- Sakit tak masa D&C ? ---> Tak sakit langsung! Sebab tak sedar apa.
- Lepas 24jam proses D&C, rasa ngilu-ngilu tak? ---> Sebab dah lebih 24 jam, aku tak rasa sakit langsung! Alhamdulillah. Tapi nurse tu ada cakap, setengah orang akan rasa sakit, setengah orang tak rasa sakit. Apa-apa pun dorang dah bekalkan ubat tahan sakit kalau sakit. Gittew.
- Darah banyak keluar tak lepas D&C? ---> Errrr. Masa baru pindah ward tu tengok kat cadar memang penuh la darah. Tapi bila dah tukar pad, darah macam period hari last-last. Tak banyak. Pakai pantiliner pun boleh.
Okey dah! Sekarang aku tengah pantang. Beza nye aku pantang takde baby kat sebelah. Huhuhu. Sekarang aku pakai bengkung, pakai stokin, makanan orang pantang dan aku amek supplement Shaklee untuk recover balik badan aku. MC pulak 14 hari. Muahahaha. Hari Ahad atau Isnin, aku akan berurut dengan kak bidan yang comel. Hehehe. Kalau die urut best, aku cerita, kalau urut tak best pun aku cerita. Huahuahua.
Kbai!
elok2 pantang wa..dah sihat nnt, boleh join gojes punye xtvt pulak..hihi...
ReplyDeletetake care =)=)
ReplyDeleteselamat berpantang..t8 cre..:)
ReplyDeletehuh.. nasib tak sedar. klu sedar mau menjerit. apasalah ekk member aku ckp dia kena D&C masa sedar. Private hosp lagik.
ReplyDeletealhamdulillah wawa tak sakit masa D&C tu..take care wawa..rehat betul2 tau..:)
ReplyDeletewa gigih anez tengok misi mustahak tu sampai habis punya nak menhayati cite mu ni..ekekeke..selamat berpantang wa..jaga diri tau..
ReplyDeleterest rest and rest.. dah betul sembuh boleh aktif balik :)
ReplyDeleteTuuu curik-curik makan tu boleh... dalam pantang pun boleh je nak curik-curik keluar tgk bunga api. hahaha.. :p takdela, dok umah sudah, dah sihat barulah boleh bersukaria.. :)
ReplyDeleteTake care wawa..
ReplyDeletepantang elok elok wa~ sedih baca entry ni.nasib ada daddy yg baik hati tolong.masa ni lah suami kena tunjukkan kasih syg kan.hehehe.jgn lupa update.bye~
ReplyDeletebaca entry wa baru la semangat sikit ciknaa nak taip entry bersalin..tp tak ler siap2 jgak.. slmt pantang wa.. jg diri.. awk tu lawo, EH tetibe :P
ReplyDeletepantang betul...sedeyyy...adik baby dah tgu kat syurga....
ReplyDeleteCuaknya saya..sy pn tgh gugur sgt..doc kasi 2 minggu bg turun sendiri.klo lg 2 minggu ada yg tertinggal lagi baru la kne D&C..
ReplyDeleteWawa..take care.pantang elok2 tau bg cpt recover sepenuhnya... :-)
ReplyDeleteWAWA, anis taw rs skt jarum kt tgn tu..ms nk bsalin airiell drg cucuk jarum tu kt tgn..skt ya amat..xleh nk genggam tgn pun..anis siap imagine kalo genggam jaruk kua tembus dr kulit tgn..huhu..pastu nk mnadi suma dady airiell tlg manidkan..bukakan baju..pakaikan baju suma..sbb tgn mang xleh nk genggam, bengkokkan.mang xde daya..tp bila nurse buka..rs ilang azab...selamat ebrpantang..eh mak bidan urut tu kalo bes gtaw eh..anis tgh cr mak bidan urut..
ReplyDeleteTeringat segala memori mase dnc dulu...pose 48 jam..!! Sakit hati sbb ot asyik penuh ngn emergency katenyer...gggrrrr....
ReplyDelete