Meh klik kejap~

Sunday, September 1, 2013

Selamat pengantin baru Sarah Hanim^^

Ini Pn Sarah. Sahabat masa kat UKM dulu. Kitorang start kamceng masa tahun 2. Tahun 1 aku tak kenal lagi minah ni sebab aku member dengan sorang budak yang kedek ilmu. Sebab die kedek ilmu, pastu bila aku ponteng kuliah dia taknak share apa-apa dengan aku, jadi aku malas kawan dengan orang gitu lagi.  Kahkahkah! Padahal salah sendiri tak datang kelas! Jadi tahun 2 masa mendaftar kos aku kelentong dia cakap aku kelas itu kelas ini sebab dia masih nak sama kelas dengan aku. Bhahahaha!

Masuk tahun 2, aku tegur budak Sarah ni sebab tengok die sorang-sorang jugak. Sembang punya sembang kebetulan dia plak 1 kolej dengan aku. Okey dah tu. Senang apa-apa boleh die gegar aku kot-kot aku tertido! Muahahaha. Yang best siket, otak dia dengan aku lebih kurang, ting-tong. Boleh buat geng. Aku ponteng, die backup. Dia ponteng, aku backup. Dua-dua ponteng, kena panggil dengan lecturer dalam bilik. Ok kenangan. Sekarang kitorang jadi manusia berguna jugak kan? Kahkahkah.

Berkawan, tipu lah kalau takde terkecik hati, terguris jantung, terkeluar air mata. Semua ada lah. Aku dengan BFF pun ada je ter-ter macam tu. Tapi kalau BFF, senang je kitorang maki-maki-gelak balik-tak simpan dalam hati.  Kalau sahabat, ade gak maki-maki-gelak balik-tapi hati bernanah siket. Lalalala. Camtu lah aku dengan si Sarah ni. Dah habis belajar, bila ingat balik kenangan kitorang, rindu woooo! Kerja part time senyap-senyap tak bagitau parent. Merayap tetengah malam. Errrr, kesalahan paling banyak buat dalam kuliah kot. Muahaha.

24hb dia nikah. Patut die jemput masa majlis sanding. Tapi sebab masa tu aku gugur, konon takut tak sempat nak pergi esoknye, gagahkan jugak lah ke majlis nikah. Takpe la, at least aku dapat jugak jumpa dia kan.
Nampak tak muka terharu gila minah ni.

Pestime jumpa Naila. Risau aku! Naila tu dah la comot! Main peluk-peluk je. Dah kotor baju penantin. Ngeee sorry Sarah. Ko yang peluk walaupun aku dah halang. Haha.


Pesanan kepada Pn Sarah;
Hey budak!
Selamat pengantin baru lagi sekali.
Semoga jadi isteri yang solehah utk incik Fitri!
Beranak banyak-banyak jugak. Hahaha.
Dan...dan.....Happy belated bday^^
Hadiah mintak kat incik Fitri. Eh?

No comments:

Post a Comment