Meh klik kejap~

Thursday, September 5, 2013

Buku-komik-novel.

Pagi yang gelap kini sudah terang.

Bahan bacaan di kala boring kalau bukak facebook dengan belog pun rasa nak muntah hijau dah tengok benda yang sama je. Muahahaha.

Daddy : Suka baca komik. Setiap bulan mesti beli! Pastu kalau dah beli tak nyempat-nyempat nak baca kat rumah. Tapi okey la, dari die laburkan duit ke rokok, baik beli komik. Sebulan baru RM4.90 je. Kohkohkoh. :D. Ada jugak daddy baca-baca buku yang errrrrr kalau aku baca tak sampai sehelai boleh tertido. Hewhewhew.
Komik daddy. Tak best sebab takde kaler-kaler. Hahahaha.
Buku daddy + mama. Yang jahit-jahit tu aku punya lah. Yang lain semua daddy punya.

Aku : Haaaa aku tak suka beli komik-komik ni. Aku suka pinjam je komik dari adik aku. Muahahahaha. Abes baca, pulang balik, amek yang baru. Peghhhh! Kau nampak penjimatan kat situ? Dah la komik yang aku suka baca harga dalam RM7.90. Mahal! Eh tapi masa zaman belajar dulu aku suka gila komik karya Ben. Lukisan die comel sangat!!! Aku kumpul jugak la komik tu. Bhahahaha. Pastu bila dah habis belajar, aku simpan segala komik dan majalah bawah katil. Sedar-sedar komik tu dah lesap taktahu hilang mana. Ni mesti mak bapak aku dah buang. Bapak aku bukan suka. Lara' kau tau. Lara'! Hahaha. Tapi yang lara' tu la kau suka kan. Deng!
Dah habis baca. Nak pulangkan dah.
Semalam baru rembat buku ni kat rumah mak. Mihmihmih.

Daddy & Mama : Satu novel yang kitorang boleh sekepala. Ramlee Awang Murshid. Tu je kitorang sharing maring bersama-sama. Tapi masa mula-mula beli selalu berebut la nak baca dulu dan selalu daddy lah menang. Sentap! Tau lah aku baca slow. Aku menghayati okey. Lagi-lagi kalau watak Laksaman Sunan tu. Jatuh hati beb! Ingat lagi masa tak kawen lagi dengan daddy Naila, aku baca Novel Sang Ratu. Pastu aku pergi mesej daddy cakap,

Aku : Awak, saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seseorang.
Daddy : Hmmmm. Siapa?
Aku : Laksamana Sunan.
Daddy : Ohhhh. Kalau dia okey.

Kahkahkah. Mentang watak tu watak novel. Boleh la berangan nak bercinta dengan orang lain.

 Eh motip cerita ni? Weh Erin comel. Aku tiru ayat "hidup ini penuh perisa bla bla bla" tu dari komik Ice-Cream tau.... Sentap jemah tau. Sobssobs. Muahahaha. Sampai abes buat entry bagai. Biasalah mak-mak rebina, harus perangai pun ala-ala rebina. Entry pun entry tak berilmiah. Eh nak berilmi-ilmi pergi sana. Syuh! :p









17 comments:

  1. ain suka baca komik yg RM 7.90 punye tu..dlu rajin la beli..sekarang ni nan hado la nk beli..nk baca pun x sempat..anak bujang pantang tgk mama dy pegang paper ke buku ke..habis dy nk tariknye...
    waah..rajin btul husband wawa baca buku..bagus2...:D

    ReplyDelete
  2. bagus rajin membace..yang aku ni, 1st page menguap, 2nd page dah lelap..ate, cam mane..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Sepp wa! hana pun layan komik2 ni.. tp i is xde adik beradik. so sendiri kumpul jelah.. T_T

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha sama la kita suka baca manga ni!!!! penuh satu kotak buku2 nih semua.

    LAKSAMANA SUNAN tu mmg my dream man! ehhh! hahahahaha

    ReplyDelete
  5. eh, dari blog ko rupanya aku baca ayat tu sebelum ni..hahahaha salah org pulakk..ambooiihh marah ke??kehkeh..patut la aku rasa mcm familiar je..adeh..maafkan daku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh...persoalan dah terjawab...:p

      Delete
  6. hahahhaa...memang dari kecik tak suka and xminat pun baca komik..apatah lagi membelinya

    ReplyDelete
  7. mamilisa plak zaman skola dolu2 suka curik baca koleksi komik abang..zaman pedang setiawan sume tu..skarang nan hado dah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh pedang setiawan ade lg tau...daddy naila rajin jugak beli....tp ku tk teringin bace...hihi

      Delete
  8. abg megat pedang setiawan...tapi sejak menjak bzz ada anak...tak sempat nak membaca apa pun ...google jek pun

    ReplyDelete
  9. Aduyaiii rajin wawa and asben baca buku ...umi Qi rajin baca buku blog je pun hehehhe

    ReplyDelete
  10. tak suka baca komik..tapi suka baca novel..hikhik

    ReplyDelete
  11. kami jugak peminat komik n novel.. put la tuu dok kumpul komik 7.90. comel sgt citer2 dia. husband layan manga. novel semuaaa pun layan.. ehehe

    ReplyDelete
  12. ko memang senget wa. patutla..terjebak baca komik hehehe. tu yg semedang senget tu. okbai!

    ReplyDelete
  13. bestkan baca komik...sekali dah tersangkut susah nak lepaskan tebiat tue...mujur la dah lama tinggalkan alam komik nie klu x bertimbun jugak macam wawa

    ReplyDelete
  14. Haha~~ingat sesama rumet baca komik Ben time matriks dulu....rindu kat siti kn Wa...

    ReplyDelete