Meh klik kejap~

Tuesday, August 6, 2013

Bebel Selamat Hari Raya~

Start semalam tengok orang publish gambar raya tahun lepas dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA! Weyh jeles aku. Sebab aku tahu esok aku takkan tulis belog, maka hari ni nak wish jugak lah kat kamo-kamo-kamo yang terbukak dan terbaca belog WawazDonut neh.

Eh sebelum nak wish, aku nak cerita siket, tahun ni raya pertama aku kat family belah aku. Weheeee! Tak sabar nak makan rendang ayam mak aku, pulut kuning mak aku, lemang pakcik kat seksyen 4, ketupat palas kat warta. Auumm! Terbayang-bayang makanan tu dari semalam.

Walaupun setengah hari je raya kat rumah belah aku, tapi okey la. At least dapat makan semua-semua tu pastu ai is tak kesah daddy nak hangkut pergi balik Johor hari pertama raya tu jugak. Sebab kalau kitorang raya kat Bangi, memang waktu raya kitorang dari pagi sampai tengah hari je. Pastu memasing melepek tido atau tengok TV. Raya kat Bangi macam tu lah.

Raya kat Johor pulak walaupun agak penat gila, tapi merasa lah aku suasana hari Raya. Merasa jugak lah aku tolong collectkan duit raya Naila sebab dulu aku tak pernah dapat duit raya sebanyak Naila dapat. Hahaha nampak nau aku tak pernah rasa apa itu hari raya zaman single mingle dulu. Kalau dulu raya kedua ketiga kitorang dah boleh jalan-jalan kat mall, tengok wayang. Nak ziarah rumah orang? Siapa yang ada kat Bangi tu? Semua orang balik kampong. Kena tunggu seminggu raya baru boleh berjalan-jalan ziarah rumah orang.

Eh jangan ingat aku takde kampong pulak. Kampong aku nun kat Perak sana. Tapi sebab opah-opah dengan atok-atok dah takde, jadi kitorang dah jarang balik kampong. Yang ada sedara-mara je. Tu pun kalau kitorang raya kat Perak, sedara-sedara pun takde sebab dorang pun beraya tempat lain dulu. Kalau nak ziarah sedara kat Perak selalu raya ketiga keempat baru ada orang kat rumah. Kalau pergi awal-awal alamat kau macam beraya dalam kereta je. Pusing sana sini, tengok rumah takde orang. Muahahaha.

Okey raya-raya ni takyah nak bebel panjang sangat walaupun aku rasa dah agak panjang. Kahkahkah. Jadi dua hari sebelum raya ni nak ucap kat korang, "SELAMAT HARI RAYA!"Jemput datang rumah mak aku. Rumah aku tak digalakkan sebab rumah apartment susah parking campor banyak anjing. Kang elok-elok nak beraya terpeleok lak kaki tu sebab anjing kejar. Hihihi. Maap kalau ada terkasar bahasa siket dalam belog ni. ^^

::pssssst! baju raya mama dengan daddy takde lagi ni. hahaha. malam ni kene pusing downtown!


9 comments:

  1. selamat hari raya wawa & Family...weee...last minute cari baju raya ek...ain lak tudung untuk pakai raya xbeli lagi ni...nth bile la nk pegi beli..heheh...

    ReplyDelete
  2. slm aidilfitri dr kami sekeluarga yer wawa..
    salah silap harap dimaafkan..
    duit raya jgn lupe..kihkihkih..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya wawa..naila bambam sgt ms ni...xsbr nk tgk pic korg berempat lak...

    ReplyDelete
  4. selamat ari raye wawa..
    samala! beraye turn umh kite! hehe..

    ReplyDelete
  5. naila nampak lain lak dalam pic tu.. selamat hari raya Naila.. wish kat naila je, makpak dia taknak. kehkeh.. :P

    ReplyDelete
  6. first raya bangi? sama mehh!! hoho tp ai pas solat raya trus pi rmh jiran2 pastu zasss pi selayang berkumpul family belah ayah ai...

    kita pn lom ada bj raya lg..sobsob downtown jln reko sesak glerr + x byk choice..baik pi metro kajang..first lady..oh ai like! ^_^

    slmt hari raya wawa! maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  7. samat raya.. raya kl mmg tak best wuwuwuwu... dulu mama penah masak lontong seperiuk.. pastu last last sebab takde orang datang, mama paksa org burma ke myanmar ke tah datang mintak derma, suh masuk n makan... wuwuwuw

    ReplyDelete
  8. raya kat johor best kan ? hikhikk


    selamat hari raya .;)

    ReplyDelete