Meh klik kejap~

Wednesday, August 28, 2013

Miscarriage : Turun sendiri.

Tengah berpuasa sebab kena d&c pukul berapa aku taktau.

Ni nak cerita macam mana adik baby dah keluar.

21.08.2013
Pagi dalam pukul 10, keluar kaler coklat yang tak bape nak pekat. Masa ni relax lagi sebab ingat takde apa. Keluar waktu pagi tu je. Petang takde dah.

22.08.2013
Pagi dalam pukul 9, keluar coklat yang lebih pekat. Mula gelabah! Setengah jam pastu check balik tengok dah bercampur darah tapi siket sangat. Bedesup pergi klinik kat Semenyih check dan doktor confirmkan gugur. Doc nasihatkan biar keluar secara semulajadi. Tak puas hati petang tu pergi klinik kat Bangi dan doc kat sana jugak bagi nasihat yang sama biar keluar secara semulajadi kecuali ada yang tak keluar habis, baru kena d&c.

23.08.2013 - 25.08.2013
Masih menunggu 'adik baby' keluar tapi tak keluar-keluar. Jadi kitorang laki bini pergi open house, makan selagi boleh. Hahaha.

26.08.2013
Pergi office. Masa tengah drive perut terasa sakit ala-ala senggugut. Tapi sebab senggugut aku bukannye yang kuat gila macam orang lain yang tak boleh buat apa. Aku kalau senggugut memang dari dulu kena bawak berjalan, kalau aku terbaring lagi sakit! Tapi aku ramai kawan-kawan yang kalau kena senggugut memang melepek je atas katil. Kalau bawak berjalan jugak boleh pitam. 

Hari tu pulak kebetulan memang banyak gila kerja yang aku kena keluar. Pergi LHDN, MPKj dengan TNB. Keluar pukul 11pagi, masuk opis pukul 4petang. Memang rase sakit tu hilang la sebab berjalan sana sini. Hahaha.

Malam sebelum tido pinggang rasa lenguh-lenguh. Sempat la ngadu kat BFF pinggang lenguh. Nak mintak daddy urut, daddy lak takde. Jadi kita tido je lah dulu.

27.08.2013
Pukul 1.45pagi aku terjaga sebab terasa seluar lencun. Raba jap pastu bila gerak badan terasa macam darah period keluar dengan banyak. Terus aku kejut daddy dan aku berlari masuk toilet. Masa ni tak sakit langsung. Masuk toilet je terus aku rasa ada benda menyusur keluar dan jatuh ke lantai. Memang masa tu rasa darah keluar macam air paip. 

Pastu bersihkan diri, baru aku tengok 2 ketul darah beku yang keluar. Bila di telek, 1 ketul darah beku dah ada rupa macam baby 8 minggu tapi kandungan aku dah 12 minggu. (Kepala dengan tangan dah terbentuk siket). 1 lagi ketul darah merah tu takde rupa. Aku rasa uri kot. Pastu aku kutip letak dalam bekas yang daddy bagi.

BFF suruh amek gambar. Tapi tak kuasa aku nak amek gambar. Hahahaha. Barang yang lepas jangan di kenang. Eh? Tapi sebenarnye kalau korang keguguran, amek la gambar. Bila korang pergi klinik atau hospital, dorang nak tengok benda tu. Tak dapat tengok yang original pun, dapat tengok gambar pun jadi. Hewhew.

Pagi tu pergi klinik kat Bangi tapi doc tu macam merapu siket. Klinik yang biasa aku pergi, doc pulak bercuti sampai minggu depan. So daddy hantar aku ke office. Ye aku masih kena kerja sebab 28.08.2013 gaji! Aku tak generate lagi gaji untuk bagi ke akaun. 

Petang pukul 2, ajak opismate pergi klinik sebab nak scan dan mintak pendapat lagi. Doc scan cakap kantung masih tersangkut dan selagi benda tu tak keluar, selagi tu darah akan keluar dengan banyak. Masa tu muka aku pun dah pucat doc cakap. Dia terus buat surat ke Hospital Serdang Zon Kuning (kecemasan). Doc cakap, "lepas ni awak terus ke Hospital" aku jawab, "esok boleh tak?". Doc jawab balik "sekarang!" Dengan nada tegas. Peghhhh kemain garang doktor. Hahaha. Aku pun call daddy cerita bla bla bla. 

Pukul 3.30 petang daddy sampai terus pergi hospital dengan berlenggang kangkung. Ingatkan sekadar nak check je. Mana lah aku tau sampai kena tido bagai. Kalau aku tau, aku siapkan barang-barang aku. Jumpa Naila jap. Peluk cium dia. 

Dan bila dah masuk dalam zon tu, sepantas kilat aku diberi layanan yang laju. Dari kena cucuk untuk kecutkan rahim. Pastu kena seluk untuk tengok jalan bukak ke tak untuk aku "bersalin" dan pastu aku dipindahkan terus masuk dalam wad. 

Dah nanti aku cerita detail pasal pengalaman d&c pulak......kalau rajin. Lalalala.

Lapar.
Mantok.


9 comments:

  1. semoga dipermudahkan semua urusan hari ni yer wa..aminnn..

    ReplyDelete
  2. nanti jgn lupa criter pengalaman d&c yer wawa..ada org cakap sakit... apa2 pun semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Doa yg terbaik utk wawa...take care sayang :)

    ReplyDelete
  4. lahai sedih pulak bc coretan wa ni..huuu~ semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  5. seram baca. semoga di permudahkan ye. mak kita ckp dr sakit keguguran, baik sakit bersalin.

    ReplyDelete
  6. Rilek je ek sis..seram akk baca..take cars..n hve a enough rest k

    ReplyDelete
  7. tah kenapa bila baca, rasa sedih pula dalam hati ni. walaupun bukan anak sulung ataupun mungkin anak yang ke berapa mesti ada perasaan yang sama.semoga d permudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  8. Yun pn penh misscarriage and undergo d&c...mmm.pengalaman yg scary...rasa taknak ingt,,please take care dear,pantang elok2 k.. :)

    ReplyDelete
  9. Harus rajin cerita.. nak tahu gak pengalaman d&c tu.. my mum pernah keguguran tapi sebab dah keluar semua takperlu nak cuci dah.. tapi my mum cakap sakitt pastu kena berpantang macam bersalin jugak.. tapi takdela sampai 90hari ke apa kot, ntahla tak tanya pulak.. huhu.. takpela takde rezeki kan? pasni boleh cuba lagi insyaAllah.. dapat babyboy ke mana tahu kan? dah sepasang.. :')

    ReplyDelete