Cerita raya takde lagi. Hahaha. Nanti lah kita kumpul gambar
semua dulu. Err tak pun kalau terlebih rajin minggu ni aku up dulu gambar raya
dengan geng gojes. Mihmihmih. Jadilah marilah kita bercerita pasal anak je.
Masuk umur 1 tahun ni, 3 kali Annaila demam. Errrr rasa
banyak kali, tapi yang aku rase bebetul serius 3 kali lah.
Demam kena tegur:
Masa ni aku bawak Naila keluar malam pergi downtown Reko tu.
Kebetulan daddy parking kat tepi longkang dan bawah pokok (tepi jalan belakang
sekolah Reko). Masa tu dalam hati aku dah terdetik, kenapa nak kena parking
sini. Selalu kalau parking tempat-tempat cenggitu mula lah aku membebel sampai
daddy akan cari parking lain. Tapi time tu, mungkin aku macam malas nak gado,
diam dan layankan aje. Dalam hati cakap,’insyaAllah takde apa.’
Esoknya Naila demam panas. Masa hantar kat rumah ibu
(pengasuh), ibu cakap Naila nampak takut sangat. Nak berkepit je. Mata pulak
melilau ke atas dan tangan tu asek tunjuk-tunjuk. Woah cuak aku dengar! Pastu
ibu ni macam dah dapat agak yang Naila ni kena tegur, terus dia baca-baca
selawat siket dan Annaila okey sekejap. Masa nak amek Naila tu, ibu cakap
bawaklah jumpa ustaz-uztaz berubat.
Malam tu jugak aku bawak Naila jumpa bapak aku mintak air
penawar siket. Esoknya pergi rumah mertua pulak. Ceritalah Naila kena tegur apa
semua kan. Sekali fil cakap tempat kitorang lalu tu bekas kubur kristian. Erk!
Hahaha. Seriau! Padehal dulu aku sekolah Reko sana, apesal aku boleh taktau ade
bekas kubur kat belakang sekolah. :p
Demam HFMD
Demam yang paling tak best. Sebab Naila takleh bergaul
dengan kawan-kawan lain. Seminggu aku hantar Naila rumah mertua. Pastu Naila
pergi jangkitkan penyakit dia kat paksu dia. Paksu umur 10 tahun kot. Tak
ingat. Tu kat rumah mertua, kat rumah aku pulak adik aku yang paling gagah
perkasa kena jangkit. Umur 23 tahun. Masa kena kat adik aku tu memang kitorang
gelak kan dia sebab dia la adik yang paling menjaga kesihatan. Vitamin semua
dia telan. Petang-petang pergi gym, sekali dia yang kena jangkitan HFMD tu.
Kesian. Hahaha.
Apa demam HFMD tu? Errrr sila mengoogle. Sekian.
Demam tumbuh gigi
geraham
Demam ni aku rasa macam comel siket. Seminggu Naila demam.
Memula cuak gila kot sebab dekat seminggu. Dah la seminggu lagi nak raya. Bila
demam dah kebah, sekali tengok Annaila dah ada seketul gigi geraham kat atas.
Hahaha. Comel! Sebab aku ingat gigi geraham ni naik bila gigi-gigi depan dah
complete. Rupenye tak!
Puas aku suruh Naila nganga sebab nak tengok gigi dia. Bila
aku tanya mana gigi, Naila sengih tunjuk gigi depan je. Patutnye dlu aku ajar,
lepas sengih, nganga pulak. Hahaha. Baru senang nak check gigi geraham dia dah
naik ke belum. Ni kena tunggu die manangis pulak. :p
Sabtu Ahad lepas dia demam lagi sekali. Mintak-mintak demam
sebab geraham lain pulak. :D
cite annaila demam banyak selingan unsur2 lawak ea....airis pun dh naik 4 geraham...2 atas 2 bawah...gigi depan pun tak penuh lagi geraham naik dulu...phewwww
ReplyDeletepasal pokok tu mmg rara pon xberani.bawak anak anak mmg xlalu tempat yg seram seram cenggitu.risau anak kena tegur.kdg2 kena gak percaya benda2 cm tu kan wa.
ReplyDeleteAPELAH DADDY NI. CARIK AR PAKING ELOK SIKIT. errr sori ter caps lock. tgh buat keja...kikiki :)
ReplyDeletetakpe naila demam nak dpt adik tu. biasa ar tu...cpt sembuh yer naila ahad ni nak g rawang pulop ;p
daaliyaa pun tgh demam skrg nie...dia dh tumbuh gigi geraham tu, agaknya demam sbb tu kot... sian naila, semoga naila cepat sembuh ok..
ReplyDeleteni lah budak muntah sebelahak atas baju daddy dia kan..hihi..
ReplyDeletekesian naila..cepat baik yer..nnt gado lagi dgn asyraf ahad ni ekk..hahahha..
ciannye naila demam.....get well soon dear...:)
ReplyDeletecian naila demam ye..tu yang muntah2 tu ye..tapi demam2 aktif je si kak long naila ni kan..comey je :)
ReplyDeletebaru-baru ni bawak budak kecik tu pegi pantai, kemain eksited, pastu...... balik rumah semua pun tak kena. kerja asyik nak nagis je.. salah sikit nagis, silap cakap nangis maktoknya cakap, kena sampuk jin laut agaknya.. kakakaka.. ku diam jela.. tapi memang sampai ke hari ni ayra asyik la peel nak menjerit je.. kembang kembis je hidung maknya ni tahan perasaan.. huehue.. nak dcepuk kecik lagi.. adeh... sabar sabar.. baru sorang tu.. kalau lima nanti camne la.. ahaks!
ReplyDeletehahaha. arissa alhamdulillah sepanjang gigi nak tumbuh takder lagi demam.. walau sekali nak tumbuh teras 2 3 batang.. >_<
ReplyDelete