Hari Isnin tu patutnye aku dah start masuk keje. Tapi sebab tetiba aku terplan nak pergi Klinik kesihatan dan bukak akaun Tabung Haji untuk Naila, maka aku amek la EL. Sebab aku HR lagi lah senang aku nak cuti. Kakakaka. Sebaik boss aku India, siap disuruhnye aku amek cuti lama siket. Eh menghalau? Tak la, boss aku boss paling baik aku pernah dapat sepanjang 4 tahun aku kerja. :D
Pepagi lagi dah keluar sebab nak pegi Klinik Kesihatan Sg Chua nak bukak buku pink. Takde dah pergi KK Bangi. Rasa macam jauh pulak bila dah ade yang lagi dekat. Nurse kat sana memula aku rasa kerek nak mamp! Sampai aku dah tahap membengang, takde dah nak cakap sopan-sopan. Kau menengking aku, aku tengking kau balik. Benci! Kat KK Bangi semua nurse bebaik! Bila aku dah start buat muka dan cakap kasar-kasar, baru dorang tahu apa itu budi bahasa. Eh boleh pulak cakap lelemah lembut dengan aku. Aku pulak jenis orang cakap bersopan, aku pun bersopan la balik. Tak baik gado-gado di Hari Raya ni. Pastu aku syak dorang semua kerek-kerek sebab ramai Indon, Myanmar yang checkup kat sana. Dan aku terpikir, muka aku ni muka Indon sangat ke? Sobssss!
Settle mendaftar, baru aku rasa nurse-nurse kat sana okey. Pergi lab, amek darah, jumpa nurse, jumpa doctor semua baik-baik. Yang tak okeynye masa memula mendaftar tu je. Nurse yang cakap kerek-kerek dengan aku memula tu pun dah okey. Boleh bersembang-sembang dah dengan aku. Tak kenal maka tak cinta. Muahaha.
Buku pink dah dapat, kita berlari ke tabung haji pulak. Punyelah ramai manusia! Kebanyakan sebab nak masuk duit raya sebab aku tengok kemain kat kaunter memasing bawak duit singgit-singgit tetebal. Dan sebaik lah jugak masa nak tnggu result darah keluar kat KK tu kitorang keluar jap pergi sarap dan singgah Tabung Haji amek nombor. Masa datang balik tabung haji tu tepat-tepat je nombor kitorang kena panggil. Weheeee! Takyah nak tunggu lelama. Maaf makcik pakcik yang usha kitorang macam tak puas hati tu. Kitorang bukan potong queue sesuka hati, kitorang ade nombor yang sah tau. Hehehe.
Duit raya yang pasni-pasni tu, nanti mama transfer guna maybank2u je. Kata dah boleh link TH dgn M2U kan. Takyah susah-susah nak beratur bagai susahkan diri. Dah la aku ni anti menunggu. Time kaseh kawan-kawan gojes yang bagi cadangan bukak tabung haji ni. Baru ingat nak bukak asb, sekali ramai cakap tabung haji lagi bagus.
Eh, aku selalu rase nak buat entry pendek-pendek, tapi bila tengok atas, mak aiiii. Panjang gila. Mesti aku rindu nak buat karangan 360 patah perkataan tu. Hahahaha.
Okey samat membaca!
Thursday, August 15, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good info wawa! baru tau ni TH dah link M2U. hehe
ReplyDeletebru tau gak th dah bleh thru m2u... th dekat sg chua area mane??? haishhh...
ReplyDeletesg chua takde...yg ade kat kajang...tp kitorang ari tu amek no kat kjg dgn bangi...hahaha..bile tgk kjg mcm lambat sgt, berlari ke bangi...smpai bangi tepat2 no kitorang kne panggil...hehe
Deletetq wawa share info..mamilisa baru tau jugak TH bole link M2U..:)pasni tak perlu susah2 lagi masukkan duit lisa..
ReplyDeleteyeayyy naila dah ada TH! sekarang dh senang kan, semua di hujung jari...hehe
ReplyDeletewahhhh! buku pink no-2.. bestnyaaa!
ReplyDeleteoh eh? boleh link eh.. nanti gtau husband. sebab urusan th ke asb ke, apa-apa yang melibatkan benda camtu memangg tak amek port, mak tahu balik tengok buku mesti ada isi. hahaha.. apa la nak jadi bila husband takde, tak reti berdikari langsung. bayar bil pun tak pandai. haha..
mama annanila...cmne eh nak link m2u dgn tabung haji tu? cer cite sikit...daku pun malas nak ke tabung haji putrajaya tu....parking penuh memanjang...huhu
ReplyDeletekat atm kite tu kne register dlu kat atm machine...kot? hahaha...tak try lg...klu dah buat nti, insyaAllah kite wat review...klu rajin...:p tp korg leh usha kat website tabung haji sbb kat situ die dah ajar camne nak aktifkan th kat m2u...
Deletetahniah wawa... lama giler tak berblogging ni, awak da preggy pun tak tahu. =)
ReplyDeletehr tu dh ckp kt group tp kali ni nk ckp lagi...register haji skali tuk naila...rm1300.. :)
ReplyDeletehmm rara pon nk g simpan wet raya anak kat tabung haji.tapi x g g lagi.mst ramai kan.so next week lah.hehe
ReplyDeleteDah bukak TH ni dari awal tahun tapi tak isi2 duit dalam dia..ingatkan nk link ngan m2u jugak..tak terbuat jugak..duit raya anak nekad masuk TH nnt..hihi
ReplyDelete