Friday, August 16, 2013

Urusan Tabung Haji melalui Maybank2u~

Errr....errrr...entry semalam macam beberapa orang komen tanya pasal Maybank2u dengan Tabung Haji ni. Aku taktau la benda ni baru ke apa, sebab masa aku buat dorang tampal sticker kat buku TH tu "PERMUDAHKAN URUSAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN WANG TABUNG HAJI DI MESIN ATM/CDM MELALUI BANK ISLAM, BANK RAKYAT, MAYBANK" Jadi aku pun terus, hoh! pasni jangan harap aku nak jejak kat tabung haji yang bapak ramai giler orang. Tapi aku rasa kena jugak jejak beberapa kali sebab nak buat akaun adik-adik Naila nanti. Hihi.
 
 
Macam mana nak aktifkan? Senang. Kau pergi mana-mana mesin atm. Masukkan kad kau, klik apa-apa yang patut pastu cari button tabung haji dan klik. Benda yang kau kena tahu atau bawak masa nak aktifkan, NO AKAUN, NO SIRI BUKU, dan kalau nak aktifkan untuk TH anak, NO KAD PENGENALAN ANAK. Sebelum aktifkan anak punya, kau kena aktifkan diri sendiri punya. Gittew. Pastu keluarlah resit bagitahu "Urusniaga anda telah berjaya" Hoyeay!
 
 
 
 
Balik umah, sila lah bukak Maybank2u atau apa-apa bank yang terlibat kan. Ni contoh M2U punya.
 
Accounts & Banking ---> Transfer ---> Tabung Haji
 
Nak tengok balance kat TH pun boleh. Kot-kot dividen dah masuk nanti. Hahaha. Baru masukkan duit dah berangan nak dividen. Gedik!
Nak transfer dari M2U ke TH? Dari TH ke M2U? Dari M2U ke akaun TH mak bapak kita. Pun boleh. Senang kan!
 
Paling best, nak daftar haji pun takde hal. Klik sana klik sini. Settle! Weeee~
Apa pun setiap kelebihan mesti ada kekurangan kan. Yep bagi aku kekurangan kat diri sendiri. Kalau kau berdisiplin tinggi macam incik-incik askar, insyaAllah duit tu semakin beranak dan beranak macam tuan dia ni haaa. Hahaha. Kalau tetiba mata kelabu asap tengok duit bertingkek-tingkek, tetiba terbayang holiday lah, sopping lah, itu lah ini lah, maka.....lu pikirlah sendiri. :D
 
Esok cuti! Selamat bercuti korang dan selamat menyambung sambutan hari raya. Busy weyh minggu ni nak pergi rumah orang sana orang sini. Hihihi. Babai~
 

8 comments:

  1. hahaha...Hanania nye amount dlm tabung haji lagi banyak dari mama dia...walau mama tolak gaji je simpan dalam tu

    ReplyDelete
  2. ok...good entry...nanti nak kena buat la...lepas ni senang cek baki pun xpayah beratur dah dekat tabung haji tu...

    ReplyDelete
  3. smlm g masukkn duit raya anak jugak. sejam setgh tggu..mmg xpegi la pasni..transfer onoline je la gamaknye..xkose dh dh menunggu!fuh~

    ReplyDelete
  4. Good info wawa!! Pasni blh lah bt jugak..sonang kojo den :)

    ReplyDelete
  5. airiell wet raya taun ni nk buka tabung aji lak..

    ReplyDelete
  6. Baru je tahu boleh link kan th dgn maybank. Siap dah withdraw th dgn kad maybank lagi. Habis la lepas ni. Kelabu la mataku.

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates