Wednesday, August 14, 2013

Meriahnye Syawal 2013~

Raya pertama 2013:

Pestime sambut raya pertama kat Bangi sejak dah jadi bini orang ni. Dua tahun lepas raya kat Johor. Hehe. Perasaan seronok la weyh walaupun kat Bangi ni tak rasa raya sangat, tapi ade lemang! Itu penting. Ingat lagi masa raya kat Johor, aku cari lemang. Pergi rumah orang, tengok penuh ketupat je. Sedih. Tanye daddy Naila, rupanye orang Johor lemang-lemang memang tak main kat sana. Sobs!

Raya pertama tu kitorang melawat Ulu Klang, rumah makcik aku pastu pergi rumah terbuka negeri selangor. Tapi mase datang tu dah lewat dalam pukul 2.30 ptg, majlis pulak habis pukul 3. Makanan pun banyak abes. Acane? Takpe ade rezeki lagi, kita datang awal-awal punya^^

Petang raya tu, sampai je Bangi, kitorang terus gerak balik Johor. Jalan tak jammed. Best! Tapi Annaila dari pagi sampai ke malam moody je. Sebab tak cukup tidur, gitu lah. Dalam kerete bukan nak tido, terlompat sana sini, salah siket merengek macam ke hape. Kadang angin singa betina mulalah datang kat aku. Grrrrr! Sampai rumah embah pun bukan dia nak tido, dia main je. Tapi main-main-menangis. Penat aku dengar. Ajak tido taknak. Aku tau die banyak menangis sebab mengantok tapi di tahannye mata tu. Pastu tido kat tempat orang, mulalah dia tak selesa. Biaselah budak. Pukul 12.30 baru tido, tu pun asek terjaga je. Panas kot sebab peluh-peluh. Tapi mama-daddy punye lah sejuk. Hahaha. Pelik aku.

Raya kedua 2013:

Pagi tu beraya rumah-rumah sedara daddy Naila. Errr tapi rasenye tahun ni macam tak penat sangat. Maybe tahun-tahun lepas rumah yang dikunjung lagi banyak. Sampai aku asek ulang, 'bila nak abes...bila nak abes...' Hahaha. Senget. Alah aku manusia yang tak pernah merasa raya dari pagi sampai malam, jadi memey le gitu. Masuk raya tahun ke-2, ke-3 baru boleh cool-cool.

Kebetulan raya ke-2 tu pulak jatuh hari Jumaat, yang pompuan-pompuan melepak la kat dataran apa ntah namanye sementara tunggu jejaka-jejaka kacak pergi solat. Ada pulak playground kat sana. Dah tau dah kompem Naila tergedik-gedik menjerit nak main. Suke nak menggelapkan kulit tu. Grrrr!

Raya ke-2 gambar tak banyak sebab daddy lupa bawak Ipad. Jadi kita curik gambar adik ipar je. Ngahaha.



Raya ketiga 2013:
 
Pakaian lebih sempoi, walaupun aku banyak kali tanya daddy, 'boleh ke pakai jeans?' Kakaka. Dah la raya ke-3 tu ada majlis tunang. Takpelah gamble je lah kan sebab baju extra pun tak bawak. Sebaik baju Naila pun sopan siket hari tu. Raya ke-3 tu, kitorang laki bini banyak melepak sebelum sampai umah orang bertunang tu. Naila pun tengah sedap tido. Hohoiii. Budak kecik tu tak cukup tido raya pertama dengan kedua. Raya ketiga memang dia bantai tido je bila masuk kerete. Kitorang hangkut masuk kedai makan pun, dia tak sedar apa. Kitorang lepak kat dataran apa ntah sambil makan mee siput pun die tak sedar jugak. Dah sampai umah orang tunang pun masih tido. Tapi bila aku duduk je, terus celik bijik mata. Mood pun okey la siket. Ngeeee.
 


Raya keempat kelima 2013:

Lepak rumah, jalan-jalan kat Mines. Baju raya pun dah takde. Sila berpakaian seperti biasa. Muahahaha.

Semalam dah start keje. Lemau nau. Tapi half day je sebab petang tu nak pergi menziarah blogger Yong merangkap client encik daddy kita. :D  Gambar-gambar perjumpaan blogger-blogger kita buat hujung-hujung Syawal nanti okeyh!

Selamat bekerja! Dadaaaaa.



10 comments:

  1. selamat hari raya naila sekeluarga. alah, xde la gambar bersalam di pagi raya.huhu....

    ReplyDelete
  2. Pasni beraye umah aty pulak yer..:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ~~alalala...omeinya naila....heeee...^^

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya wawa...wahh..dah up n3 raya yer...hehe... cantik baju raya naila =)

    ReplyDelete
  5. mak ngan anak sam cun nye! daku ni anak bujang baju semendang sama ngan bapak. mak nye selalu terpinggir.

    ReplyDelete
  6. Wawa cantik naila comel daddy ensem. Eh? Haha

    ReplyDelete
  7. Waaaa meriah raya...suka tgk si dak tecit tuh pakai peplummm kemainnn hahahha

    ReplyDelete
  8. comel betul naila pakai peplum..anak dara sangat nih..mommy pun maintain jer cun..selamat hari raya wawa.. ;)

    ReplyDelete
  9. berdasarkan pemandangan belakang gambar...mcm dataran dekat muo je...huhu

    ReplyDelete
  10. cantik comel lote je u ni i tgk. selamat hari raya :)

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates