Tempat yang dituju Jalan TAR dengan SOGO. Paling kesian aku
boleh taktau Jalan TAR dengan SOGO tu sebelah-sebelah je. Kakakaka! Haaa aku
bukan orang KL ye dan aku anti nak masuk KL sebab jem sana sini. Dulu-dulu
kalau time raya aku suka shopping kat Jusco, Parkson, downtown yang dekat-dekat
dengan umah aku. Bangi-Kajang-Putrajaya-Balakong. Tu pasal bila masuk KL macam
rusa masuk Bandar. Tapi sekarang rusa pun dah cool duduk kat Zoo Bandar KL tu
kan.
Aku gerak dari rumah pukul 11 pagi. Lambat kan! Sebab tunggu
daddy balik kerja. Daddy kena masuk opis pepagi tu. Naila pulak kitorang hantar
gi umah mak aku sebab aku dah cakap awal-awal aku nak habiskan satu hari cari
barang. Tak cukup barang takleh balik. Kemain kan. Last-last aku yang ajak
balik sebab tak larat dah. Muahahaha. Dalam kereta je dua jam oiiii. Pffftttt.
Tu yang aku tak suka KL ni. Dalam kereta je dah berejam. Kalau balik Perak ni,
dah sampai Tapah dah.
Dapat Parking je, terus terkedek-kedek keluar terus kea rah SOGO
dulu. Masa tu dah pukul 1. Waktu lunch hour. Ramai gila umat dalam SOGO tu. Aku
nak tengok kasut pun tak boleh. Last-last ajak daddy tengok baju Naila. Settle
baju Naila, tengok baju daddy pulak. Daddy pilih baju pun kejap je. Nasib baik.
Hehehehe.
Pastu baru kitorang turun jalan TAR. Masa kat Jalan TAR ni
macam hazab siket. Sebab. Aku suka jejalan dalam aircond je. Hahaha. Gedik!
Siket la. Kat luar tu panas kot. Dah la pose. Tapi sebab baju peplum Naila, aku
gagahkan la diri berpanas. Phew. Cari
merata. Masa memula mencari baju Naila memang tak jumpa. Baju aku pun langsung
tak boleh buat aku senyum meronta-ronta nak kan baju. Takde okey. Bila kaki dah
macam nak putus, duduk rehat pun berapa kali, pastu aku cakap dengan daddy,
last round. Kalau tak jumpa jugak, kita balik je. Sekali masa nak balik tu lah
kemain banyak aku jumpa baju peplum baby. Kemain banyak jugak aku jumpa baju
yang berkanan. Tapi berkenan je takde sampai meroyan nak. Harga pulak aku rasa
standard je. Takde la murah mana. Jumpa baju melayu daddy pun, daddy taknak beli
sebab last year beli baju melayu kat downtown Bangi tu harga RM80 je. Kualiti
kain pun tersangatlah puas hati. Yang kat Jalan TAR semua RM100 ke atas. Kalau
ada bawah RM100 tu kain dia alahaiii……. So daddy Naila hold dulu baju melayu.
Cari tempat lain. Padahal bagi aku kalau cari tempat lain dapat harga murah
same je kalau dah masuk duit minyak tol parking bagai. Hahaha. Okey tapi daddy
taknak, daku yang menurut perintah. Jom balik!
Sebelum balik amek Naila singgah Alamanda dulu nak beli kasut
aku dengan seluar jeans. Pastu makan
kfc. Sebab masa berbuka tu kitoang makan takoyaki dengan yongtaufu je. Beli kat
bazar Precinct 2 . Pastu terus pergi surau Petronas dekat presint 16 tu. Senang.
Bila sampai Alamanda, orang lengang je sebab memasing tengah berbuka lagi. Baru
syioookkk!Setakat ni barang yang tak beli lagi.
·
Kasut gedik Naila – 1 pasang je cukup. Takyah
nak berpasang-pasang. :p
·
Dress Naila kaler hijau. Mampu ke nak pakai
peplum sampai tengah malam. Memang tak la kan.
·
Sepit-sepit atau cekak Naila. Weheeee^^ Sebab
rambut tu dah makin kerinting, kena ada sepit-sepit supaya tu rambut tu tak
bergulung sangat yaw.
·
Baju melayu daddy – raya pertama
·
Baju peplum mama – raya pertama
·
Baju gedik mama – raya kedua. Baju je, kain dah
beli. :p
·
Tudung lilit-lilit. Ke nak pakai tudung kangaroo
je?
Daddy cakap Khamis ni ada berbuka puasa dengan kawan-kawan
MRSM kat KL. Mihmihmih. Nanti nak singgah jap Jalan TAR. Beli tudung je! Sebab
tudung dia murah. Tu aku boleh terima. Yang lain, biaseeeee je.
Eh eh lagi satu, kan aku beli baju peplum Naila. Balik amek
Naila dalam pukul 11.30 malam. Malam tu jugak aku tunjukkan baju tu kat die dan
Naila over excited! ‘Ca-tek’ ‘ca-tek’ sambil bersungguh-sungguh nak pakai baju
tu. Padahal tangan dah menggosok mata. Settle pakaikan semua baju Naila, baru
aku ajak tido. Kejap je lelap. Mantok sangat la tu!
jelesnya dgn wawa!! za ritu dlm kete 2jam xsampai sogo lg.. mmg stay umh mertua tu kt kl.. bygkan r klu dr shah alam. xde maknanya nk shopping klu dh trun dr kete pn x.. terus patah blk umh mertua. keciwa gile! smpai skrg selai baju pn xde lg.. waaaa... jeles, jeles, jeles !
ReplyDeletewah.. jeles.. persiapan da settle... lin blum lagi. da la 2 anak. pening jup nak pikir...
ReplyDeleteeerr..banyak lagi tu yang penting2 tak dibeli..heheh...aty tak cukup tabah nak ke jalan tar tu...
ReplyDeleteuntung la dh wt persiapan..una blm lg.tgu last2 skit
ReplyDeleteyeay akhirnya dpt jugak naila peplum kaler ijau yer ('-`\)
ReplyDeletesyokla wawa ade yg jage naila..kalau kite kene angkut delisha g shopping..bantai dy mangamuk...ape pon x jadi...peplum delisha tempah..sbb x de saiz...dpt la tempah 2 pasang..hihi..mak yg over kan..hahahah
ReplyDeletesonok nye sopping di kala org lain kerja! hehe
ReplyDeletewaaaa..dia dah gi shopping dah...huuh..ni yg buatkan xsabar nak gi shopping sok nie..heheh
ReplyDeletesemalam maksudnya selasa eh? time pukul 1camtu pun baru sampai sogo gak.. memang ramai orang.. tapi still rasa macam okay-okay lah.. tapi kita pergi sogo je, tak pergi jalan tar sebab pergi berdua dengan Ayra je.. tak terkawal kalau nak bawak dia pergi jalan tar berdua je.. dahla panas, kang ada yang tetiba maknya amukan. hihi...
ReplyDeletemesti kiut naila pakai peplum. :)) rambut kerinting pun okay je kot, ada gak rambut nak disepit. ni..... yang kat rumah ni nak disepit kat mana taktahula.. hahaha sepit kat hidung. :P
byk nya soping mama naila oit..
ReplyDeletesalam.. singgah blogwalking.. jatuh cinta dgn diz blog..ngomel sikit :
ReplyDeletebesh kan soppink kalau lengang..me too soppink hari tu time org nk buke.. wieeee.. soppink mall macam kita yang punyer >.<
yeay dh siap sume.boleh raya dh.selamat hari raya wawa.
ReplyDeletehehe..seronokkan shopping...banyak tu... selamat hari raya wawa =)
ReplyDelete