Meh klik kejap~

Saturday, July 20, 2013

Fenomena Facebook yang menggila!

Hari tu sebok org bercerita pasal "couple seminggu". Ramai la nak up status "kita janji......." Pasal cerita couple ni aku tak amek kesah sangat. Mungkin sebab budak-budak kan. Ala macam la kau tak gedik jugak dulu masa kapel-kapel dengan laki kau dulu kan. Daddy pun ada jugak anta mesej nyanyi-nyanyi kat aku dulu. Tapi sebab dulu henpon tak berapa nak canggih, takdelah video bagai kan. Cer ada video, memang aku kongsi sekarang jugak. Eh! Hahaha. Pastu cer korang baca balik mesej-mesej masa bercinta dulu. Geli seyh! Jiwang berkarat-karat! Dah kawen memang lah dah takde nak sumpah-sumpah, berjanji setia macam zaman kegelapan dulu. Wakakaka. 

Seminggu pastu, up pulak cerita si Asrap kawin lain kat Thailand! Fuhhh! Hoiii ni betul-betul buat perempuan-perempuan rasa macam nak pijak si Asrap tu. Ala biasalah, perempuan mana yang suka berkongsi kasih sayang ni. Laki kau pandang pompuan lain pun, dah muncung sedepa. Apetah lagi nak kawen lain, memang angin ribut taufan lah datang. Kahkahkah. Bagi aku, nak berpoligami okey. Tapi cer la buat macam Ustaz Azhar Idrus tu. Makan beradap pun siap diapit lagi oleh bini pertama dan kedua. Ini bini pertama tak bagi kawen, kau pergi kawen kat Thailand. Alahai. Tanya daddy Naila, sebaik daddy Naila backup Dayana tu. Bak kata daddy, "kalau daddy nak kawen lain, daddy mesti nak perkahwinam ke-2 lagi gah dari yang pertama." Kahkahkah. Kau nampak tu dia bagi perumpamaan diri dia sendiri? Takpe sebab perumpamaan je, aku pun angguk je lah. Takde lah nak mengamuk ke hapa. Tapi jangan buat pasal naaaaaaa. Hahaha. *mintak dijauhkan*

Baru beberapa hari, tetiba cerita pasal kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kereta. Ok cerita yang melibatkan baby atau kanak-kanak ni aku tak berapa gemar nak baca sangat. Kekadang aku skip je, tapi sebab terlalu ramai yang share. Aku terbaca walaupun tak tengok gambar. Terus terbayang-bayang Naila. Ya Allah kau jauhkan lah aku dari perangai cuai. Sebabnye aku tau aku mama yang agak cuai kadang-kadang. Ye kekadang je bukan selalu pun. Hihi. Ehem, dan korang jangan lah salahkan mak budak tu. Mak mana tak sayang anak hoiiiii. Bukan dia sengaja-sengaja tinggalkan anak tu. Terlupa! Errr ada orang kondem "anak pun boleh lupa???" Bagi aku, ye kalau itu yang Allah mahukan. Ditutupnye penglihatan dan pemikiran ibu itu sementara. Cukuplah Allah tarik anak itu dari ibunya, ibu tu dah cukup tersiksa. Dan yang kita ni janganlah menghukum ibu itu macam kita ni ibu yang paling bagus menjaga anak. Kita taktahu perjalanan hidup kita ni macam mana kan. Sekali Tuhan nak uji kau, KE-OK terus baru tahu.

Eh, panjang pulak aku bebel. Dan eh! Dah macam belog hiburan dan belog nasihat-nasihat pulak. Mihmihmih. Kbai!

Apa pun, mama akan cuba jadi mama yang terbaik untuk Naila walaupun mama ni tak sehebat macam mama-mama lain. Sayang kakyong Naila^^

6 comments:

  1. Kat fb tu.berite lagi cepat tersebar kan..tu kes si serap tuh..melodi tak tau lagi kes si markonah tu..tp ade pulak kawan2 pada kawan markonah dah cerite dulu....heheh..
    Tapi kes budak tu..memang sadis ar...aty pon tak sanggup nak bace..nak menyalahkn pon tak boleh..pokok pangkal..balik pada allah..tu urusan allah menarik balik amanah yg satu tu dgn care demikian..muhasabah diri...:)

    ReplyDelete
  2. sayang kak yong naila jugakkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. haah..ila pun ada baca pasal budak yg umur 3 tahun nie meninggal..Ya Allah..memang sedih sangat.. semoga jadi iktibar buat kita semua... kita yg tengok nie pun sedih..inikan pulak mak budak tu sendiri.. semoga mereka semua tabah

    ReplyDelete
  4. kak yong naila? so sweet lah! :)

    ReplyDelete
  5. FB kan update pantas segera terkini hehehe...apa pun bab baby tu mmg tak leh nak cakap apa la benda dah jadi jangan kondem mak dia please....please

    ReplyDelete
  6. tu la geram jugak baca pasal kes kematian tu.ada yang cakap buruk2 pasal mak dia.dah tersurat ajal dah sampai.tak ada mak yang nak anaknya berada dlm keadaan mcmtu.org kita ni kdg2 suka cakap ikut sedap mulut tanpa berfikir.

    jadikan kejadian tersebut pengajaran kepada kita supaya lbh berhati2 tapi bukannya untuk menyalahkan sesiapa lebih2 lagi si ibu

    ReplyDelete