Meh klik kejap~

Wednesday, July 24, 2013

Annaila : 16 bulan~

Annaila nak masuk 16 bulan dah. Kalau tengok perangai dia sekarang mesti kitorang laki bini akan cakap, “dia dah besar kan.”

Ramai tanya, Naila mengada tak bila pregnant kali ni. Oooo baru lah aku tau, kalau kita pregnant, anak yang lain akan mengada lebih. Dulu masa awal-awal dulu Naila okey. Tapi bila aku dah masuk 8 minggu aku perasan dia cepat memberontak siket. Kadang taknak aku sentuh die langsung! Geram pulak kita. Macam ada satu malam tu, ntah kenapa dia anti gila dengan aku sampai nampak muka aku pun jerit-jerit taknak. Last-last aku amek dia peluk dari belakang, cakap lembut-lembut dengan dia, tak sampai seminit terus diam. Eh? Berkesan pulak taktik ni. Taktik pujuk tak tunjuk muka? Hahaha. Bila dia dah diam, baru dia senyum nampak muka aku. Mood dah okey, terus buat susu ajak tido. Fuh! Settle. Tapi taktau la lepas ni ape lagi perangai yang dia buat. Pengsan mama awak ni Naila.

Dah faham maksud adik? Agaknye la. Memula aku ajar, “Naila, ni adik Naila”. Sambil tunjuk dan usap-usap perut. Dia pun ikut usap jugak sambil senyum-senyum. Pastu bila aku cakap, “Naila sayang adik.” Terus di cium perut aku. Woah! Comelnye Kak Yong Naila ni! Hihihi. Bila die mengganas melompat atas badan, aku cakap camtu je lah, nanti dia takde la lompat bintang atas badan aku. Terus dia cakap, ‘Adik. Adik.’ Sambil tepuk-tepuk perut aku *happy!*

Kuat makan. Errrr rasanye memang dari dulu kuat makan. Tapi kali ni macam bila nak berbuka puasa tu, dia nampak je aku hidang makanan atas meja, berlari-lari datang. Pastu cakap ‘duduk’ sambil depa tangan mintak dukung letakkan dia atas kerusi. Nak makan sekali katanye. Bila orang berbuka mulalah nak mengacau. Nak duduk atas riba lah, nak minum air daddy la sampai tumpah-tumpah. Nak makan makanan kita la. Bila letak kat depan TV meraung! Haih~ Takpe taun depan adik baby dah ada. Kalau dah ada kawan, takde la kot die kacau mama daddy dia ni makan. Kot?

Banyak perkataan yang dia boleh sebut. Errrr. Nak list kan satu-satu macam tak ingat pulak. Hihi. Tapi yang ada dalam kepala aku, Naila sebut ‘Adoiii’. Tiru daddy sebut. Daddy sebut ADUH sebab Naila ni suka melompat atas badan daddy dan hentak kepala kat muka daddy. Kesian daddy. Hahaha. Sampai ber-ulcer mulut daddy. Pastu baru nak elok ulcer, Naila hentak lagi. Tambah ulcer kat tempat lain pulak. Sebaik kat mama takde hentak-hentak. Kalau hentak mama takde aduhnye, terus jegil je bijik mata dan membebel. Mak-mak sangat! Haaaa, lagi satu die suka cakap, “ayokkkk….tatayo….”.

Suka berkawan. Pantang nampak kawan sebaya mulalah datang senyum-senyum. Pastu kiss. Hahaha. Comel! Tapi kalau dengan budak laki, kalau laki tu mengganas pukul die, die pukul balik budak tu. Fuh! Daddy cakap Naila sangat garang. Kalau kat rumah ibu (pengasuh), ada sorang budak lelaki 2 tahun, ibu cakap Naila denganbudak lelaki tu suka bergado, menyakat. Naila akan pukul budak tu dengan tangan. Bila tangan dah pedih, dia amek lion, die pukul dengan lion pulak. Hiyak! Eh budak laki tu pun bukan diam je. Pukul Naila jugak. Kira dorang gado-gado manja la. Bila Naila senyap, budak laki tu datang menyakat. Kalau budak laki tu diam, Naila datang menyakat. Gitew. Ala budak nak membesar macam tu lah. Gado-gado pastu kawan balik. :D

Dah boleh duduk kat belakang bila naik kereta. Kalau dlu letak belakang, meronta-ronta takut! Sekarang, kejap ke depan kejap ke belakang. Kat belakang luas tu yang best kot. Harap taun depan die dah boleh duduk belakang terus. Taun depan kan dah ade baby. Giles kau nak pegang baby lagi, nak die duk atas riba lagi. Fuh! Penyek aku. Hahaha.

Hurm harap-harap dia boleh jadi kakak yang baik dan tolong-tolong mama nye ni.

*Terbayang Naila tolong amekkan pampers adik dia, amek botol susu adik dia.*





 
 
 
 
 
 

12 comments:

  1. bijak kak long naila..dah faham dah tu sikit2 maksud kakak :)

    ReplyDelete
  2. Dh mcm ank dara sgt dh kak yong naila :)

    ReplyDelete
  3. kak long naila..hehe..mesti cute bila mama mtk tolong amek pampers, susu...hehe...terbayang raees pun mcm tu gak..hehe

    ReplyDelete
  4. Bijak dh kak yong naila.. s3bab tu x hentak mama. Hentak daddy jek. Kiki

    ReplyDelete
  5. kak yong naila yang cantik .....

    ReplyDelete
  6. bijak la naila ni... cepat die cakap ek/... dhia ni blm lg pndi sebut... yg ado.. bahasa perancis die la..hehehe...

    ReplyDelete
  7. Masa saya mengandungkan adam.. Amira pun kuat merajuk. Asyik nak berkepit je. Ingat lagi, masa dah deliver adam then balik rumah mertua. Amira stay sana. Dia tengok adam dia terus masuk bilik nangis. OMG. Sedih pulak tengok. Yelah orang semua kerumun kat adam. So amira sangka orang tak sayang dia dah. Kesian...

    ReplyDelete
  8. airiel pun skg dh tunjuk pngai mcm dh bsr..rindu baby2 dulu..waaa...comey naila..muat lg eh pakai baju tuh?kak yong naila naty jg adik elok2 taw..

    ReplyDelete
  9. besar dh anak dara ni.lawa pon lawa.hehehe.eh kerusi tu terbalik lah.punggu kesana.bukan kaki.hhehe

    ReplyDelete
  10. Ape2 ayat pon..mesti pikir..tunggu ade kawan eh naila..senang mak awak..:)

    ReplyDelete