Percutian di Tanah Aina, Pahang. Info tak berapa nak banyak sebab aku banyak moody kat sana. Muahahaha. Percutian ni dari agency Daddy. Jadi ada dalam 50 orang yang join.
Emmm harga ikut kepala tau. Aku tak ingat, tapi sekepala dalam RM2++. Kalau aku dengan Daddy dah jadi dalam RM4++.
Bagi aku percutian ni tak sesuai untuk keluarga yang ada anak kecik. Anak kecik tu maksudnya baby lah. Hihi. Sebab. Percutian ni sesuai untuk golongan yang sukakan aktiviti lasak. Belum masuk kawasan Resort tu pun dah mencabar. Kena naik lori sebab jalan dia memang aku tak dapat gambarkan. Ko hulur kepala kat luar lori, sebelah kiri hutan banat, sebelah kanan gaung. Kau mampu? Silap memandu memang ke gaung la kau. Gitew. Naila? Memang dia cuak gila. Peluk aku sekuat perasaan. Tak nangis tapi muka memang nampak kecuakan la.
Perjalanan naik lori dalam 10-15 minit. Tu pun kalau lori tak sangkut. Macam lori kitorang hari tu sangkut masa nak naik bukit. Tak lepas-lepas. Dekat setengah jam dalam lori tu. Bila lori tu terundur ke belakang dengan laju memang cuak. Menjerit-jerit semua orang dalam tu, tapi menjerit sambil tergelak. Boleh? Hahaha.
Sampai atas, turun je korang akan dihidangkan dengan air sirap + mint. Rasa die mula-mula pelik. Lelama eh macam best la pulak. So bermula-lah men-check in ke dalam bilik. Aku dengan daddy bilik asing-asing. Nak cerita panjang pulak. Nanti aku hangin satu badan lagi. Muahaha.
Petang ada aktiviti jungle tracking. Aku sebenarnye suka gila aktiviti tu. Tapi sebab dah jadi mak orang, maka anak mesti jadi keutamaan. Wuuuu. Aku temankan Naila tido dalam bilik dengan aku sekali tertido. Sedar-sedar dorang dah balik, daddy panggil aku turun untuk minum petang. Balik dari minum petang ajak Naila mandi sungai sebab bila lalu sungai je, Naila dah menjerit-jerit suka. Tapi air tu memang sejuk gila lah!
Malam, aktiviti tengok gambar yang di edit jadi video dari pihak Tanah Aina. Best! Tapi kalau nak video tu kena beli. Sekeping RM18. Amboi mahal kemahen. Pastu barulah memasing masuk bilik tido. Okey bila malam tu memang takut. Dah la kat tengah hutan. Hujan lebat. Mula lah otak aku fikir yang bukan-bukan. Malam tu je bape kali aku terbangun. Naila pun nampak tak lena tido. Nak kena peluk, agaknye dia pun takut.
Bangun pagi barulah mencicit masuk toilet sebab tak berani nak keluar memalam. Haaa! Lupa, toilet kat luar ye. Pastu baru daddy datang ajak sarapan. Lepas sarapan ada aktiviti flying fox. Kena bayar RM30.00 untuk sekali. Kalau nak naik lagi kena tambah RM15. Mahal gilak! Pfffttt!
Ni aku nak bagi tips sikit. Cewah kemahen nak tips-tips bagai kan!
- Tak perlu bawak sport shoes sebab kat sini ada jual rubber shoes harga RM10. Lagi tahan dari sport shoes sebab jungle tracking korang kena masuk dalam sungai. So kasut ni sangat tahan, Ni daddy cakap bukan aku cakap. Dorang cakap kalau nak panjat gunung kinabalu pun boleh je guna rubber shoes tu. Agak berbaloi kalau beli.
- Siapa yang guna Celcom je yang boleh dapat line. Muahahaha. Tapi tak kuat lah. On Off. Okey lah dari orang yang guna Maxis, Digi dan seumpama dengannya, memang takkan dapat line langsung. Kehkehkeh. So tak perlu nak cas henpon sebab nak bukak facebook, insta memang tak boleh. Jimat battery di situ.
- Sabun mandi, syampu disediakan. Tapi bau macam mint-mint siket sebab nak halang nyamuk gigit katanya.
- Siapa penakut macam aku ni, sila lah pergi toilet awal-awal sebab toilet dekat luar. Kalau memalam tu agak seram sebab kau dalam hutan. Daddy sendiri tak berani nak keluar kot terserempak dengan apa-apa.
Eh last. Lupa nak cerita. Senja tu Naila tetiba takut tengok sorang minah ni. Senang cerita macam dia nampak 'sesuatu' lah.
|
Berkumpul kat Janda Baik. Awal-awal pagi dah kejutkan Naila. |
|
Naila kat lobby. Errr gambo full takde. Kan aku cakap aku moody. Kehkeh. |
|
Katil mama. Cantek dan selesa sangat! |
|
Katil Naila. Tapi tido malam bawak ketiak mama jugekkkkk! |
|
Dari bilik kitorang. Bunyi air sungai memang kuat sangat. Macam bunyi hujan lebat. |
|
Dorm mama dengan Naila. |
|
Daddy berjungle tracking, mama layan Naila dulu sebelum tido. |
|
Dah tdio atas katil gebu mama. |
|
Nak balik. Naila tengok ikan. |
|
Gambo mama yang mood dah okey siket. Daddy, pasni nak bercuti mana-mana sila diskus dengan mama dulu. Kalau tak mama akan moody sepanjang percutian. Sekian. :D |