Meh klik kejap~

Monday, November 11, 2013

Annaila : Tidur bilik sendiri~

Dah seminggu Naila tido kat bilik sendiri. Yeay!!

Sebab aku ajak Naila tido bilik dia? Sekarang mulut dah becok. Tengah tido die membebel-bebel "Tepi! Tepi! Tepi!" Sambil tolak-tolak kitorang. Pastu aku atau daddy terpakse lah tido merengkok kat hujung katil. Bangun tido, tengok Naila, amboi? Terkangkang ye nak kau tido? 

Bila kitorang terpaksa tido merengkok kat hujung-hujung katil, badan pun mula lah sakit. Mula lah merungut-rungut. Cakap dengan Naila die senyumkan aje kitorang. Cehh!

Jadi satu malam, aku saje ajak dia tido kat bilik sendiri. Tak mengharap pun die dapat tido kat situ sebab budak kan susah nak pisah tido dengan mak bapak dia. Masa tu aku baring sekali sebelah dia. Daddy pulak teman kitorang kat ruang solat. Dekat 2 jam! Baru budak kecik tu boleh tido. Malam Naila bangun menangis mintak susu. Bagi susu, dia tido balik. Sebaek daddy cepat sedar kalau Naila berbunyik. 

Tapi ada sekali tu daddy tido lambat, bila Naila nangis kitorang tak dengar. Sebaek aku terbangun. Tengok Naila menangis kat tepi pintu bilik kitorang. Aku panggil Naila sambil gamit tangan. Baru die lari masuk bilik. Pelik aku! Bila pulak aku bagi arahan "jangan masuk bilik mama!" Haha. Aku selalu cakap dengan dia sebelum tido "Ni bilik Naila. Naila kena tido bilik sendiri. Mama dah kemas bilik Nai cantek-cantek" Itu je aku cakap. Aku tak cakap tak boleh masuk bilik mama. Kehkeh. Apa-apa je la Nai!

Lagi satu! Ade satu hari tu jugak Naila cam tak berapa sihat. Jarang Naila menangis tengah malam selain nak susu. Kalau dia buat hal memalam mesti Nai tak sihat. Dan malam tu mungkin Nai tak sihat. Aku ajak dia tido bilik kitorang. Naila taknak ye! Die nak tido bilik die jugak. Muahahaha. Aku suka bab tu sebab die tau itu bilik dia. Tapi ku hangkut jugak la tido bilik aku sebab dia tak sihat. Senang aku nak pantau.

Kalau korang tanya macam mana nak ajar anak pisah tido, sumpah aku taktau cemana. Aku rasa terpulang kat anak korang sendiri nak atau taknak. Aku pun terkujat gak Naila boleh tido asing dengan senangnye. Mungkin Naila ni sifatnye jenis berdikari dan berani. Itu pendapat aku lah sebagai mama dia. Haha. Taktau la bila dah besar penakut macam mama die pulak.

Satu je la, aku macam bersyukur Naila ada perangai dia sendiri yang aku rasa die boleh jaga adik-adik dia. Perangai anak sulung! Walaupun dia perempuan. Eh perempuan garang apa. Kau buli adik die, siap lah! Haha. Harap-harap nanti dia boleh ajak adik-adik dia tido sesama. Jangan kedek pulak taknak share bilik. Pitam mama daddy nak buat bilik lagi. Rumah dah la comel. 






21 comments:

  1. pandai nye naila..
    mama tak rindu ke naila memalam?

    ReplyDelete
  2. bagus la naila...dah ada sifat kekakakkan gitu....

    amboi kemain finnkkkk biliknya...bila nak buat bilik airis ni...huhu..

    ReplyDelete
  3. blom ajar lg zafirah tido blk sendiri sbb x bli lg katil yg sesuai..katil yg ada kt rmh tu sume tinggi tinggiiiiii...bahaya oii kut jatuh dia masa tido...pitam mama! insyaAllah akn dtg...hihi

    p/s: oi naila pakai selmut MAS eh?kehkeh *tetibe*

    ReplyDelete
  4. bgsnye Nai!!adoihhh bile aku nk train iman ni??next month dh 2thn...

    ReplyDelete
  5. alahai comelnye bilik dia... pink color :D

    ReplyDelete
  6. Alahai..senangnya Naila tido kat bilik sendiri..bilik pon cantk comel je,tu yg dia ok je dpt tido kat bilik sendiri kan..

    ReplyDelete
  7. bagus2...progress yg baik.Naila dah boleh berdikari ye...good girl

    ReplyDelete
  8. wahh. bagusnya awk naila. arissa tak mungkin boleh tidur sendiri lagi sebab bila hjg minggu je dia dpt tidur dengan mak dia. =))

    ReplyDelete
  9. mcm comel jer dia tido .. nmpak sgt berdikari si naila neh .. nangis tepi pintu bilik mama yer ?? aloloo ...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..nk jgk dia tdo sendiri kan

    ReplyDelete
  11. pandai nya naila... good girl. elman mcm tak berapa nak boleh lagi je. masih "bergayut" lagi memalam ngan mommy. huhuhuh

    ReplyDelete
  12. bagus naila... good gurl! utg mama. >_<

    ReplyDelete
  13. hebatnya naila..kecik2 dah pandai tido sendiri...kayrul nie anak dah tido bilik sendiri tapi mama papa pun join tido bilik anak...camner tue???...hehehe

    ReplyDelete
  14. hehe..lawakla naila...pndai xmsk bilik mama...comey taw!cun bilik naila..wawa, anis pun terpengaruh dgn ruang solat!ok nk tiru voley?raung menan anak ada..tp ruang solat xdek..kne wat!

    ReplyDelete
  15. waaa..kagumnye dgn naila...anak dara saya tu xtau bile nk tido bilik asing..
    sbb adik msh tido bwh ketiak ummi..btw,bilik naila sgt gojes..!

    ReplyDelete
  16. Wah bagusnya naila ni..!!

    serius suka sangat tengok bilik naila ni.. cantik warna dia!

    ReplyDelete
  17. bilikkkkkkkkkk naila sangat cantik..pinkk ituuuuu gue suke bangat deh!

    ReplyDelete