Thursday, November 7, 2013

Sekian lama tak bersenam.

Dulu kan, masa zaman kita kecik-kecik sampai lah usia remaja gitew. Kau perasan tak bila kita bersenam, kita relax je. Sampai ku rasa apa je lah fungsi senaman nak regang-regang ni. Bukan rasa apa pun. Peluh pun tak keluar.

Tapi! Bila dah meningkat dewasa! Kau pernah bersenam? Okey kalau rasa kau memang kaki senam-senam ni bagus lah. Tapi bagi mahkluk yang malas besenam macam aku ni, bila wat regangan vodo-vodo pun rase sakit sangat!

Dulu. Masa zaman sekolah rendah, aku olahragawati sekolah. Lumba lari. Kaki panjang gitu kekdahnya. Paling tinggi pergi peringkat daerah. Masuk peringkat daerah aku takleh lawan dengan kaki orang dah. Masuk sekolah menengah, aku slow. Aku aktif merentas desa je. Dan berjaya jugak dihantar ke perigkat daerah. Masuk pulak PLKN, ada aktiviti-aktiviti lasak yang best gila! Tapi setiap kali nak beraktiviti, mesti kena senaman regang-regang badan yang mana benda tu bagi aku sangat membosankan dan sangat tak penting. Bepuluh orang kata kalau taknak kena cramp kena wat regangan dulu. Dah aku tak pernah kena cramp acaner? Masa ngandung je lah aku duk tercramp-cramp ni.

Sekarang. Setelah errrr hampir 8 tahun, yang mana aku memang dah lama gila tak bersenam. Bila badan dah start sakit-sakit. Siket-siket sapu minyak panas, siket-siket nak urut. Adoi. Orang tua sangat! Bila kena urut lega tapi tak sampai sehari je leganye.

Aku pun duk terpikir mungkin, ye benda pertama mestilah aku tahu aku dah semakin berusia. Srootttt! Yang kedua, aku tak bersenam. Dan aku pun mula lah berjinak-jinak dengan senaman semula. Aku ingat balik macam mana cikgu PLKN dulu ajar. 

Kali pertama buat lepas solat subuh, buat kat leher dulu. Alah yang tolak kepala ke atas, kiri kanan, bawah. Kau tau apa rasa dia? Mak aiiii! Sakit gila weh leher aku! Rase macam tulang kat leher bunyi reput. Hish! Anlene! Anlene! Pastu? Ade la rasa lega siket. Lepas tu buat lah regangan kat tempat lain. Semua rasa macam "adududududu".  Seksa jiwa aku buat regangan di usia-usia sebegini. Kehkeh!

Perasaan senaman di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa sangatlah berbeza hokey! Kalau dulu, relax je. Tak sakit apa-apa walaupun cikgu cakap TOLAK KUAT SIKET! BARU RASA! Sekarang? Tolak slow pun rasa macam "adududududu" . Dia punya sakit, uiiii taktau nak habaq lagu mana.

Pasni weekend memang kena ajak daddy senaman kat luar pulak la. Umur belum masuk 30-an tapi sakit dah macam tua sangat. Kasut sukan dah kena rembat. Pakai sepilar je boleh?




 

6 comments:

  1. hahaha! kite same la wa~~
    time skolah dlu pon aktif. skrg aktif kejar anak. malam je lenguh gler babeng. tua sgt kan!

    ReplyDelete
  2. rara pon mmg nk bersenam.tp mls nk pakai kasut.pakai selipar pon boleh kan.hehehe

    ReplyDelete
  3. Sama la kita pun Wa. Husb pun ad gk sbut hal ni. Dok la zikir kt telinga ni nak folding bike. Errrr.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. umur muda badan macam orang tuwe kan?? kikiki.. sama la.. tapi sejak tak minum ais (baru 3minggu).. memang nampak perubahan la.. badan takde dah sengal-sengal mintak urut.. nak makan suplement memang takla.. kang jadi pekasam.. so ubah benda yang kita makan/minum jela dulu.. tapi sengsara kottt tak minum air sejuk/ais T_T


    pakai sePILAR pun bolehhhhhhhh :p

    ReplyDelete
  5. wa! patut la mung selim je...sprinter rupanya...org aktif berlari ni mkn la byk mana pon badan susah naik sbb metabolism tinggi!

    i rajin gak bersenam dlm rumah...senaman apakah itu? kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. daku pun lama gile tak bersenam..agaknye sebab tu lah sakit2 badan kan wa..kena mula balik lah ni..tapi mampu ke aku..hahaha

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates