Meh klik kejap~

Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah~

Masuk tahun baru, azam pun jadi baru. Padehal azam tahun lepas pun tak lepas-lepas. Api dendam kesumat tahun lepas pun akan ku cuba padamkan dan memberi kemaafan kepada mereka-mereka yang telah menyalakan api dalam diri aku. Ewah, ayat engkau dah kenapa. Walaupun aku rasa macam nak tikam-tikam mereka-mereka itu, dush-dush-dush! Eh aku nak maafkan orang ke tak ni? Okey-okey full stop.

Semepena bulan Muharam ini, marilah sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kalau kau rasa kau jahat, jom lah ubah jadi baik. Kalau kau rasa kau dah baik, jom lah ubah jadi lebih baik. Kalau kau rasa kau dah cukup baik, memang kau masuk bakul angkat sendiri.

Doakan aku ke arah kebaikan ye. 

Aminnn!


2 comments:

  1. Salam Muharram wawa.
    Sama2 lah kita menuju ke arah lebih baik.
    InsyaAllah. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita ye Wa.. mintak maap jugak segala silap salah =)

    ReplyDelete