Aku beli bunga! Eh taktau la bunga ke lalang. Hahaha. Sebab sekarang musim lalang agaknya. Aku tengok setiap rumah ada lalang tiruan tu. Tetiba aku pun dah jatuh cinta. Hari tu pergi Kaison, nampak lalang tu tapi tak jatuh cinta lagi. Nak pergi lagi? Memang harapan lah. Aku malas nak hadap jammed.
Masa jejalan kat kat Metro Point, tetibe ternampak kedai Romantika, tetiba termasuk, tetiba ternampak bunga dan lalang. Tetiba pulak aku menggatal nak gubah sendiri. Padehal tak pernah buat ni. Tapi sebab aku tau tangan-tangan perempuan ni magic, aku yakin aku mampu gubah. Alah sendiri je mahu tengok. Bukan nak jual kat orang pun.
Dengan keyakinan yang tinggi, aku pun beli dua jambak. Eh betul ke jambak. Macam kepelikan pulak. Total dua jambak berharga RM6.00. Okey la kut. Pastu cari span kaler hijau tu. Aku taktau mende alah tu apa nama. Dan ku bayar dengan senyuman penuh keseronokan dan daddy senyum dengan penuh kesangsian. Nampak nau tak yakin dengan bini dia ni.
Balik rumah, ku terus memulakan projek. Menggunakan bekas pen sebab taktau mana nak cari pasu tin kaler putih tu, aku pun mula memotong lalang-lalang itu menggunakan gunting comelku. Sekali nak potong tak lepas-lepas. Oh ku perlukan cutter dari daddy. Dapat cutter terus sambung potong memotong.
Dengan keyakinan yang dah kurang sedikit, ku mencucuk-cucuk lalang itu ke dalam bekas pen dengan penuh tata-tertib. Gila kau, tercucuk-cucuk tangan aku kena dawai. Sroootttt. Dan barisan pertama siap dalam masa 10 minit. Yeayyyy! Pastu ku teruskan cucukan di baris kedua dengan lalang yang lebih tinggi tak sampai 3 minit. Nampak tak kehebatan aku? Wakakaka.
Dah siap, terus aku cakap dalam hati, 'bapak tak cantek gila!'. Okey-okey tukar idea, aku tarik balik lalang-lalang tinggi tu jadikan dia pendek-pendek. Mmmmm okey la. Tapi masih tak mampu buat aku senyum kepuasan. Takpelah nak buat macam mana, kalau dah tangan tu keras kejung, nak berkonsep elegent untuk rumah terus jadi konsep cartoon. Cartoon pun cartoon lah. Asalkan ada tempat berteduh hujan dan panas. Kehkehkeh.
Cantik!!!!
ReplyDeletekikiki ok lah tu wa.lawa jugak.hehehe.seyes ni xtipu.
ReplyDeletehahahaha..cun pe lalang pun lalang la..tp aku xpahama wat ang p cabut bunga tu satu2 bg kluaq?
ReplyDeletelawa! i suka lalang yg last pic tu...hehe
ReplyDeletelawa wa..ku pun suka..
ReplyDelete