Meh klik kejap~

Friday, December 6, 2013

Annaila : Baju Kurung Peplum.

Weh, nak share aku berjaya buat peplum Naila! Errr aku ni reti menjahit vodo-vodo je. Maksudnya? Aku reti la letak kain atas mesin jahit, reti cucuk jarum kat kain yang nak dijahit, reti tekan pedal mesin jahit macam nak drive tu. Muahaha. Dan aku berani buat baju Naila sendiri sebab kos yang tak banyak. Cer suruh buat baju sendiri. Baik cakap dengan daddy, takyah susah-susah nak jahit. Baju mama yang dah siap tu lagi murah bebanding nak beli kain pastu nak pening-pening kepala jahit lagi. Kehkehkeh. Beribu alasan ye kau!
 
Camne aku boleh terpandai jahit peplum? Aku google. Aku tengok utube. Pastu aku cuba. Rupenye, alah kacang goreng je. Wakakaka! Takde lah. Ada part yang memey senang nak mampppp. Ada part yang sampai tahap aku meraung-raung dalam bilik sebab stress! Kahkah! Yang penting kena sabar. Tak boleh sekali hadap. Agak-agak ko stress, kau keluar makan cekelat. Baring-baring sambil fikir, "kenapa baju tu jadi buruk ye." "camne nak sorokkan basi-basi yang hodoh-hodoh tu" "kenapa itu" 'kenapa ini". Nanti idea pun tetiba datang. Bila datang je, terus bangun terus hadap kain tu balik. Agak-agak salah lagi, tetas balik benang. Wakakaka. Dan percayalah kalau kau belajar sendiri, cuba sendiri, fikir sendiri, next time buat kompem laju je. Cewah aku cakap macam hebat sangat je. Padahal kalau diberi peluang buat lagi baju peplum Naila mau aku menangis terloncat-loncat lagi kot? TAPI tahap kestressan tu takda lah macam mula-mula nak buat. Mihmihmih.
 
Nape tetiba rajin nak buat peplum? Sebab ada kenduri kawen bulan Dec ni pastu nak bertema-tema bagai pulak. Aku dengan daddy dah usha baju siap, harga RM65. Kalau raya boleh consider lagi la nak beli. Ni kenduri kawen je kot. Pakai sejam dua je kot. Pastu nak pakai balik baju tu? Memang tak la. Sebab aku lagi suka Naila pakai dress je. Simple! Tapi sebab kali ni daddy cakap, "Taknak dress! Nak baju kurung ke, peplum ke." Jadi aku pun google-google lah cara nak buat baju budak. Ngeee!
 
Errrr nak bagitahu.
 
Part paling senang : Jahit lurus je. Tekan pedal tanpa rasa bersalah. Ada corner kita corner. Kalau lurus, kita lurus.
 
Part paling susah : Zip sorok! Sebenar senang je buat zip sorok ni. Tapi nak masukkan zip kat dalam tapak tu la buat aku menjerit-jerit sebab kalau tak masuk betul-betul, takleh nak jahit, takleh nak gerak.. Statik kat situ je! Geram pulak bila aku ingat balik part tu. Tapi bila dah start boleh begerak kain tu, terus aku senyum happy. Gedek-gedek-gedek-gedek. *bunyi mesin jahit*
 
Pasni nak cari renda kaler kuning tampal-tampal kat baju Naila pulak. Weeweeeettt! Herot berot tu tutup mata je lah. Muahahaha.
 
Baju dah siap. Tinggal nak jahit kat bawah ngn ujung tangan je. Yang mana aku kena google cara nak jahit sembat. *eh betul ke nama dia sembat?* muahahaha. Kain? Kain dah siap jugak. Buat kain kembang. Tapi lupa nak amek gambar.
 
Zip sorok! Part ni yg aku menjerit-jerit dalam bilik. Takde skill lg nak masukkan zip dlm tapak. Hahaha.

19 comments:

  1. wah.. cntik... pasni boleh jahit sendiri je.. tak payah que nak hantar orang.

    ReplyDelete
  2. buat sendiri eyh mama naila...cantik..kemasss je..

    ReplyDelete
  3. wah bakat terpendam ni..pasni bolehla amik upah jahit baju budak..nak order satu peplum untuk lisa leh?..heheh :)

    ReplyDelete
  4. waaaa....bestnya pandai jahit.....cantik la....jeles ni...daku menjahit kelaut la....huhu

    ReplyDelete
  5. Wawaaaaaaa pandai ko jahit baju peplum tuh wawa....aku salute gan ko....nanti kalo aku ada bb girl ku nak tempah dgn wawa boleh? cantik ar ko jahit waaaaaaa

    ReplyDelete
  6. wawa akak kagum ko gigih..huwaa tetiba aku lap air mata...pahal..ehh

    ReplyDelete
  7. wah terer! by baru blaja buat leher. hahahaha tak pandai nak jahit bulat. jari kayu!

    ReplyDelete
  8. comey ah anak dara ko nanti wa! cepat sikit buat tu..tak sabar nak tgk nai pakai

    ReplyDelete
  9. Waaaaahhhh aku kagum giler weyyyhhh...!! Tau part sorok zip tu..memang menci nak buat...eerr..aty selalu jahit sarung bantal..tau la..hahaha

    ReplyDelete
  10. ku takde air tangan dlm menjahit nih.. huhu..tak reti kekdah nye!

    ReplyDelete
  11. Wah, tahniah... Saya dulu pon ada minat nak jahit baju sendiri.. Oh mmg stress kan some part tew.. Hahaha... But lastly siap tu ok la... Jahitan penuh kasih sayang... Hihi

    ReplyDelete
  12. alamakkkkk...mmg terbaik...su xreti jahit..tngok mesin jahit tu bergerak je da takuttt

    ReplyDelete
  13. ikut jejak maknya la ni. emak kamu dulu memang pandai menjahit. bagus2..

    ReplyDelete
  14. homaii..pandainya jahit peplum..baju anak pulak tu..huhuhu..best la pandai menjahit :)
    salam kenal wawa, 1st time masuk sini terus follow :)

    ReplyDelete
  15. cantiknya...terer jahit zip sorok tu..xpenah try lg, zip dia zip yg sama atau zip yg khas utk zip sorok ekkk

    ReplyDelete