Friday, August 10, 2012

Info : Keburukan air masak kepada bayi 0-6 bulan~

sape pernah bg air masak kat baby...??me! heee...aku pernah bg naila air masak mase die baru bberapa hari lahir...sbb org2 tua ckp, air masak boleh mengurangkan demam kuning baby...aku ingat lg, mase aku bg air masak kat naila, die tolak mentah2...die tak suka agaknye...pastu baru la aku search tenet, n baru la dapat tau sbnrnye air masak ni tak elok utk baby umur 0-6 bulan....bile da tau mmg aku tak pernah sumbat lg air putih kat naila....dan nurse2 n doc2 mmg melarang abes baby yg kne demam kuning diberi air putih...sumbat je susu mak die byk2...elok la nti...*tp ade gak yg susu mak boley buat kuning baby lg kuat kan...?org berdarah O tk silap aku...sorry klu silap...:)*

ermm...biase lah bile kte dgn pendirian kte tkmo bg air putih kat anak, akan ade mulut2 org berkata gini, "dlu ko kecik2 minum gak air putih, elok je...", "kesian la anak ko tak minum air putih...", bla...bla...bla... ermmm....seorg ibu mst nk bg yg terbaik utk ank die...klu die rase mnde tu tak elok, mst la die taknak bg kan...tp klu ko rase mnde tu elok utk ank ko, persila kan lah....aku tkde la nak bangkang ke ape...anak ko kan...ko pun mst tau ape yg terbaik utk die...lg pun baby ni lain2 imun die...cam anak org boley je sumbat susu formula...naila bile aku sumbat fm, abes teruk badan die naik ruam2....seeee...dah nmpak stp bayi berbeza2...so pls lah stop nk ckp, "ala ok je nk bg tu, nk bg ni bla bla bla..."

mcm tu la jgk makanan...ade org start baby lahir atau 3 bulan da bg makan...tp aku tak pernah la nak kutuk2  kate, "wey ko gila ke bg anak ko makan awal2...die punye perut bla bla bla bla.." tak pernah wey...anak ko, suke ati ko la...ko cter, aku angguk2...tp jgn la wat muke tak bersalah sumbat mknn kat anak aku depan aku...mmg aku 'panas' cket la....*pernah terbace kat group mane ntah, mse anak sulung, die bg anak die 3 bulan makan bubur, anak die koma bebape hari..* 

so, pls la respect others n jgn la tanye nape tu, nape ni dgn muke annoying...tak suke tau!

woo...panjang betul mukadimah...k nah la bace info yg aku amek dr kementerian kesihatan malaysia

Penyusuan Susu Ibu – Bahaya Air

Pengenalan
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.

Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?
Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
  • Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
  • Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
  • Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
  • Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
  • Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C - 41°C (71.6°F - 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta - merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
Rujukan
Almroth S, Bidinger PD. No need for water supplementation for exclusively breast-fed infants under hot and arid conditions. Trans R Soc Trop Med Hyg. 1990;84:602-604.
American Academy of Pediatrics Section on Breastfeeding. Breastfeeding and the Use of Human Milk. Pediatrics. 2005 Feb;115(2):496-506.
Exclusive Breastfeeding: The Only Water Source Young Infants Need



14 comments:

  1. dulu terbaca gak pasal nih. pastu bila berpantang kat umah, mama i sokmo lah dok suruh kasi air suam kat baby kalo dia hick-up. pastu berterusan sampai lani. kekdahnya buat dekk jer bila baca pasal bahaya air masak ni. hahaha..boley gitu? sekarang sebab baby dah lepas 7mons so selamba ler nak bagi air msk lelebih kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. aiyarkk.. razin suke benor minum air masak. laju dia sedut kalo bagi.tp dia tak fully bf..acaner plak tu?

    ReplyDelete
  3. hihi..klu ok, tkpe la...naila ni cerewet mcm mama die...salah mkn cket, mule la perut meragam...:p

    ReplyDelete
  4. suka statement yg warna merah tu. tak payah nak cakap anak kita byk pantang la, nape xboleh itu la, nape tak boleh ini la. Anak kita. suka hati kita la.

    ReplyDelete
  5. wawa jangan tak tau..pernah sekali aty bawak qaleef gi klinik sebab demam enjit 2 bulan..dokter klinik [swasta] tu soh aty bagi air masak kosong kat anak...!! geram tak dengar..tu dokter tu...ape daaaa...

    ReplyDelete
  6. seboleh2 nya jangan la.. .tp mak lin pernah bg kat hafidh... nak wat cmner, tak kan nak marakn... redho je la..

    ReplyDelete
  7. mungkin ada elok dan tak elok nya.. ntahla.

    ReplyDelete
  8. Dulu masa balik dari spital, susu cam takde.. baby dah meraung-raung.. pastu blur.. takkan nak bagi fm pulak kan. Terus bagi air masak HAHAHA, bila mak tahu.. terus kena marah, mak cakap nanti baby kembung. :P So bf jela.. tapi nak buat camne rezeki bf tu kureng sikit, kena topup jugak dengan fm. Tapi takpelah, yang penting sihat. Kan? :)

    ReplyDelete
  9. dlm pantang xtau psl ni.. dhia dh mnum air masak.. skali bce... haaa trus tggi sore ckit bile mama suh bg air masak.. so skrg xde la bg, selamat..

    ReplyDelete
  10. erna memang tak bagi langsung iman air masak. even banyak bunyik sana sini. erna senyum senyum je. tak kisah org nak potpet apa2. iman anak ummi :P

    ReplyDelete
  11. ehehh kita pn bg baby minum air masak dulu..sbb mak kita ckp xpeeeee..err tp alhamdulillah so far xde apa2 yg memudaratkn jd..kita take note je..ank yg akn dtg xmo buat lg..wuwu sian baby =)

    ReplyDelete
  12. nk Tanya..bkn ke takat didih air 100c dah membunuh kuman n bakteria..cmner dlm artikel kt ats tu de ckp air mask ade bakteria???sy da konfius nih..sy setuju sbb len2 baby imun Nye memg len macm la...adik sy yg no 4 memg dlahirkn special sbb dia xley minum susu...kesudahan nya air mask je dia minum..kuasa Allah smua ni kan..tp y kita takut dgn bakteria dtg dr air..skrg kan ada mcm2..air tpis brand HAI-O..COWAY n etc...n y kita xpk pasl bakteria yg tsebar dr udara?? bkn kah itu lagi bhy?? 1 more..bg mummy yg xde susu bdn n tpksa bg FM still kna bancuh dgn air msk kan??so kuman ada dlm air mask tu..cmner???kuman xkan mati klu FM dbancuhkn dgn air msk...cmner????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bukan doc utk terangkan semua ni...nak tau dengan lebih terperinci boleh refer pada kementerian kesihatan Malaysia...thanks

      Delete
  13. agree dgn wawa.. setiap budak berbeza tahap antibodi.. tahap imunisasi.. kita bagi Adika (my son) air suam mase dia dah 6 months.. b4 tu mmg fully susu badan. Alhamdulillah.. x ada jaundis, x ada cholic , x ada hernia.. fever..

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates