Friday, August 30, 2013

Miscarriage : Pengalaman D&C~

Ehem.

Okey sambung cerita pengalaman ber'D&C' di Hospital Serdang.

Sampai hospital semalam, doc scan pastu dah confirm ada kantung tertinggal baru kena cucuk kat peha untuk kecutkan rahim. Dah cucuk tu pergi ke bilik VE untuk check laluan. Sebab dorang nak benda-benda yang tertinggal dalam rahim keluar sendiri. Kalau tak boleh keluar jugak, baru buat D&C. 

Bila dah cucuk untuk kecutkan rahim, mula rasa sakit macam senggugut pastu jadi sakit contraction. Petang tu jugak aku aku ter'beranak' darah beku yang halus-halus. Lega bila dah 'beranak'!

Malam doc scan nak tengok dah habis keluar ke belum. Hohoii belum lagi wey! Kantung masih tersangkut cantik! Aku tanya sangkut kat pangkal rahim ke. Doc cakap masih kat tengah-tengah rahim. Size kantung besar dan kuat melekat. Baby jatuh sebab kantung bocor. Sobsss! Bocor pulak dah. Tak tanya pulak camne boleh bocor. Dan nak taknak doc cakap memang kena cuci! 

Start malam tu aku kena puasa. Esok pagi tu aku boleh tahan lagi lapar tapi bila dah masuk tengah hari, tak tahan weyyyy! Aku pun mesej daddy cakap lapar. Pukul 11 daddy bawak coklat, kitorang makan sorok-sorok. Muahahaha.

Sampai ke petang aku tak masuk-masuk bilik OT. Jadahnye. Aku dah lapar gila. Waktu melawat petang daddy bawak nasi + sup ikan. Siap request kat mertua nak sup ikan. Dan lagi sekali aku makan sorok-sorok. Hahaha. Tapi kalau korang nak buat camtu, jangan melantak bebanyak! Cukup sekadar 5 suap! Kemain siap ajar orang. :p

Elok je pukul 7.10 petang. Nurse datang bawak baju kaler putih. Terus debar laju-laju. Cuak gila! Sebaek la daddy tak balik lagi. Daddy la tolong tukarkan baju semua. Bukan mengada tapi aku tak mampu nak tukar sendiri. Dorang masukkan jarum kat tangan pedih gila sampai aku tak boleh nak buat apa-apa. Guna sebelah tangan je. Huhu.

Dan aku pun dibawak ke OT room. Sampai sana doc temuramah bla bla bla. Cuak! Pastu dorang tinggalkan aku sorang-sorang dalam 15mnt kot. Dalam tempoh 15mnt tu mula la aku berimagine untuk lari keluar dari OT room macam cerita kat bawah. Takde lah nak buat bebetul. Sekadar berangan. Muahaha.

Pastu aku pun ditolak masuk dalam bilik OT no 8. Fuh! Nombor favourite aku tu. Bila masuk je bilik tu dah rasa seram sejuk. Mula lah dorang letak wayar-wayar kat dada aku. Dah macam dalam drama pulak aku rasa. Pastu masukkan oxygen dalam mulut. Tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Sekali dorang usik je jarum kat tangan aku terus aku terjerit kecik tak sampai 5 harkat. Sakit hoiiii. Gila babeng punya sakit!! 

Dari jarum kat tangan tu lah dorang masukkan segala jenis ubat, dadah dan last sekali ubat tido. Masa tu aku duk imagine bila masuk ubat tido pandangan makin lama makin kabur. Rupanya tak smpai 2 saat dorang masukkan ubat tido terus aku tak sedar apa dah. Sedar-sedar doc tepuk-tepuk pipi aku suruh bangun. Pening-pening lalat aku. Kuat betul dadah dorang bagi. Hoh!

Masa tu sedaya upaya aku cuba bukak mata luas-luas. Cuba toleh kiri kanan. Dah okey baru aku pulak interview doc yang jaga aku. Masa tu pukul 9.15 malam. Aku tanya berapa lama cuci tadi. 30 minit je rupanye. Yang selebihnya dorang bagi aku tido dalam bilik tu. Agak-agak dadah dah habis, baru kejut. Tapi aku dengarlah sorang doc yang cuci aku pesan pantau siket sebab masa dorang cuci tu ada pendarahan. Banyak mana aku taktau.

Masa di bawak masuk ke ward semula, aku mintak nurse call daddy. Aku takleh bangun lagi. Dengan jarum kat tangan lagi. Rasa macam nak cabut je! Daddy datang je aku cakap nak makan. Daddy suap sebab aku tak larat. Bila dah okey siket, mintak daddy tolong aku tukarkan pakaian. Ye, sebaik daddy ada, kalau takde aku taktau nak handle sorang-sorang camne. Sobsobs! Maceh incik daddy.

Esok pagi, lepas doc confirmkan aku boleh keluar hari tu, nurse datang cabut jarum kat tangan. Lega nye taktau nak cerita camne. Hewhew. Dan pukul 3.00 petang, aku balik ke rumah berjumpa si budak kecik Annaila yang dah ditinggalkan 2 malam berturut-turut. Rindu hoiii!


Soalan-soalan yang aku rasa mesti orang tanya. Kalau korang ada soalan tanya je, kang ade jawapan aku jawab la. Takde jawapan, aku diam aje...:p
  • Muntah tak lepas SEDAR walaupun makan sorok-sorok? ---> TAK! Hehehe.
  • Sakit tak masa D&C ? ---> Tak sakit langsung! Sebab tak sedar apa. 
  • Lepas 24jam proses D&C, rasa ngilu-ngilu tak? ---> Sebab dah lebih 24 jam, aku tak rasa sakit langsung! Alhamdulillah. Tapi nurse tu ada cakap, setengah orang akan rasa sakit, setengah orang tak rasa sakit. Apa-apa pun dorang dah bekalkan ubat tahan sakit kalau sakit. Gittew.
  • Darah banyak keluar tak lepas D&C? ---> Errrr. Masa baru pindah ward tu tengok kat cadar memang penuh la darah. Tapi bila dah tukar pad, darah macam period hari last-last. Tak banyak. Pakai pantiliner pun boleh.
Okey dah! Sekarang aku tengah pantang. Beza nye aku pantang takde baby kat sebelah. Huhuhu. Sekarang aku pakai bengkung, pakai stokin, makanan orang pantang dan aku amek supplement Shaklee untuk recover balik badan aku. MC pulak 14 hari. Muahahaha. Hari Ahad atau Isnin, aku akan berurut dengan kak bidan yang comel. Hehehe. Kalau die urut best, aku cerita, kalau urut tak best pun aku cerita. Huahuahua. 

Kbai!




Wednesday, August 28, 2013

Miscarriage : Turun sendiri.

Tengah berpuasa sebab kena d&c pukul berapa aku taktau.

Ni nak cerita macam mana adik baby dah keluar.

21.08.2013
Pagi dalam pukul 10, keluar kaler coklat yang tak bape nak pekat. Masa ni relax lagi sebab ingat takde apa. Keluar waktu pagi tu je. Petang takde dah.

22.08.2013
Pagi dalam pukul 9, keluar coklat yang lebih pekat. Mula gelabah! Setengah jam pastu check balik tengok dah bercampur darah tapi siket sangat. Bedesup pergi klinik kat Semenyih check dan doktor confirmkan gugur. Doc nasihatkan biar keluar secara semulajadi. Tak puas hati petang tu pergi klinik kat Bangi dan doc kat sana jugak bagi nasihat yang sama biar keluar secara semulajadi kecuali ada yang tak keluar habis, baru kena d&c.

23.08.2013 - 25.08.2013
Masih menunggu 'adik baby' keluar tapi tak keluar-keluar. Jadi kitorang laki bini pergi open house, makan selagi boleh. Hahaha.

26.08.2013
Pergi office. Masa tengah drive perut terasa sakit ala-ala senggugut. Tapi sebab senggugut aku bukannye yang kuat gila macam orang lain yang tak boleh buat apa. Aku kalau senggugut memang dari dulu kena bawak berjalan, kalau aku terbaring lagi sakit! Tapi aku ramai kawan-kawan yang kalau kena senggugut memang melepek je atas katil. Kalau bawak berjalan jugak boleh pitam. 

Hari tu pulak kebetulan memang banyak gila kerja yang aku kena keluar. Pergi LHDN, MPKj dengan TNB. Keluar pukul 11pagi, masuk opis pukul 4petang. Memang rase sakit tu hilang la sebab berjalan sana sini. Hahaha.

Malam sebelum tido pinggang rasa lenguh-lenguh. Sempat la ngadu kat BFF pinggang lenguh. Nak mintak daddy urut, daddy lak takde. Jadi kita tido je lah dulu.

27.08.2013
Pukul 1.45pagi aku terjaga sebab terasa seluar lencun. Raba jap pastu bila gerak badan terasa macam darah period keluar dengan banyak. Terus aku kejut daddy dan aku berlari masuk toilet. Masa ni tak sakit langsung. Masuk toilet je terus aku rasa ada benda menyusur keluar dan jatuh ke lantai. Memang masa tu rasa darah keluar macam air paip. 

Pastu bersihkan diri, baru aku tengok 2 ketul darah beku yang keluar. Bila di telek, 1 ketul darah beku dah ada rupa macam baby 8 minggu tapi kandungan aku dah 12 minggu. (Kepala dengan tangan dah terbentuk siket). 1 lagi ketul darah merah tu takde rupa. Aku rasa uri kot. Pastu aku kutip letak dalam bekas yang daddy bagi.

BFF suruh amek gambar. Tapi tak kuasa aku nak amek gambar. Hahahaha. Barang yang lepas jangan di kenang. Eh? Tapi sebenarnye kalau korang keguguran, amek la gambar. Bila korang pergi klinik atau hospital, dorang nak tengok benda tu. Tak dapat tengok yang original pun, dapat tengok gambar pun jadi. Hewhew.

Pagi tu pergi klinik kat Bangi tapi doc tu macam merapu siket. Klinik yang biasa aku pergi, doc pulak bercuti sampai minggu depan. So daddy hantar aku ke office. Ye aku masih kena kerja sebab 28.08.2013 gaji! Aku tak generate lagi gaji untuk bagi ke akaun. 

Petang pukul 2, ajak opismate pergi klinik sebab nak scan dan mintak pendapat lagi. Doc scan cakap kantung masih tersangkut dan selagi benda tu tak keluar, selagi tu darah akan keluar dengan banyak. Masa tu muka aku pun dah pucat doc cakap. Dia terus buat surat ke Hospital Serdang Zon Kuning (kecemasan). Doc cakap, "lepas ni awak terus ke Hospital" aku jawab, "esok boleh tak?". Doc jawab balik "sekarang!" Dengan nada tegas. Peghhhh kemain garang doktor. Hahaha. Aku pun call daddy cerita bla bla bla. 

Pukul 3.30 petang daddy sampai terus pergi hospital dengan berlenggang kangkung. Ingatkan sekadar nak check je. Mana lah aku tau sampai kena tido bagai. Kalau aku tau, aku siapkan barang-barang aku. Jumpa Naila jap. Peluk cium dia. 

Dan bila dah masuk dalam zon tu, sepantas kilat aku diberi layanan yang laju. Dari kena cucuk untuk kecutkan rahim. Pastu kena seluk untuk tengok jalan bukak ke tak untuk aku "bersalin" dan pastu aku dipindahkan terus masuk dalam wad. 

Dah nanti aku cerita detail pasal pengalaman d&c pulak......kalau rajin. Lalalala.

Lapar.
Mantok.


Tuesday, August 27, 2013

Miscarriage : Bosan dalam hospital.

Bosan. 
Kena tahan kat hospital.
Sebab kena "beranak". Hahaha.
Tadi sakit contraction macam nak beranak kan Naila dulu. Tapi takde lah kuat sangat. Rasa macam, "dia datang dah. dia datang dah" 
Muka boleh senyum-senyum lagi.
Ade pakcik tegur masa tengah tunggu masuk wad, 

Pakcik : Awak sakit ke?
Aku : Aah (sambil senyum)
Pakcik : Sakit apa? Muka macam tak sakit pun. Ingat kan tunggu orang.
Aku : Gugur. **cessss! Aku dah la tengah tahan sakit contraction. Takkan la aku nak meraung-raung kat hospital tu baru orang nampak aku sakit. Pfffttt.**
Pakcik : Ooo dah kawen. Anak petama ke?
Aku : Tak anak kedua.
Pakcik : Suami mana?
Aku : Balik rumah jap amek barang.
Pakcik : Oooo. Isteri pakcik pun sakit, bla bla bla bla.
Aku : Iye. **layankan aje sampai pakcik tu ajak anak dia keluar**

Start pukul 4 pagi ni kena puasa. Sebab kalau tak keluar habis darah-darah beku dalam rahim ni kena cuci esok pagi. Huaaaaa! Aku dapat rasakan aku kena cuci sebab kantung masih tak keluar sampai sekarang! (Adik baby dengan uri dah keluar pukul 1.45 pagi)

Pssst : Rindu Naila! Time cenggini mesti dia tengah tarik tangan aku ajak tido.



Sunday, August 25, 2013

Annaila : Peel tido budak 16bulan~

Pukul 8 malam ke atas, mata Naila dah macam di gam-gam katenye. Hahaha. Mengantok lah! Kalau bawak keluar malam, mesti die meragam. Peel sekarang nak tido dalam buaian. 

Kat rumah, bila mama-daddy tengah rilex-rilex tengok TV, budak kecik tu datang cakap, "Meh!" sambil tarik tangan masuk bilik. Masuk bilik tunjuk buaian pastu cakap "Bu-ai" (sebutan tak bape jelas lagi tapi paham la). Bagi lion terus senyum-senyum. 

Sambil enjut buai, zikir sekali. Naila akan follow, tapi pitching kuat siket kat part "Almaliku......ubiiiiii....muhammadu.....sodi......aminnnnnnnn". Kalau die follow tu aku zikir sambil sengih-sengih la. Lawak okey sebab tetiba volume jadi tinggi pastu slow pastu tak dengar langsung tetiba kuat balik. Hahaha.

Tengah malam jarang sangat dia bangun. Kalau bangun pun nak susu. Ajak main, ade lah sebulan dua kali dia buat perangai. Hehe.

Pagi pulak kalau dah bangun, Naila nak lepak-lepak dulu dalam buaian. Kalau kau terus amek die dari buaian, dia punye mengamuk. Pffftttt. So kena biarkan dia dalam tu sampai dia tegur kita dulu. Pastu baru boleh sembang-sembang sambil pujuk keluar dari buai. Gittew. 

2nd Pregnancy : Kenangan itu.



Saje nak tunjuk perut yang buncit tu. Kenangan mengandung anak ke-2 katanye. Masa ni baru 2 bulan setengah. Masuk 3 bulan terus gugur. Tak dapek nak merasa anak ke-2 cecepat. Hihi. Takpe, perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik^^

Saturday, August 24, 2013

Raya : Menziarah geng gojes Yong~

Last 2 weeks kot. Kitorang laki bini melawat rumah Yong. Sanggup aku amek cuti semata-mata nak jumpa Yong ni haaa. Hahaha. Lagi satu daddy Naila pun sesungguh nak jumpa Yong. Client katanye. Kebetulan Yong pulak nak balik Labuan Khamis tu. Nak tunggu dia balik Semenanjung, bila pulak kan. 

Nak cerita panjang-panjang pun aku tak reti. Dah kalau melawat, kompem-kompem la bersembang-makan-makan-klik-klik gambar-hulur-hulur duit raya-bye-bye. Hahaha. Nah tengok jelah gambar-gambar kitorang eyh^^

Bergambar dengan tuan rumah. Sedap hoiii makanan dia. Dua kali tambah!

Comel gila! Naila pulak tengah moody. 

Mood Naila 50-50, tapi sebab Aidi ni peramah yang amat, tu yang kejap okey kejap tak okey.

Tengok. Aidi ni gelak je. Last-last Naila pun senyum walaupun kambing sangat. Hahaha. 

Daddy sempat berdiskusi dengan client dia. :D




Friday, August 23, 2013

Membebel.

Hari ni kan aku mc sebab kes gugur tu. Memula macam nak lepak rumah aku je. Tapi macam boring gila pulak, terus amek naila bawak jumpa atok-opah. 

Tetiba member cakap nak datang rumah mak aku, memang best la. Dia ajak pergi Metro Kajang. Aku follow. Naila tinggal. 

Balik rumah mak aku cakap, "kamu tu dah la tak sihat. Duduk rumah rehat." Aku jawab, "Mak, kena berjalan banyak siket baru cepat keluar. Hahaha" suka ati kau je kan. Ingat beranak ke hapa. 

Weekend ni banyak open house tapi taktau la sempat datang ke tak. Kot la 'adik baby' keluar esok, maka esok jugaklah aku kena start pantang. Phewww. 

Sekian bebelan petang ni.
*baring-baring sambil layan majalah gempak*

2nd Pregnancy : Miscarriage!

Ding dong!

Update terbaru, seperti yang tertulis besar-besar kat atas tu, ye aku gugur. Start hari Rabu, keluar kaler coklat yang macam tak pekat sangat. Tapi masa tu tak fikir apa, cuma ingat aku penat sangat sampai keputihan jadi kaler coklat. Esoknya, pergi toilet tengok kaler coklat lagi pekat dari semalam. Dah rasa bedebar-debar. Biar betik! Setengah jam pastu check dah bercampur dengan kaler merah siket. Terus kelam kabut jap. Gila kau tak sedih. Perasaan lagi lah tak tenang, nak buat kerja air mata meleleh je. Puas la duk cakap sorang-sorang dalam bilik tu, 'Relex ar, kalau ada rezeki adelah, kalau takde rezeki nak buat camne.' Pastu tarik nafas dalam-dalam konon nak tahan nangis. Tapi mengada air mata nak keluar jugak. Sebaik boss aku pergi imigresen. Tinggal lah aku sorang dalam bilik tu. Hahaha. Last-last aku ajak budak opis teman aku pergi klinik. Taknak aku pergi sorang, aku dah la suka bermonolog. Kang bermonolog dalam kereta mesti sambil tu air mata berjujuran kan. Jadi bawak kawan teman, boleh bergelak-gelak dalam kereta. Gittew.

Sampai klinik, cakap dengan doktor bla-bla-bla. Then doc ajak buat scan. Masa scan tu memang takde baby. Perasaan aku masa tu kosong. Doc tak abes-abes tanya, 'confirm ye you dah check memang pregnant.' Eh? Sakit pulak hati kita ni bila tanya cenggitu. Dapat MC, balik opis buat kerja siket pastu tengah hari baru balik. Masa aku pergi klinik tak inform daddy Naila. Malas. Hahaha. Confirm doc cakap gugur baru aku anta mesej kat daddy. Daddy call, suara daddy memang dah lain. Dah nak buat camne rezeki takde kan.

Petang tu tak keluar darah dah. Ajak daddy Naila pergi jumpa doktor kat Klinik Syifa Seksyen 4. Aku suka doktor tu, dia bagi penerangan panjang lebar dan cakap pasal 'blighted ovum'. Then dia share la bla-bla-bla. Dan paling aku nak tau perlu ke aku berpantang sebab 'blighted ovum' tu. Hahaha sengal. Ku fikir takyah pantang sebab aku tak rasa sakit apa-apa. Bila doc cakap, "Haaaa sekarang memang tak sakit, sebab ni tanda-tanda dia nak keluar je. Tunggu 3-4 hari nanti, masa tu sakit dia memulas sebelum keluar(Doc pulas tangan macam tengah perah baju). Pastu pantang la macam orang bersalin tu" Terus aku seriau.

Tapi takpe, at least aku dah tau sebelum keluar sepenuhnya, aku boleh makan sesuka hati lagi. Semalam mak aku masak rendang ayam, mee udang, laksa, aku bulat-bulat mata tengok makanan tu, mak aku jeling dah. Pastu aku terus cakap, 'Mak, doc cakap boleh makan lagi selagi belum keluar abes.' Baru mak aku layankan apa aku nak makan. Kalau tak mak aku la paling bising jangan itu, jangan ini. Mihmihmih.

Okey sekarang ni tengah tunggu 'adik baby' yang tak jadi keluar sebelum aku berpantang macam orang pantang. Kena pantang hoii. Perut aku ni dah berlapis-lapis pulak bila duduk. Berat pun dah naik 5kg, jadi silalah turunkan berat badan tu balik. Pelik pulak rasa bila kena pantang tapi takde baby kat sebelah.

***************************

Apa itu kehamilah Blighted Ovum ( http://drzubaidi.com/blog/?p=3635 )


sorry Naila, adik dah takde....



Wednesday, August 21, 2013

Oh PTPTN ku~


 
Haaa amek! Apa rasa? Gulp! Telan ayaq liuq bebanyak. Kakakaka. Eh apesal aku suka?
Dalam kepala hotak sekarang:
è Keluarkan duit KWSP dari akaun 2 untuk bayar sikit. Nak bayar penuh tak dapek la. Tapi kena discuss dengan daddy Naila dulu. Kekadang idea daddy ni bagus walaupun aku selalu tak sekepala dengan idea daddy. Hahaha. Apa-apa discuss. Tak suka belakang cerita.
 
è Balance tu baru aku bayar tiap bulan. Tempoh 3 tahun! Fuhhh! Kemain nak 3 tahun. Takpelah sengkek sekarang dari sengkek bertahun-tahun. Ini pun discuss dengan daddy jugak. Kot dia nak hulur siket. Blink!
Terima kasih kerajaan dan terima kasih jugak kepada 47% pengundi yang memilih kerajaan sekarang.
Kbai.
*kira-kira duit*
 
 
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Annaila : Ajuk apa orang cakap!

Mama : Abang...... (Panggil incik suami)
Naila : Abanggggg *sambil main toys*
Mama : *pandang Naila, Naila wat dek je* Daddy........ 
Naila : Daddyyyyyyyy *wat muka taktau lagi*

Eh budak kecik ni dah start ajuk apa mama-daddy cakap nampak.

Pasni susah la nak berabang-abang, berbubu-bubu, berdolly-dolly, bersayang-sayang dengan daddy lagi. Kena tukar panggilan, DADDY-MAMA!


Annaila : Demam~

Cerita raya takde lagi. Hahaha. Nanti lah kita kumpul gambar semua dulu. Err tak pun kalau terlebih rajin minggu ni aku up dulu gambar raya dengan geng gojes. Mihmihmih. Jadilah marilah kita bercerita pasal anak je.
 
Masuk umur 1 tahun ni, 3 kali Annaila demam. Errrr rasa banyak kali, tapi yang aku rase bebetul serius 3 kali lah.
Demam kena tegur:
Masa ni aku bawak Naila keluar malam pergi downtown Reko tu. Kebetulan daddy parking kat tepi longkang dan bawah pokok (tepi jalan belakang sekolah Reko). Masa tu dalam hati aku dah terdetik, kenapa nak kena parking sini. Selalu kalau parking tempat-tempat cenggitu mula lah aku membebel sampai daddy akan cari parking lain. Tapi time tu, mungkin aku macam malas nak gado, diam dan layankan aje. Dalam hati cakap,’insyaAllah takde apa.’
Esoknya Naila demam panas. Masa hantar kat rumah ibu (pengasuh), ibu cakap Naila nampak takut sangat. Nak berkepit je. Mata pulak melilau ke atas dan tangan tu asek tunjuk-tunjuk. Woah cuak aku dengar! Pastu ibu ni macam dah dapat agak yang Naila ni kena tegur, terus dia baca-baca selawat siket dan Annaila okey sekejap. Masa nak amek Naila tu, ibu cakap bawaklah jumpa ustaz-uztaz berubat.
Malam tu jugak aku bawak Naila jumpa bapak aku mintak air penawar siket. Esoknya pergi rumah mertua pulak. Ceritalah Naila kena tegur apa semua kan. Sekali fil cakap tempat kitorang lalu tu bekas kubur kristian. Erk! Hahaha. Seriau! Padehal dulu aku sekolah Reko sana, apesal aku boleh taktau ade bekas kubur kat belakang sekolah. :p
Demam HFMD
Demam yang paling tak best. Sebab Naila takleh bergaul dengan kawan-kawan lain. Seminggu aku hantar Naila rumah mertua. Pastu Naila pergi jangkitkan penyakit dia kat paksu dia. Paksu umur 10 tahun kot. Tak ingat. Tu kat rumah mertua, kat rumah aku pulak adik aku yang paling gagah perkasa kena jangkit. Umur 23 tahun. Masa kena kat adik aku tu memang kitorang gelak kan dia sebab dia la adik yang paling menjaga kesihatan. Vitamin semua dia telan. Petang-petang pergi gym, sekali dia yang kena jangkitan HFMD tu. Kesian. Hahaha.
Apa demam HFMD tu? Errrr sila mengoogle. Sekian.
 
Demam tumbuh gigi geraham
Demam ni aku rasa macam comel siket. Seminggu Naila demam. Memula cuak gila kot sebab dekat seminggu. Dah la seminggu lagi nak raya. Bila demam dah kebah, sekali tengok Annaila dah ada seketul gigi geraham kat atas. Hahaha. Comel! Sebab aku ingat gigi geraham ni naik bila gigi-gigi depan dah complete. Rupenye tak!
Puas aku suruh Naila nganga sebab nak tengok gigi dia. Bila aku tanya mana gigi, Naila sengih tunjuk gigi depan je. Patutnye dlu aku ajar, lepas sengih, nganga pulak. Hahaha. Baru senang nak check gigi geraham dia dah naik ke belum. Ni kena tunggu die manangis pulak. :p
Sabtu Ahad lepas dia demam lagi sekali. Mintak-mintak demam sebab geraham lain pulak. :D
 

Monday, August 19, 2013

Annaila : Manja lah sangat~

Perbualan mama dengan anak memalam sebelum tido,

Mama : Nai, nai nak susu tak?
Naila : Nak *muka excited*
Mama : Okey mama buat susu, Naila tunggu kejap ye.
Naila : *muka seposen sambil depa tangan* Ta-tot (takut)
Mama : Okey jom ikut.
Naila : Jom *senyum manja sebab kena dukung*

Sangat manja kanak-kanak tu sekarang. Nanti dah ada adik susah nak manja-manja cenggini. Hihi^^



Annaila : Rindu pulak budak kecik tu~

Pukul 3 pagi semalam, tengah best-best kitorang tido tetiba Naila tepuk-tepuk kejut daddy bangun. Daddy bangun, Naila gelak-gelak sambil bersembang. Aku? Diamkan diri biar daddy yang layan. Kahkahkah. Pastu daddy bangun buatkan susu ajak Naila tido. Tapi Naila tak tido, daddy yang lelap.
Naila tengok daddy dia tido balik, pergi kat mama pulak tarik-tarik tangan sambil panggil, ‘mama…mama…’ Yelah dah dengar suara comel dia tu, paksa jugaklah diri bangun senyum-senyum kat Naila. Pastu aku tukar lampin Naila sebab dah kembung sangat macam masuk kolam renang je rasenye. Masa tukar lampin tu die gelak-gelak sambil sembang-sembang. Bersungguh dia nak sembang! Tapi aku ajak tido, idokla aku nak melayan dia main. Aku tarik dia, peluk dia, senyum-senyum sambil cakap, ‘Naila tido ye.’ Pastu macam biasa aku tido dulu dan Naila kalau dah dalam gelap, tengok mama-daddy dia tido, dia pepandai la sambung tido balik.
Bila teringat pasal semalam, tetiba rindu pulak kat dia. Hihihi. Rindu sebab kalau dia panggil ‘mama’ dengan ‘daddy’ sangat comel dan manja. Rindu dia cuba bersembang dengan kitorang malam semalam tapi kitorang tak larat sangat nak layan. Rindu jugak senyuman manja dia kalau aku marah dia. Hewhewhew.
Kita rindu anak, agak-agak anak rindu kita jugak tak?

Friday, August 16, 2013

Urusan Tabung Haji melalui Maybank2u~

Errr....errrr...entry semalam macam beberapa orang komen tanya pasal Maybank2u dengan Tabung Haji ni. Aku taktau la benda ni baru ke apa, sebab masa aku buat dorang tampal sticker kat buku TH tu "PERMUDAHKAN URUSAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN WANG TABUNG HAJI DI MESIN ATM/CDM MELALUI BANK ISLAM, BANK RAKYAT, MAYBANK" Jadi aku pun terus, hoh! pasni jangan harap aku nak jejak kat tabung haji yang bapak ramai giler orang. Tapi aku rasa kena jugak jejak beberapa kali sebab nak buat akaun adik-adik Naila nanti. Hihi.
 
 
Macam mana nak aktifkan? Senang. Kau pergi mana-mana mesin atm. Masukkan kad kau, klik apa-apa yang patut pastu cari button tabung haji dan klik. Benda yang kau kena tahu atau bawak masa nak aktifkan, NO AKAUN, NO SIRI BUKU, dan kalau nak aktifkan untuk TH anak, NO KAD PENGENALAN ANAK. Sebelum aktifkan anak punya, kau kena aktifkan diri sendiri punya. Gittew. Pastu keluarlah resit bagitahu "Urusniaga anda telah berjaya" Hoyeay!
 
 
 
 
Balik umah, sila lah bukak Maybank2u atau apa-apa bank yang terlibat kan. Ni contoh M2U punya.
 
Accounts & Banking ---> Transfer ---> Tabung Haji
 
Nak tengok balance kat TH pun boleh. Kot-kot dividen dah masuk nanti. Hahaha. Baru masukkan duit dah berangan nak dividen. Gedik!
Nak transfer dari M2U ke TH? Dari TH ke M2U? Dari M2U ke akaun TH mak bapak kita. Pun boleh. Senang kan!
 
Paling best, nak daftar haji pun takde hal. Klik sana klik sini. Settle! Weeee~
Apa pun setiap kelebihan mesti ada kekurangan kan. Yep bagi aku kekurangan kat diri sendiri. Kalau kau berdisiplin tinggi macam incik-incik askar, insyaAllah duit tu semakin beranak dan beranak macam tuan dia ni haaa. Hahaha. Kalau tetiba mata kelabu asap tengok duit bertingkek-tingkek, tetiba terbayang holiday lah, sopping lah, itu lah ini lah, maka.....lu pikirlah sendiri. :D
 
Esok cuti! Selamat bercuti korang dan selamat menyambung sambutan hari raya. Busy weyh minggu ni nak pergi rumah orang sana orang sini. Hihihi. Babai~
 

Thursday, August 15, 2013

Entry emosi kau~

Suami - pelindung isteri.
Suami - tempat untuk isteri menggedik, bermanja. Dah? Kalau bukan dengan suami dengan sape lagi?
Tapi kalau kau dah sampai sepak terajang isteri, depan anak-anak pulak tu, kau memang tak sesuai digelar suami. Lagi-lagi kau biarkan isteri kau digantung tak bertali. Tamak? Kejam? Dan otak kau mungkin senget!

Dulu sebelum kau dapat dia, mesti sungguh-sungguh kau ngorat die. Sungguh-sungguh kau jaga hati dia. Kalau die merajuk, tak tenang hati kau beb. Alah kalau dah suka gila, takkan awek merajuk kau wat dono kan? Kalau wat dono, kau tak serius dengan die. Takdelah sampai amek die jadi bini kau.

Tapi nape bila dah kawen, isteri kau dah beranak pulak, anak kau pulak tu, bukan anak orang lain, kau mula pasang lain? Dah kenapa? Isteri dah tak cantek macam dulu ke? Penyelesaian, tambah bini nombor dua? Dah tu kalau bini nombor dua beranak, body pun dah berlemak sana sini, kau pasang nombor tiga pulak? Bila nak abes? Bila nak puas? Kau bangang tahap berapa? Infiniti mungkin-

Ish! Tengok video isteri dipukul suami dalam lif tu, sakit pulak hati kita ni.

.......................................................

Mood malam ni: emosi mengada terlebih, lapar menggila, nak beger. 
Babai




Annaila & Pregnancy : Buku Pink-Ak Tabung Haji

Hari Isnin tu patutnye aku dah start masuk keje. Tapi sebab tetiba aku terplan nak pergi Klinik kesihatan dan bukak akaun Tabung Haji untuk Naila, maka aku amek la EL. Sebab aku HR lagi lah senang aku nak cuti. Kakakaka. Sebaik boss aku India, siap disuruhnye aku amek cuti lama siket. Eh menghalau? Tak la, boss aku boss paling baik aku pernah dapat sepanjang 4 tahun aku kerja. :D

Pepagi lagi dah keluar sebab nak pegi Klinik Kesihatan Sg Chua nak bukak buku pink. Takde dah pergi KK Bangi. Rasa macam jauh pulak bila dah ade yang lagi dekat. Nurse kat sana memula aku rasa kerek nak mamp! Sampai aku dah tahap membengang, takde dah nak cakap sopan-sopan. Kau menengking aku, aku tengking kau balik. Benci! Kat KK Bangi semua nurse bebaik! Bila aku dah start buat muka dan cakap kasar-kasar, baru dorang tahu apa itu budi bahasa. Eh boleh pulak cakap lelemah lembut dengan aku. Aku pulak jenis orang cakap bersopan, aku pun bersopan la balik. Tak baik gado-gado di Hari Raya ni. Pastu aku syak dorang semua kerek-kerek sebab ramai Indon, Myanmar yang checkup kat sana. Dan aku terpikir, muka aku ni muka Indon sangat ke? Sobssss!

Settle mendaftar, baru aku rasa nurse-nurse kat sana okey. Pergi lab, amek darah, jumpa nurse, jumpa doctor semua baik-baik. Yang tak okeynye masa memula mendaftar tu je. Nurse yang cakap kerek-kerek dengan aku memula tu pun dah okey. Boleh bersembang-sembang dah dengan aku. Tak kenal maka tak cinta. Muahaha.

Buku pink dah dapat, kita berlari ke tabung haji pulak. Punyelah ramai manusia! Kebanyakan sebab nak masuk duit raya sebab aku tengok kemain kat kaunter memasing bawak duit singgit-singgit tetebal. Dan sebaik lah jugak masa nak tnggu result darah keluar kat KK tu kitorang keluar jap pergi sarap dan singgah Tabung Haji amek nombor. Masa datang balik tabung haji tu tepat-tepat je nombor kitorang kena panggil. Weheeee! Takyah nak tunggu lelama. Maaf makcik pakcik yang usha kitorang macam tak puas hati tu. Kitorang bukan potong queue sesuka hati, kitorang ade nombor yang sah tau. Hehehe.

Duit raya yang pasni-pasni tu, nanti mama transfer guna maybank2u je. Kata dah boleh link TH dgn M2U kan. Takyah susah-susah nak beratur bagai susahkan diri. Dah la aku ni anti menunggu. Time kaseh kawan-kawan gojes yang bagi cadangan bukak tabung haji ni. Baru ingat nak bukak asb, sekali ramai cakap tabung haji lagi bagus.

Eh, aku selalu rase nak buat entry pendek-pendek, tapi bila tengok atas, mak aiiii. Panjang gila. Mesti aku rindu nak buat karangan 360 patah perkataan tu. Hahahaha.

Okey samat membaca!


Wednesday, August 14, 2013

Meriahnye Syawal 2013~

Raya pertama 2013:

Pestime sambut raya pertama kat Bangi sejak dah jadi bini orang ni. Dua tahun lepas raya kat Johor. Hehe. Perasaan seronok la weyh walaupun kat Bangi ni tak rasa raya sangat, tapi ade lemang! Itu penting. Ingat lagi masa raya kat Johor, aku cari lemang. Pergi rumah orang, tengok penuh ketupat je. Sedih. Tanye daddy Naila, rupanye orang Johor lemang-lemang memang tak main kat sana. Sobs!

Raya pertama tu kitorang melawat Ulu Klang, rumah makcik aku pastu pergi rumah terbuka negeri selangor. Tapi mase datang tu dah lewat dalam pukul 2.30 ptg, majlis pulak habis pukul 3. Makanan pun banyak abes. Acane? Takpe ade rezeki lagi, kita datang awal-awal punya^^

Petang raya tu, sampai je Bangi, kitorang terus gerak balik Johor. Jalan tak jammed. Best! Tapi Annaila dari pagi sampai ke malam moody je. Sebab tak cukup tidur, gitu lah. Dalam kerete bukan nak tido, terlompat sana sini, salah siket merengek macam ke hape. Kadang angin singa betina mulalah datang kat aku. Grrrrr! Sampai rumah embah pun bukan dia nak tido, dia main je. Tapi main-main-menangis. Penat aku dengar. Ajak tido taknak. Aku tau die banyak menangis sebab mengantok tapi di tahannye mata tu. Pastu tido kat tempat orang, mulalah dia tak selesa. Biaselah budak. Pukul 12.30 baru tido, tu pun asek terjaga je. Panas kot sebab peluh-peluh. Tapi mama-daddy punye lah sejuk. Hahaha. Pelik aku.

Raya kedua 2013:

Pagi tu beraya rumah-rumah sedara daddy Naila. Errr tapi rasenye tahun ni macam tak penat sangat. Maybe tahun-tahun lepas rumah yang dikunjung lagi banyak. Sampai aku asek ulang, 'bila nak abes...bila nak abes...' Hahaha. Senget. Alah aku manusia yang tak pernah merasa raya dari pagi sampai malam, jadi memey le gitu. Masuk raya tahun ke-2, ke-3 baru boleh cool-cool.

Kebetulan raya ke-2 tu pulak jatuh hari Jumaat, yang pompuan-pompuan melepak la kat dataran apa ntah namanye sementara tunggu jejaka-jejaka kacak pergi solat. Ada pulak playground kat sana. Dah tau dah kompem Naila tergedik-gedik menjerit nak main. Suke nak menggelapkan kulit tu. Grrrr!

Raya ke-2 gambar tak banyak sebab daddy lupa bawak Ipad. Jadi kita curik gambar adik ipar je. Ngahaha.



Raya ketiga 2013:
 
Pakaian lebih sempoi, walaupun aku banyak kali tanya daddy, 'boleh ke pakai jeans?' Kakaka. Dah la raya ke-3 tu ada majlis tunang. Takpelah gamble je lah kan sebab baju extra pun tak bawak. Sebaik baju Naila pun sopan siket hari tu. Raya ke-3 tu, kitorang laki bini banyak melepak sebelum sampai umah orang bertunang tu. Naila pun tengah sedap tido. Hohoiii. Budak kecik tu tak cukup tido raya pertama dengan kedua. Raya ketiga memang dia bantai tido je bila masuk kerete. Kitorang hangkut masuk kedai makan pun, dia tak sedar apa. Kitorang lepak kat dataran apa ntah sambil makan mee siput pun die tak sedar jugak. Dah sampai umah orang tunang pun masih tido. Tapi bila aku duduk je, terus celik bijik mata. Mood pun okey la siket. Ngeeee.
 


Raya keempat kelima 2013:

Lepak rumah, jalan-jalan kat Mines. Baju raya pun dah takde. Sila berpakaian seperti biasa. Muahahaha.

Semalam dah start keje. Lemau nau. Tapi half day je sebab petang tu nak pergi menziarah blogger Yong merangkap client encik daddy kita. :D  Gambar-gambar perjumpaan blogger-blogger kita buat hujung-hujung Syawal nanti okeyh!

Selamat bekerja! Dadaaaaa.



Tuesday, August 6, 2013

Bebel Selamat Hari Raya~

Start semalam tengok orang publish gambar raya tahun lepas dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA! Weyh jeles aku. Sebab aku tahu esok aku takkan tulis belog, maka hari ni nak wish jugak lah kat kamo-kamo-kamo yang terbukak dan terbaca belog WawazDonut neh.

Eh sebelum nak wish, aku nak cerita siket, tahun ni raya pertama aku kat family belah aku. Weheeee! Tak sabar nak makan rendang ayam mak aku, pulut kuning mak aku, lemang pakcik kat seksyen 4, ketupat palas kat warta. Auumm! Terbayang-bayang makanan tu dari semalam.

Walaupun setengah hari je raya kat rumah belah aku, tapi okey la. At least dapat makan semua-semua tu pastu ai is tak kesah daddy nak hangkut pergi balik Johor hari pertama raya tu jugak. Sebab kalau kitorang raya kat Bangi, memang waktu raya kitorang dari pagi sampai tengah hari je. Pastu memasing melepek tido atau tengok TV. Raya kat Bangi macam tu lah.

Raya kat Johor pulak walaupun agak penat gila, tapi merasa lah aku suasana hari Raya. Merasa jugak lah aku tolong collectkan duit raya Naila sebab dulu aku tak pernah dapat duit raya sebanyak Naila dapat. Hahaha nampak nau aku tak pernah rasa apa itu hari raya zaman single mingle dulu. Kalau dulu raya kedua ketiga kitorang dah boleh jalan-jalan kat mall, tengok wayang. Nak ziarah rumah orang? Siapa yang ada kat Bangi tu? Semua orang balik kampong. Kena tunggu seminggu raya baru boleh berjalan-jalan ziarah rumah orang.

Eh jangan ingat aku takde kampong pulak. Kampong aku nun kat Perak sana. Tapi sebab opah-opah dengan atok-atok dah takde, jadi kitorang dah jarang balik kampong. Yang ada sedara-mara je. Tu pun kalau kitorang raya kat Perak, sedara-sedara pun takde sebab dorang pun beraya tempat lain dulu. Kalau nak ziarah sedara kat Perak selalu raya ketiga keempat baru ada orang kat rumah. Kalau pergi awal-awal alamat kau macam beraya dalam kereta je. Pusing sana sini, tengok rumah takde orang. Muahahaha.

Okey raya-raya ni takyah nak bebel panjang sangat walaupun aku rasa dah agak panjang. Kahkahkah. Jadi dua hari sebelum raya ni nak ucap kat korang, "SELAMAT HARI RAYA!"Jemput datang rumah mak aku. Rumah aku tak digalakkan sebab rumah apartment susah parking campor banyak anjing. Kang elok-elok nak beraya terpeleok lak kaki tu sebab anjing kejar. Hihihi. Maap kalau ada terkasar bahasa siket dalam belog ni. ^^

::pssssst! baju raya mama dengan daddy takde lagi ni. hahaha. malam ni kene pusing downtown!


Follow Us @soratemplates