Monday, December 3, 2012

Annaila : 8 bulan~

Hari Isnin je, tertinggal iphone. Tak best betul! Baru nak gedik-gedik update pasal Naila. Eh Naila dah 8 bulan hokey! Dah besar dah budak kecik tu. Perangai pun makin banyak. 
*
*
*
- Kuat memanjat. Semua benda nak panjat. Semalam tetbe dia eksyen lepaskan tangan bila berdiri, bila nak jatuh cepat-cepat pegang sofa. Pastu pandang aku terus nanges. Motifff? Bukan jatuh pun. Hahaha~ Owh lagi satu, cuba keluar dari walker sendiri. Gila hebat budak kecik tu. Siket je lagi nak terkeluar. Kalau jatuh, aku gelak je, boleh???

- Makin banyak mulut, "dadadada", "dededede", mamama", "tatatata", "babababa". Sebelum ni kan Naila pendiam tak banyak mulut. Sekarang riuh!

- Makin terer pegang botol susu. Sebelah tangan je. Bila dah pegang sebelah tangan tu nampak betul kebesaran anak aku tu. Tapi kalau aku pegang kejap botol terus lepas tangan. Amboi!

- Dah pandai BYE-BYE. Yeay!! Lagi satu bila kita nyanyi POK POK AMAI, dah pandai tepuk tangan walaupun tepuk sambil genggam tangan. Ok la kan. Hehehe.

- Dah boleh merangkak. Takde dah mengesot lagi. Konon! Hahaha. 8 bulan baru merangkak hokey.

- Suka buat muka. Suka buat mulut itik. Suka senget-segetkan mulut. Perangai siapa lah ni. Lalala~

- Paling best! Dah ada SEKETUL GIGI kat bawah. Comel gilaaaaa! Tak sabar nak tunggu Naila duk tayang gigi comel tu!

Eh start hari ni Annaila duduk rumah pengasuh. Panggil pengasuh tu IBU. Sebab mak aku dan mil tak boleh jaga dah. Memasing ada benda nak buat, maka gigih la cari pengasuh Naila. Masa hantar pagi tadi, Annaila relax je bila orang tu pegang. Nangis pun tak. Haih~ Peramah sangat la kunun? Ikut perangai daddy letteww! Tgh hari td tengok Annaila jap. Waaaa baik je dia. Hehehe. Tapi macam biasa nampak mama dengan daddy terus berbunyik ngengada siket. Heeee.

Eh tengah hari tadi dah amek ip, maka tepek siket gambar. Siket je dulu. Nanti aku edit gambar bebanyak, tengok la korang sampai muntah. Muahaha~




21 comments:

  1. manis yeeee senyuman baby Annaila...wahhhh dah besar dh dia 8 bulan...yeyyyy mesti mommy hapy sgt2 ;)

    ReplyDelete
  2. comelnye ank dara sorang ni...
    dh besar dh...
    dh ada talent2 nk berjalan cepat ni...
    berani sgt lepaskn tangan...hehe
    mama kna selalu keep on eye la ni...

    ReplyDelete
  3. wahhh dh besar naila ye...ckp kt mama, dh boleh kasi naila adik nie...hihihiih...

    ReplyDelete
  4. besar da budak comel ni.. :D suke tengok budak membesar... macam2 pandai buat.

    ReplyDelete
  5. comel sgt naila ni....gerammmmmmmm je

    ReplyDelete
  6. dah 8 bulan dah dia... Sama mcm Alia semakin byk perangai dan semakin byk cakap wpun tak tau apa benda dia cakap.

    ReplyDelete
  7. hahaha..dah besar dah anak dara u...cantik plak tu..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal wawa..comel n cute gile naila..nama pon comel mcm org nya...happy 8 monsary Naila...

    ReplyDelete
  9. naila berjaya menghilangkan stress aunty sarah..tq naila

    ReplyDelete
  10. cantik nyer naila nih....dah besar t mesti ramai bf nak tackle..eeaahh..tetibe...heheh..

    ReplyDelete
  11. 8month oredi naila~ kejap je anak dh besar kan.. bau baby pn semakin hilang..huhu.

    ReplyDelete
  12. owh hebatlah anak mama. erna sennag nak ingat naila sebab naila beza 2-3hari je dari iman. iman pun dah tumbuh gigi.tapi gigi atas.suke buat die tersenyum.so boleh nampak gusi yang dah keluar gigi tuh.. :)

    naila comel...awak besar mesti cantik macam mama!

    ReplyDelete
  13. Kejap je masa berlalu. dah besar pun Annaila.

    ReplyDelete
  14. holoh..holoh naila, comel sgt dia macam mama

    ReplyDelete
  15. wah dah pandai drive dah :) leh bawak mama jalan2

    ReplyDelete
  16. YEAY!! NAILA DAH BESAR DAH
    NI PASAL EXAMO
    http://www.examo.biz/
    SU BELI RM53 ..TAHAN LAMA SBB BABY MKN SEBIJI JE
    KAT KEDAI2 JAMU2 TU ADA..KEDAI BRG2 KECANTKAN

    ReplyDelete
  17. Comelnye senyuman die...
    Naila nk g langkawi ek....
    Gud girl tau dlm flight
    Hepi holiday naila n famili! =)

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates