Wednesday, December 19, 2012

Langkawi 2012 : Hari ketiga~

Hah! Kali ni aku tak edit apa-apa gambar sebab ada orang komen tak puas tengok gambar kecik sangat. Hehehe. Sorry lah kalau gambar aku banyak mencapap siket. Jangan muntah darah pulak! Huahuahua.

Entry sebelum :
1. Perjalan Pergi
2. Hari pertama
3. Hari ketiga

Hari ke-3 di Langkawi, kitorang gerak terus ke Telaga Tujuh berdekatan dengan cable car. Nak pergi sini tak payah la nak cecantik sangat. Kau pakai mekap, cair habis mekap kau tau tak. Nak pergi telaga tujuh ni gila mencabar bagi aku sebab ada Naila. Oiiiii gila penat kau naik tangga beratus-ratus lapis dengan kendong Naila nye. Time tu plak mood Naila ke langit, asek la okkk ekkkk. Masa naik tangga tu terpaksa aku berdansa terloncat-loncat nak bagi anak gelak. Phewwww. Jasa ibu harus dikenang. Kau tak kenang, siap kau! Berapa kali kitorang berhenti duduk sebab tak larat. Jumpa orang nak turun, mesti tanya, "jauh lagi tak bang??" Setelah setengah jam mendaki tangga, sampai la kitorang ke atas. Eh tapi tak sampai pun telaga tujuh, sampai kat air terjun je. Jadilah. Sebab aku pun dah semput nak naik lagi, kitorang bercanda je lah kat air terjun tu. Tapi tak mandi pun sebab takde mood kot. Penat menguasai diri. Rendam-rendam kaki, pastu gedik-gedik bergambar, settle! Pastu turunlah kitorang dengan riak bila tengok orang termengah-mengah naik tangga. Huahuahua~ Haaaa. Jangan lupa bawak bekalan air nak naik tu. 

Pas telaga tujuh, kitorang gerak ke Jeti Chenang nak pergi Island Hopping. Belum masuk boat, Annaila dah terkebaboo tido. Penat sangat la tu sebab pagi tu tak tido langsung. Naik boat, bunyi enjin kuat tu pun dia taknak bangun. Pffffttttt. Tempat pertama, Pulau Dayang Bunting. Nama camtu sebab pulau tu bentuk orang pregnant. Nama Dayang tu aku taktau mana dorang kutip. Hihihi. Mungkin kalau aku preggy, boleh dinamakan Pulau Wawa Bunting. Huahuahua. Berangan je kau eh!Ok sampai je Dayang Bunting, lagi sekali kitorang terkedu, TANGGA lagi??? Homaiiiiiiii!! Rasa nak patah kaki kitorang dengan angkut Annaila lagi. Budak kecik tu pulak kemain nak memanja dengan mama dia. Phewwww semput mak! Dengan gigihnye, kitorang mendaki tangga dengan muka berkerut seribu mungkin. Sebaek tak banyak tangga. Sampai sana, mat saleh je yang tejun kat tasik tu. Orang melayu mana nak. Hahahaha. Dalam wey, 10 meter. Kau pandai berenang, hokey lah. Macam kitorang mampu tengok je. Eh tapi kalau korang tak mampu nak terjun dalam tasik, korang leh main boat kecik. Sewa RM30 untuk setengah jam. Ok la dari tak buat apa kan. Hihihi. Eh sebenarnye kat sana, ada je info kenapa nama dia Dayang Bunting, cemana ada tasik kat tengah-tengah pulau, kenapa tu, kenapa ni. Tapi aku takde masa nak baca semua tu sebab penat gila babeng! Lagi satu, kat situ banyak gilaaaaaa monyet. Kau jangan berani-berani bawak makanan ataupun plastik. Bawak beg pun, monyet tu buat muka tak bersalah nak selongkar beg.

Cukup sejam, naik boat lagi pergi tengok Helang pulak. Cantik! Helang tu sangat cantik! Rasa macam nak tangkap buat gulai. Hahaha. Ok tipu je. Tapi sumpah tak tipu, helang tu cantik. Terpegun kejap. Kejap je lah pastu sibuk layan anak. Masa tengok helang ni, tengok dari dalam boat tengah-tengah laut je pun.

Last sekali, kitorang pergi ke Pulau Beras Basah. Kenapa nama dia beras basah padahal aku tak nampak sebutir beras pun kat sana. Pulau dia ok lah. Tapi bagi aku dan daddy Naila, pulau kat Krabi jauh lagi cantik. Kat situ, Naila dengan daddy je yang mandi. Aku tak mandi dengan alasan nak jaga barang. Padahal nak jaga muka. Hahahaha~ Dah itam weyhhhhhh. Haaaa. Lagi satu, sila bawak makanan anak ye. Annaila pas mandi memang lapar, sebaek aku bawak caralec siap-siap masuk dalam bekas. Masa nak makan, tuang je air, kacau-kacau, siap! Tapi siapa yang anak dia tolak caralec, pepandai la korang kenyangkan anak sebelum pergi Island Hopping sebab berjam-jam gak korang berpusing-pusing. Heeee. :)

Dalam pukul 5.30, sampai jeti balik. Daddy Naila nak bertukar seluar. Aku lak tunggu dalam kereta sama Annaila. Dalam perjalanan balik tu, singgah jap padang masiarat, pergi kedai kek nak amek durian crepe yang dah di order masa lunch tadi. Wahhhh sempat kau nak bercrepe gak kat sana kan. Kedai durian crepe tu sebelah dengan kedai makan Jom Ikan Bakar. Masa nak bayar, tiba-tiba muka daddy Naila berubah pucat rupanya wallet tertinggal kat tandas jeti. Weyh setengah jam gak tu nak pergi balik ke jeti. Bawak kereta pun dah macam lipas kudung. Sampai sana, tandas tu dah kena kunci, mintak tolong budak-budak pulau kat sana bukak kan pintu. Rezeki kitorang, wallet daddy Naila selamat tak terusik. Phewww~ Korang nak berjalan, hati-hati lah ye. Kalau boleh duit tu jangan letak segedebuk terus dalam wallet, kalau hilang, nanges weyhhhh!

Ok dah settle, kte check in di Eagle Bay. Weeheeee!! Eh apesal weheeee?? Bukan tak best ke?? Hahaha~

hidung terkembang-kembang naik tangga~
di tengah perjalanan~

sesampai sana, rendam Annaila dulu.

bergedikla kami anak beranak ngambik gambar. 

orang dah baik hati nak amekkan pic, kte gedik-gedik lagi...:p
daddy sama naila je...mama takde mood...panas gilaaaa...
nampak happy kan naila...sebab aku duk agah2 depan die...klu tak agah, nangis jeeeee....
bertangga-tangga lagi nak turun...phewwwww~
kat jeti, budak kecik penat....
sampai dayang bunting, masih tido lagi....haihhhhh~
sampai tasik dayang bunting, baru celik mata...pastu ada hati nak terjun mcm mat saleh~
kami tak pandai swim. jom naik boat....
berpusing di tengah tasik~
mandi manda di pantai beras basah~

annaila memang sangat suka main pasir....jakun mungkin??huahua~

main lagi nak...jangan kamu makan pasir tu sudeh~

ngup ngap ngup ngap....annaila makan~

odw balik...muncung mulutnyeeee....

8 comments:

  1. sonokkk eh naila main pasir hehhehe sonok betul tgk trip wawa...yehuuu

    ReplyDelete
  2. sanggup ek memanjat tangga naik ke telaga tujuh tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. bestnya dia main pasir....dapat mandi laut lagi...best3..

    ReplyDelete
  4. rendunya langkawi. eh dulu pun masa first pg i duduk eagle bay jugak. ada bath tub kan? hihi

    ReplyDelete
  5. sepanjang entry langkawi,ini kali pertama nak mengomen...

    memang syiok dapat bercuti dengan mereka yang tersayang.
    tolonglah...share petua comel je muka awak tu wawa.

    plz.....

    ReplyDelete
  6. naila muka happy! tp muka mama dia nampak lagi happy...haha

    ReplyDelete
  7. happy btl annaila.lps ni ajak mummy jln2 tmpt lain lak ye

    ReplyDelete
  8. syok la anak dara jengjalang..nk bwk razin gak sebelum dpt adik.. hehe.

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates