Meh klik kejap~

Monday, December 24, 2012

Langkawi 2012 : Review 3 Hotel~!

HOTEL AZIO
Tengok dari luar macam sadis giler hotel ni sebab die dari deretan kedai. Tapi sedapkan hati sebab malam kedua tempat lain dah kan. Bila masuk tengok bertangga pulak, hewhew. Aku pandang daddy Naila, daddy Naila pandang aku. Pastu senyum. Apa maksud dia?? Haaaa korang jangan pikir kotor! Kitorang cuma, "Haaaa??Tangga??Sebaek tak banyak beg." Masuk lobi, bulat siket mata aku, 'Cantiknyeeee. Kemasnyeeeee.' Dapat kunci, masuk bilik je, WOWWW!!Ok cantik gilerrrr! Dengan harga RM100, Hotel Azio berdouble triple lagi cantik dari hotel Seri Malaysia Jitra Kedah yang harga dia RM190!

Tapi sebab masa booking 2 minggu lepas, semua katil queen dah habis, kitorang amek je lah yang katil single 2 ketul ni. Siapa nak save bajet, boleh la menginap kat hotel ni. Puas hati sesangat dengan harga die! Tapi untuk berfamily atau datang berkawan aku macam tak suggest kan sangat amek hotel ni sebab bilik air die transparent plus tak berkunci. Tibe-tibe korang ada lak kawan yang buat pedajal masa korang mandi. Haaaa....... Tapi taktau la bilik lain okey kan. Kalau nak tahu ok tak ok, gi tepon Azio Hotel sendiri. Aku bagi 10/10 hotel ni sebab harga dengan keadaan bilik sangat memuaskan hati!









DE BARON RESORT
Ok ni hotel yang kitorang duduk paling mahal la kan kekononnye. Dengan harga RM159.99, korang akan sesangat puas hati! Sampaikan macam nak bermalam-malam tido kat sana. Bilik aku pulak mengadap laut, tengok sunset sunrise, best weyhhhh. Eh kalau dah ade sunset sunrise tu dah kompem bilik aku ngadap laut. Fefeeling romantik gitu duk depan bilik sambil menghayati panaroma itu. Kihkih. Hotel ni ada kolam. Kan setengah hotel tak bagi mandi kolam kalau tak pakai swimming suit, hotel ni relex je. Maka dengan itu, aku pun terjun la sekali. Weheee~! Owhh bilik ni lagi luas dari hotel Azio. Pastu berkarpet pulak. Lagi senang aku lepaskan Annaila merangkak tergolek kat bawah. Eh tapi kat sini banyak betul hotel yang nama BARON. So korang kalau nak nginap sini, cari DE BARON RESORT tau! Puas hati 10/10! Haha hamekaw!





EAGLE BAY
Emmmm aaaaaa. Masuk je lobby, mulut aku terus sesenget, mata aku mula la pandang sana sini. Masuk lift pulak, rasa macam dalam drama cerita hantu. Sampai bilik, giler oldschool! Macam biasa masuk hotel, tengok toilet dulu. Peghhhhh! Ada bau tak best! Pastu pintu pun macam nak roboh! Grrrrr~! Tak best gila-gila! Swimming pool die pulak aku rasa macam kolam ikan je. Geli seyh! Parking lagi hampeh! Pastu mula la nak compare dengan de baron dan azio. Sampaikan daddy Naila cakap, nak tukar hotel ke? Aiyakkkk dah bayar kot, takyah la membazir. Tido je la situ ala-ala macam cerita hantu kan. So kalau korang nak ade ura-ura nak nginap sini, hentikan lah weyh. Nyesal tak sudah! 

Ooooo lagi satu, dah la bagi kitorang salah bilik! Dapat 2 katil Queen. Ok la sebab bukan bagi katil single tu kan. lagi aku nyumpah kot kalau camtu. Hihihi~


Satu je la, kalau korang nak nginap loncat-loncat macam kitorang, better cari satu kat Chenang, satu kat Kuah, satu kat mana-mana la yang korang suka. Sebab sebenarnye kalau korang dari Kuah nak ke Cenang agak jauh la, nak ke cable car jauh jugak. Sempat la bergado dengan Annaila dalam kereta. Huahuahua~

Errrr. Satu je lagi aku hutang korang kan! Bajet 4 hari 3 malam kat sana. Tengokla kalau miggu ni aku sempat, aku buat entry tu. Hehehehe~

Okbai~!

11 comments:

  1. baca entry you ni, buat nak pegi langkawi sekarang hehhehehe....de baron mmg best!

    ReplyDelete
  2. wawa..yg kolam renang De Baron tu kann..tetiba ila nampak cam bentuk ikan paus...ke ikan yu...kat bawah wawa...huhuhu..mmg lantai dia ada gambar ikan ek?? confius jap...hihi.. annaila..awak comel sangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lantai die ade gambar ikan...memula tak perasan jugak..punye la cuak bile tgk gambar pastu baru tnye husband...hihihi...

      Delete
  3. haha dua hotel tu mcm ok sgt dhla murah. i pnh stay eagle bay. 6 tahun lepas tp masa tu ok ada bathtub sume. skrg i tak taula baca review u i gelak jap haha

    btw i suka duk area hotel kt chenang sbb malam dia happening hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah uzur sangat hotel tu...hihihi...macam berhantu...hihi...

      Delete
  4. nampaknya de baron la yang paling best ekk...gambar pun banyak gambar kat de baron...hehehe...

    ReplyDelete
  5. My family alwayѕ sаy that I аm κilling my
    tіme here аt web, еxcеpt I know
    I am getting κnow-how all the timе by reading
    such pleaѕant posts.
    Also visit my webpage :: netbooks cheapest

    ReplyDelete
  6. eagle bay tu memang nampak kurang puas hati. cadar katil x cun! x menarik mata yang memandang ni..memang nampak Baron tu macam best. tapi..rasa lebih tertarik dengan Azio. eh, Azio tu kat mana area mana ye?

    ReplyDelete
  7. teringin nak pi langkawi...mahal x kos nya

    ReplyDelete