Meh klik kejap~

Thursday, December 13, 2012

Langkawi 2012 : Hari kedua~

Mentang boss takde. Taip lelaju~!

Entry sebelum:
1. Perjalan pergi~
2. Hari pertama


TELAGA HARBOR PARK

Pepagi mengagahkan diri pergi ke cable car. Dalam perjalan pergi tetbe Annaila menjerit rupanya die berak. Masuk je simpang Petronas, kitorang WOWW!Apesal petronas die lawa gila! Rupanya tempat berenti kitorang kat Telaga Harbor Park. Dah balik baru tahu. Terima kasih Annaila sebab melepaskan hajat di tengah jalan. Huahuahua~ Sebaek la tempat tu cantik, jadi sempat la amek gambar gedik-gedik kat situ. Cuma kitorang tak pusing la kat situ. Yelah mane tahu kan. Hihi~
cantek! betul tak tipu~

seorang ibu yg sangat baik melayan anak. kahkah! :p
Annaila memang tak habis-habis nak terpinga nyeeee.
makaseh Annaila sebab berak..boleh kite amek gambar kat sini. :p



CABLE CAR
Perjalanan diteruskan ke cable car. Sekali sampai dorang cakap cable car rosak! Boleh cenggitu? Kena la tunggu beberapa jam nak dapatkan tiket. Dorang cakap petang semalam rosak, orang yang naik cable car semalam sangkut kat atas 4 jam. 4 JAM okeyh! Sebaek la daddy Naila pening semalam, kalau tak agaknye kitorang jadi mangsa cable car kot. Hihi! Bila cable car dah ok, ramai la orang beratur balik, sebaek daddy Naila gigih beratur masa orang tak ramai. Bila tengok belakang, peghhhh panjang gila orang beratur! Pastu baru aku ingat orang cakap siapa dah dapat tiket tu, kena tunggu dalam setengah jam ke sejam untuk naik cable car. Tapi dah nama rezeki kitorang bawak baby Annaila, tak sempat pun nak beratur, tetbe kene panggil naik cable car. Terima kasih abang cable car sebab bagi potong q! Sampai atas puncak, amek gambar pepuas, masa nak turun lagi sekali kitorang dapat potong q sebab baby Annaila jugak. Hahaha~ Terima kasih kakak cable car! Harga naik Cable Car RM15.00 untuk pemegang mykad.

Settle cable car nak naik duck tour tapi penuh. Kena tunggu sejam. Mamat jual tiket ajak g bersantai kat dalam restoran ni. Dalam restoran ni korang leh la meminum sambil nengok harimau. Harimau betul okey bukan patung. Besar gilaaaa harimau dia tapi takleh amek gambar. Sadis betul. Harga air minuman die menanges la korang. Dua air je sampai RM33. Sobsobs~
Nak naik cable car, tapi Annaila tdooooo~

cable car, Annaila tdo taknak bangun! penat cubit pipi tp wat bodo je~
muka baru bangun. bila dah bangun terpinga-pinga. pandang sana sini.

yeay! Annaila dah bangun. Dan dia sangat happy~!
ni lah tempat nengok harimau. kau nengok gambar bawah tu kat belakang aku tu. nak amek gambar tak boleh kat sini. sorok-sorok la. kihkih. harimau tak nampak kita sebab cermin dia ala-ala cermin polis tu. kalau tak, harimau tu mampu pecahkan cermin tu. weyyyy besar gila harimau dia!!
Ni Aleesya. Ramah okey dan sangat sukakan Annaila. Anak tokeh restaurant harimau tu kowt!


RESTORAN JOM IKAN BAKAR
Orang kata restoran ni best. Makanan sedap, murah lak tu, dah murah air free lagi. Haaaa kitorang makan total RM11.00. Bagi aku mungkin sebab lauk yang daddy Naila pilih tu bukan peveret aku, jadi aku kureng siket la. Nape daddy Naila pilihkan makanan?? Sebab Naila nyenyak tido di pangkuan mama dia ni. Nak dengan mama je, daddy takmo. Sakit bahu tau!
Lauk kami di Jom Ikan Bakar. Annaila baru bangun, gigit je lah kunci tu. :p


BERAS TERBAKAR
Sempat bertekak dengan daddy Naila sebab daddy Naila cakap beras terbakar ni nama tempat je. Mana ada beras hitam yang terbakar. Yang aku pulak pernah datang Langkawi masa kecik-kecik, haruslah ingat aku pergi tengok beras hitam kena bakar. Ada ke patut tak percaya. Haih~ Kat sini banyak jual kain batik, baju-baju. Aku tak borong dulu sebab dorang cakap beli kat Makam Mahsuri. Jadi aku dengan berlagaknye takmo beli awal-awal. Sampai makam mahsuri tu tak sempat nak beli apa-apa. :p
Beras terbakar yang betul-betul wujud. Hihi~


MAKAM MAHSURI
Ko tengok, kubur orang pun kita nak sibuk-sibuk tengok. Tak takut plak tu, siap bangga dapat amek gambar depan kubur. Hahaha~ Cer suruh amek gambar kat kawasan perkuburan, sumpah kau taknak kan. Apa yang best kat sini, makam mahsuri je lah. Hihi. Tapi okey la at least kau tau jugak sejarah mahsuri ni kenapa die kene bunuh walaupun ade cerita yang buat aku senyum kambing pasal tujuh keturunan lah, malapetaka lah, darah putih la. Hihihi~ Opssss sorry! Pastu ade gak telaga mahsuri kot nama dia. Kebetulan ade sorang pakcik dengan bini muda dia ni bersungguh-sungguh cedok air dalam telaga ni, pastu basuh muka. Eh napa bini muda, sebab aku nengok pempuan tu muda macam anak tapi berkepit macam laki bini. Kahkah. Aku nengok dorang basuh muka tu macam errrrrrrr, kalau ada cicak mati ke, katak mati ke kat bawah tu?? Orang kate, boleh awet muda kalau diminum airnyeeeee. Jadi aku belilah air telaga tu yang telah dirawat untuk kenang-kenangan. Nak minum???Errrrr, tak berani kot. Hahaha. Sesaje batak beli nak tunjuk kat korang. Wahahaha! Kau eksyen eyh! Bayaran masuk RM7.00!
makam mahsuri~

Pintu masuk makam mahsuri dan air telaga yang kekonon mujarab tu. :p
asal nak amek gambar dengan mahsuri, kaburrrrrrrrr......dengki betul!

DE BARON RESORT
Settle makam mahsuri, ke hotel la kita untuk check-in. Weyhhhhh cantek gila hotel ni! Suka sesangat! Nanti review! Petang tu mandi manda la kami anak beranak. Wink-wink! Malam kitorang dinner kat kedai apa ntah. Kitorang sebat je mana-mana kedai sebab time tu hujan lebat gilaaaaa!
dah sampai baron, bagi naila yg tengah kelaparan mamam dulu. nom nom nom!
daddy amek gambar. jadi daddy takde disini. :p

9 comments:

  1. bestnya.. terus jatuh cinta ngn langkawi.... :)

    ReplyDelete
  2. bestnye jenjalan kat langkawi kan...teruja si kecik tu ye..

    ReplyDelete
  3. bestnyer gi langkawi. Dah masuk 10 tahun kot tak g sana..hehee..last pergi masa zaman belajar uitm perlis. rindu la pulak nak ke sana lagi..beli cokelat banyak2..hahaha..
    Btw, Naila sangat behave & comel. rilex aje dia tidur dalam carier tuh ek? steady btul wawa angkut dia dalam tuh.. :)

    ReplyDelete
  4. bile la dapat camni.. hope tak mabuk, bleh bwk razin.

    ReplyDelete
  5. Naila sampai terpusing haa nak nengok Mahsuri...hehee..nyomel. Syokla dia swimming eh :)

    ReplyDelete
  6. sonok...nak pi lg lah langkawi ..bb maintain superb...pandai dh dia berholiday hehhe

    ReplyDelete
  7. nak tanya... macam mana awak book tiket untuk baby yer.. saya pun dah book tiket masa peknen jugak.. so next month nak gi.. tiket untuk baby belum ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. book tiket bukan time peknen...seminggu sebelum g langkawi, kitorang g kaunter air asia kat kl central, tambah baby...tambah baby tak perlukan seat, so takde masalah la...:)

      Delete