Thursday, December 13, 2012

Langkawi 2012 : Hari Pertama~

Hewhew. Semalam tido sampai pukul 1 pagi sebab nak edit gambar punya pasal. Hahaha~ Kang tak edit, aku letak sampai beratus-ratus gambar. Muntah lak korang nanti. Hihihi~ Okeh sambung citer Langkawi!

Entry sebelum:
1 : Perjalanan Pergi

KERETA SEWA
Sesampai Langkawi terus jumpa en Zaini penyewa kereta. Yang paling best, masa bayar deposit dulu dia cakap RM80 sehari, tetbe masa nak bagi balance duit, dia bagi RM70 sehari. Pastu siap bagi diskaun RM10 lagi sebab Annaila. Seronok okey bawak budak kecik ni. Semua nak bagi diskaun. Hahaha~ Total untuk sewa kereta Viva RM200. Aku rasa kan mungkin sebab aku puji-puji dia cakap dalam blog semua orang cakap en Zaini terbaik. Wahahaha~ Pembodek nombor satu kan. Ok ni nombor en Zaini 012-5275019. Kereta dia baru! Seronok melenjan!

Dapat kereta cari sarap dulu kat area Kuah. Jumpa satu restoran Atan ni, sebat je lah. Makanan dia sume berasas nasi. So-so je lah rasa dia. Mungkin sebab pepagi kena makan sambal kan, tanjat siket perut mama Naila ni.
kereta kami~ bau kedai lagi. best!

sarap hari pertama. kedai ni takde roti canan, takde nasi lemak. haih~ layankan aje lah.......
WILDLIFE PARK
Settle makan, gi pusing-pusing sampai masuk hutan, kunun mahu mencari cable car tapi dalam perjalanan terjumpa Wildlife Park. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak tahu. Siapa yang nak datang honeymoon, takpayah la datang sini, setakat nak tengok burung, ular, kancil, tak payah sebab nanti bosan. Tapi siapa yang ada anak-anak kecik yang dah pandai bagi respond sila lah bawak! Seronok okeyh! Annaila memang bagi respon baik punyeeee walaupun dia banyak buat muka blur tak kelip mata nengok burung kakak tua, ayam, macam-macam la. Tapi bila tengok rusa, baru tergelak sambil jerit-jerit. Apekahh???

Rezeki kitorang pulak time tu, dalam pukul 11 pagi, ade persembahan teka teki siap bagi hadiah. Join la kan. Tapi daddy Naila je join, kitorang bagi sokongan moral sambil klik klik gambar je. Hihi. Seronok sesangat! Sampai otot pipi aku dah tak boleh nak gelak. Pastu dapat la bergambar dengan burung dan ular. Oiiii ular dia besar gila weyhhhhh! Sekali dia ngap, memang terus hilang agaknye. Kalau korang datang time takde persembahan, silalah tengok ular dalam kandang dia. Hihihi~ Takde persembahan tu, takde maknenye boleh amek gambar dengan binatang-binatang tu jugak! Kalau nak amek gambar gak kena la bayar kat dorang. Gambar je paling mahal, RM80.00. Elehhhh~ Tak hingin aku nak bayar memahal cenggitu. I dapat free je tau. Lalala~

Pastu berpusing la kitorang kat Langkawi tu cari cable car. Sampai sana daddy Naila pulak pening. Boleh? Kitorang minum dulu kat cafe sana sebelum beli tiket. Pastu baru la cari tiket tapi pukul 3.30 petang baru dapat naik. Time tu lak baru pukul 2 petang. Daddy Naila ajak check-in hotel dulu. Aku lak memberontak dalam hati je lah kan, baru pergi satu tempat nak duk bilik dah. Sampai bilik dua beranak tu bergelimpangan tido, aku sibok nengok peta. Sobsobs~
tengok muka Naila. Blur je kan tengok binatang tu. Best tengok Naila sbb mata die tak kelip sambil mulut ternganga tengok binatang tu semua. hahaha~
bila tengok rusa, baru Annaila senyum gelak-gelak. Naila tengah berinteraksi dengan rusa kah????
soalan yg dapat dijawab, dapat le hadiah. last tu daddy Naila kene tarik kedepan dan ditutup mata. Sekali ular besar datang. Woweeee~ aku punye keji amek video dengan harapan daddy Naila jerit ke, terlompat ke. Hahaha sekali daddy Naila cool pulak time tu. Haih!
saguhati yang kitorang dapat. sekali 3 tau. cer beli kat luar. agak2 bape ek agaknye??lalala~
muka sinchan mama. sbb imaginasi terlalu tinggi takut kene patuk dengan itu burung. huahuahua~
Annaila macam mama kan. Bila burung je terus senget-senget muka. Huahuahua~
letak ular, cool gila muka Annaila...macam takde perasaan.
main rabbit plak. boleh bagi makan kat sini, tapi korang kene beli. kitorang tak beli pun, masuk je kandang, semua arnab meluru kat kitorang. dengan harapan ade makanan. hahaha~
nak bercable car, tp timing tak cantik. berpusing la kite kat oriental village je..Annaila dapat topi sebab panas gila kat sana. 
lobi Hotel Azio. Cantikkan! Nanti aku review hotel-hotel  kitorang. :)
PANTAI CENANG
Petang siket dalam kul 5.30 petang, pening daddy Naila pun dah kurang, bersantai la kitorang kat pantai Cenang sambil cari pakej Hoping Island. Beromantik di waktu senja depan laut nengok sunset sesambil Annaila bermain pasir yang halus tulus tu. Pastu dia NGAP itu pasir. Haih! Itu budak ar bikin mama daddy cuak saja. 
bersantai di Pantang Cenang ditemani anak. 2 tahun lagi tengok anak mandi lak, sorang lg kat pangkuan. kahkah! ko berangan je lbeh kan!
Annaila bermain pasir. lembut sangat pasir tu sampai nak masuk mulut!grrrrr!

DINNER & NIGHT MARKET
Malam kitorang makan depan hotel Azio je. Restoran Jai. Makanan okey la. Kalau aku duk sana, restoran tu akan jadi peveret aku. Tapi harga agak mahal la. Eh takde mahal, tapi standard harga kat Bangi. Settle makan, singgah pasar malam jap. Weyyyy dia punya tudung manik-manik tu murah gila RM18.00 jek! Aku beli kat Bangi, tengok kat website semua dalam RM70-RM90. Haruslah aku rembat kan. Huahuahua. Sebenar macam nak beli bebanyak, tapi aku tak pegang cash yang banyak. Jadi mampu telan air liur bergelen-gelen je lah. Nak mintak duit kat daddy Naila, kompem berkerut seribu itu dahi. Errrrr. Pasar malam dia macam pasar malam kat sini lah. Takde apa yang spesel. Yang spesel mungkin harga tudung yang MURAH tu! Hihihi~

Annaila? Memang dah genyeh mata dari kitorang makan, balik tu sumbat susu, terus tido dengan nyenyak sampai ke pagi tak ingat mama dan daddy nye.
pic atas : menu die besar gila! aku ingat kene perli. hahaha.
pic bawah : Annaila keletihan di malam hari. nak tdoooo~


Sambung next entry hari kedua di Langkawi~

11 comments:

  1. amboi Naila jalan sampai gi langkawi tu...

    ReplyDelete
  2. wow... best je percutian.. mmg ko buat research bersungguh2 ni wawa...

    ReplyDelete
  3. waahhh bestnya bercuti...daaliyaa pun nak ajak bonda n ayah bercuti jgk la...ayah asyik keje jerrr....

    ReplyDelete
  4. Best best! Naila x takut binatang..comel je suka tengok rusa. Hehehe.ley bawak gi zoo nih nanti :D

    ReplyDelete
  5. yea..lg 2 tahun anailla ada kawan ;)

    cepat review hotel lak

    ReplyDelete
  6. wahhh...best jenjalan..anaila comel sangat pakai topi!!!! hahaha...anak no 2 dipangkuan?? acecece..hahahah

    ReplyDelete
  7. Wahh best2...pg langkawi..hari tu pun dah pg dah, rasa puas sangat sbb dpt jln2 n shopping chocolate..hihihi..Annaila cnfirm happy tapi letih jugak cam anak saya..smpai demam jln2 kat Langkawi ni..hihihi

    ReplyDelete
  8. Happy vacation...wehuuuuuuuu sonokkk ye annailaaa...pasti dia teruja tgk pantai langkawi kan

    ReplyDelete
  9. bestnye bejalan! jeles!
    kecik nau gamba nye wawa...x puas nengok..hihi

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates