Klik sini. Terima Kasih :)

Thursday, November 28, 2013

Annaila : Cerita Khamis.

Hurmm.
 
Kemahen busy anak dara ni pakaikan lion-lion dia pampers. Sekarang dah pandai nak bukak pelekat tu. Dua pampers dah rosak sebab pelekat tu dibuat main.
 
Ooooo korang tak jumpa lagi 'YAYA' Naila kan? Naila dah ada satu 'kawan' lagi. Nama Yaya. Kalau nak tido, tiga benda ni mesti ada. LION 1, LION 2, YAYA. Penuh buaian sampai muka Nai pun tak nampak.
 
********************************************
Situasi nak tido:
 
Naila : Daddy, na yen g tu..... *sambil merengek-rengek*
Daddy : Okey-okey jom tido.
Naila : Na yen g tu.......
Mama : Daddy, Naila cakap nak lion lagi satu.
Daddy : La yeke!
 
Masuk buaian.
 
Naila : Yaya! Yaya! Nak Yaya!
Mama : Nah amek.
*terus senyap pejam mata, enjut dalam 15 minit, tido!*

Wednesday, November 27, 2013

Entry Stress? Happy?

Hi!
 
Minggu yang krikkk krrikkk krrikkk...
 
Boss baru sudah masuk. Kena tunjuk tahap kerajinan yang menggunung. Salah siket, habis die report kat orang atas a.k.a DIRECTOR. Sebab. Boss baru adalah abang director. Pffftttt!
 
Dan aku semakin stress dengan dia yang macam good-good je. Grrrrr!
 
Ok sebab aku stress, tengok muka Naila yang ni, alololoh sejuk siket. Teringat perangai dia sekarang, bila aku nak marah je, dia panggil "mama! mama! mama!" pastu lentok kepala senyum. Macam gambar ni. Eeeee! Geram rasa nak geget!
 
Balik kerja, time-time tengah dahi bekerut penat, Naila berlari dapatkan aku sambil jerit-jerit "mama! mama! mama!"  Perasaan yang sungguh seronok! Best rupanye ada anak ni. Muahaha.
 
Kbai!
 

Friday, November 22, 2013

Giveaway Mommycha : Mommy&baby Moments!

Walaupun aku bukan kategori manusia yang bertuah untuk menang benda-benda cenggini, tapi aku nak jugak join giveaway yang dianjurkan oleh BFF aku si Micha. Eh tetiba jadi BFF. Wakakaka. Hi Mommycha sayang! *Eh ampu lagi?*
 
*********************
Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.


How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  •  
    Pastu tinggalkan jejak link entry dekat
    RUANGAN KOMEN sticky post ini.

  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

****************************
 
Aku pilih gambar ni sebab terserlah keibuan aku dan terserlah keanakan Annaila. Eh? Apa aku cuba sampaikan ni. Muahahaha. Lagi, gambar ni jugak menunjukkan curahan kasih sayang ibu terhadap anaknya yang tak berbelah-belah dan tak berbahagi-bahagi. Nampak erat sangat hubungan ni sampai 'hey jangan cuba pisahkan kami!'. Anyonyonyoooooo (Ayat Nana)
 
 
Micha san, sehabis baek aku ampu ni. Muahaha.
Kbai!
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, November 19, 2013

Annaila : Update siket.

Satu malam.
 
Naila : Mama, nak pop pop! (lollipop)
Mama : Lollipop dah habis. Esok makan lagi ek.
Naila : Pop pop dah abis?
*Tetiba terus menangis menggila sambil turun katil berjalan masuk dapur cari tempat simpan lollipop*
 
Aku? Kejar Naila. Hahaha. Kesian! Tapi dah gosok gigi, pastu siang tu dah makan lollipop! Kang belum masuk 3 tahun, gigi dah rongak. Muahaha.
 
Bila budak tu dah besar siket seronok layan dia sebab mulut dia pok-pek-pok-pek je. Kadang kalau dia cakap panjang sangat aku dengar 'hfaksjdkasjdhedonsjandjsdsaj'. Aku pandang daddy. Daddy senyum. Pastu aku cium Naila cakap, 'Mama tak paham la apa Naila cakap.' Hahahha.
 


 

Friday, November 15, 2013

Annaila : Dulu dan sekarang

Hi!

Tetibe terasa nak tengok muka Naila masa umur 7 bulan dengan 1 tahun 7 bulan. 

Eh terasa macam minggu ni FREE sangat kan hari-hari boleh update blog. Muahahaha. Boss takde macam tu lah.

Okey jumpa gambar muka busuk ni je. 

7 bulan : Tak pandai jalan lagi. Merangkak je keje dia. Kalau bawak bejalan, baik je duduk dalam stroller. Mama dengan daddy nak makan pun senang hati.

1 tahun 7 bulan : Berlari ke sana ke mari dengan laju. Penat nak kejar. Memang kalau nak keluar gi mall tinggalkan dia sebab takut hilang. Dah la pendek. Kalau berjalan-jalan kat mall jenuh nak mencari.  Nak makan dengan tenang? Lagi la tak boleh. Nak makan lagi, nak kejar anak lagi. Muahahaha.

Ish! Rindu pulak budak kecik tu. Malam semalam Naila tido bilik dia, pagi tadi sedar-sedar dia dah tido sebelah aku. Bejalan tengah malam kot budak ni. Hihi.






Thursday, November 14, 2013

Annaila : Cerita dia?

Rindu Naila?

Nah.
 
 
Budak semakin membesar.
Semakin banyak mulut. Pok-pek-pok-pek.
Semakin manja.
Semakin lincah.
Semakin.
Semakin.
Semakin.
Kebabom.
 
Dah besar camni aku taktau nak cerita apa.
Sebab?
Aku pun taktau.
Mungkin takde idea.
Hahaha.
 

Wednesday, November 13, 2013

Ketika kita mengeluh.

Ketika kita mengeluh:
"Eeeee! Penat sangat!"
ALLAH menjawab:
"Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat" (78:9)

Ketika kita mengeluh:
"Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku...."
ALLAH menjawab:
"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupan" (2:286)

Ketika kita mengeluh:
"Serabutnya...."
ALLAH menjawab:
"Hanya dengan mengingatKu hati akan menjadi tenang" (13:28)

Ketika kita mengeluh:
"Apa yang aku buat ni semua sia-sia"
ALLAH menjawab:
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya" (99:7)

Monday, November 11, 2013

Deko : Ruang solat siap!

Tink!

Akhirnya ruang solat jugak siap dulu. Yang lain masih tertunggak. Haha. Okey meh nak share. 

Haaa ni gambar sebelum. Dua tahun duk macam ni je. Kosong. Kosong. Kosong.


Tambah wall shelf dengan penyangkut sejadah. Rak tu beli kat Giant je. Harga RM29.99! Tengah promotion. Hehehe. Merata aku cari rak tu kat Bangi. Kalau tengok kat kedai hardware kebanyakan jual dalam RM50. Penyangkut tu pulak memang cari kat kedai hardware. Ada diskaun 45%. So harga dalam RM57 dapatlah beli dalam RM30 lebih. Suka aku! Yang frame tu, aku print je kat office. Kehkeh. Lalang tu pulak jenuh aku buat sendiri. Nampak pelik. Tapi lantak sana lah. Susunan macam tak cantik kan? Memang. Sebab aku taktau nak ubah macam mana nak bagi cantik. Tanya daddy, semua pun okey. Pfftttt.


Oooo oohh! Pastu aku tukar carpet jugak. Kau tahu aku memang nak gila carpet kaler ijau ni. Kat Jusco RM69.90. Sebaek tak gaji lagi time tu. Jadi tak beli lah kan. Masa hari gaji aku singgah Mydin Kajang. Sekali aku ternampak carpet yang sejibam jual kat Jusco tu. Tengok pulak harga, mak aiii! Banyak beza! Mydin jual RM39.90 je! Malam tu jugak ku seret daddy teman beli carpet. Mihmihmih.


Aku rasa macam kureng siket tapi taktau kat mana yang kurengnye. Tapi biar lah. Asalkan ade tempat solat yang selesa. Ada tempat penyidai. Ada tempat letak al-Quran. Dah cukup. Moga-moga makin melekat kami sekeluarga kat ruang solat ni. Aminnn!








Annaila : Tidur bilik sendiri~

Dah seminggu Naila tido kat bilik sendiri. Yeay!!

Sebab aku ajak Naila tido bilik dia? Sekarang mulut dah becok. Tengah tido die membebel-bebel "Tepi! Tepi! Tepi!" Sambil tolak-tolak kitorang. Pastu aku atau daddy terpakse lah tido merengkok kat hujung katil. Bangun tido, tengok Naila, amboi? Terkangkang ye nak kau tido? 

Bila kitorang terpaksa tido merengkok kat hujung-hujung katil, badan pun mula lah sakit. Mula lah merungut-rungut. Cakap dengan Naila die senyumkan aje kitorang. Cehh!

Jadi satu malam, aku saje ajak dia tido kat bilik sendiri. Tak mengharap pun die dapat tido kat situ sebab budak kan susah nak pisah tido dengan mak bapak dia. Masa tu aku baring sekali sebelah dia. Daddy pulak teman kitorang kat ruang solat. Dekat 2 jam! Baru budak kecik tu boleh tido. Malam Naila bangun menangis mintak susu. Bagi susu, dia tido balik. Sebaek daddy cepat sedar kalau Naila berbunyik. 

Tapi ada sekali tu daddy tido lambat, bila Naila nangis kitorang tak dengar. Sebaek aku terbangun. Tengok Naila menangis kat tepi pintu bilik kitorang. Aku panggil Naila sambil gamit tangan. Baru die lari masuk bilik. Pelik aku! Bila pulak aku bagi arahan "jangan masuk bilik mama!" Haha. Aku selalu cakap dengan dia sebelum tido "Ni bilik Naila. Naila kena tido bilik sendiri. Mama dah kemas bilik Nai cantek-cantek" Itu je aku cakap. Aku tak cakap tak boleh masuk bilik mama. Kehkeh. Apa-apa je la Nai!

Lagi satu! Ade satu hari tu jugak Naila cam tak berapa sihat. Jarang Naila menangis tengah malam selain nak susu. Kalau dia buat hal memalam mesti Nai tak sihat. Dan malam tu mungkin Nai tak sihat. Aku ajak dia tido bilik kitorang. Naila taknak ye! Die nak tido bilik die jugak. Muahahaha. Aku suka bab tu sebab die tau itu bilik dia. Tapi ku hangkut jugak la tido bilik aku sebab dia tak sihat. Senang aku nak pantau.

Kalau korang tanya macam mana nak ajar anak pisah tido, sumpah aku taktau cemana. Aku rasa terpulang kat anak korang sendiri nak atau taknak. Aku pun terkujat gak Naila boleh tido asing dengan senangnye. Mungkin Naila ni sifatnye jenis berdikari dan berani. Itu pendapat aku lah sebagai mama dia. Haha. Taktau la bila dah besar penakut macam mama die pulak.

Satu je la, aku macam bersyukur Naila ada perangai dia sendiri yang aku rasa die boleh jaga adik-adik dia. Perangai anak sulung! Walaupun dia perempuan. Eh perempuan garang apa. Kau buli adik die, siap lah! Haha. Harap-harap nanti dia boleh ajak adik-adik dia tido sesama. Jangan kedek pulak taknak share bilik. Pitam mama daddy nak buat bilik lagi. Rumah dah la comel. 






Sunday, November 10, 2013

Jaga Hati.

Jangan simpan seseorang di dalam hati.
Hati itu berbolak balik sifatnya.
Simpanlah seseorang di dalam doa.
Kerana doa tercatit di langit selamanya.

-Ustaz Haron Din

Friday, November 8, 2013

Jumaat Indah.

Aku tak pandai susun ayat elok-elok. Cuma aku nak cakap.

Jangan tuduh orang sesuka hati.

Bila orang ada masalah. Tak perlu nak MESTI sebab dulu dia bla bla bla.

Jangan cepat sangat nak jatuhkan hukum kat orang lain jugak.

Kalau MESTI tu tak betul macam mana? Hukum yang dijatuhkan kat orang tak bersalah jugak macam mana?

Pfffttt. Kbai.





Thursday, November 7, 2013

Sekian lama tak bersenam.

Dulu kan, masa zaman kita kecik-kecik sampai lah usia remaja gitew. Kau perasan tak bila kita bersenam, kita relax je. Sampai ku rasa apa je lah fungsi senaman nak regang-regang ni. Bukan rasa apa pun. Peluh pun tak keluar.

Tapi! Bila dah meningkat dewasa! Kau pernah bersenam? Okey kalau rasa kau memang kaki senam-senam ni bagus lah. Tapi bagi mahkluk yang malas besenam macam aku ni, bila wat regangan vodo-vodo pun rase sakit sangat!

Dulu. Masa zaman sekolah rendah, aku olahragawati sekolah. Lumba lari. Kaki panjang gitu kekdahnya. Paling tinggi pergi peringkat daerah. Masuk peringkat daerah aku takleh lawan dengan kaki orang dah. Masuk sekolah menengah, aku slow. Aku aktif merentas desa je. Dan berjaya jugak dihantar ke perigkat daerah. Masuk pulak PLKN, ada aktiviti-aktiviti lasak yang best gila! Tapi setiap kali nak beraktiviti, mesti kena senaman regang-regang badan yang mana benda tu bagi aku sangat membosankan dan sangat tak penting. Bepuluh orang kata kalau taknak kena cramp kena wat regangan dulu. Dah aku tak pernah kena cramp acaner? Masa ngandung je lah aku duk tercramp-cramp ni.

Sekarang. Setelah errrr hampir 8 tahun, yang mana aku memang dah lama gila tak bersenam. Bila badan dah start sakit-sakit. Siket-siket sapu minyak panas, siket-siket nak urut. Adoi. Orang tua sangat! Bila kena urut lega tapi tak sampai sehari je leganye.

Aku pun duk terpikir mungkin, ye benda pertama mestilah aku tahu aku dah semakin berusia. Srootttt! Yang kedua, aku tak bersenam. Dan aku pun mula lah berjinak-jinak dengan senaman semula. Aku ingat balik macam mana cikgu PLKN dulu ajar. 

Kali pertama buat lepas solat subuh, buat kat leher dulu. Alah yang tolak kepala ke atas, kiri kanan, bawah. Kau tau apa rasa dia? Mak aiiii! Sakit gila weh leher aku! Rase macam tulang kat leher bunyi reput. Hish! Anlene! Anlene! Pastu? Ade la rasa lega siket. Lepas tu buat lah regangan kat tempat lain. Semua rasa macam "adududududu".  Seksa jiwa aku buat regangan di usia-usia sebegini. Kehkeh!

Perasaan senaman di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa sangatlah berbeza hokey! Kalau dulu, relax je. Tak sakit apa-apa walaupun cikgu cakap TOLAK KUAT SIKET! BARU RASA! Sekarang? Tolak slow pun rasa macam "adududududu" . Dia punya sakit, uiiii taktau nak habaq lagu mana.

Pasni weekend memang kena ajak daddy senaman kat luar pulak la. Umur belum masuk 30-an tapi sakit dah macam tua sangat. Kasut sukan dah kena rembat. Pakai sepilar je boleh?




 

Wednesday, November 6, 2013

Deko : Menggubah lalang~

Ececeh. Orang update rumah kau pun nak jugak.

Aku beli bunga! Eh taktau la bunga ke lalang. Hahaha. Sebab sekarang musim lalang agaknya. Aku tengok setiap rumah ada lalang tiruan tu. Tetiba aku pun dah jatuh cinta. Hari tu pergi Kaison, nampak lalang tu tapi tak jatuh cinta lagi. Nak pergi lagi? Memang harapan lah. Aku malas nak hadap jammed.

Masa jejalan kat kat Metro Point, tetibe ternampak kedai Romantika, tetiba termasuk, tetiba ternampak bunga dan lalang. Tetiba pulak aku menggatal nak gubah sendiri. Padehal tak pernah buat ni. Tapi sebab aku tau tangan-tangan perempuan ni magic, aku yakin aku mampu gubah. Alah sendiri je mahu tengok. Bukan nak jual kat orang pun.

Dengan keyakinan yang tinggi, aku pun beli dua jambak. Eh betul ke jambak. Macam kepelikan pulak. Total dua jambak berharga RM6.00. Okey la kut. Pastu cari span kaler hijau tu. Aku taktau mende alah tu apa nama. Dan ku bayar dengan senyuman penuh keseronokan dan daddy senyum dengan penuh kesangsian. Nampak nau tak yakin dengan bini dia ni.

Balik rumah, ku terus memulakan projek. Menggunakan bekas pen sebab taktau mana nak cari pasu tin kaler putih tu, aku pun mula memotong lalang-lalang itu menggunakan gunting comelku. Sekali nak potong tak lepas-lepas. Oh ku perlukan cutter dari daddy. Dapat cutter terus sambung potong memotong. 

Dengan keyakinan yang dah kurang sedikit, ku mencucuk-cucuk lalang itu ke dalam bekas pen dengan penuh tata-tertib. Gila kau, tercucuk-cucuk tangan aku kena dawai. Sroootttt. Dan barisan pertama siap dalam masa 10 minit. Yeayyyy! Pastu ku teruskan cucukan di baris kedua dengan lalang yang lebih tinggi tak sampai 3 minit. Nampak tak kehebatan aku? Wakakaka. 

Dah siap, terus aku cakap dalam hati, 'bapak tak cantek gila!'. Okey-okey tukar idea, aku tarik balik lalang-lalang tinggi tu jadikan dia pendek-pendek. Mmmmm okey la. Tapi masih tak mampu buat aku senyum kepuasan. Takpelah nak buat macam mana, kalau dah tangan tu keras kejung, nak berkonsep elegent untuk rumah terus jadi konsep cartoon. Cartoon pun cartoon lah. Asalkan ada tempat berteduh hujan dan panas. Kehkehkeh. 








Lalang ni akan diletakkan di ruang solat kami. Penyeri kononnya. Tapi kalau rupa macam ni, kat mana penyerinye ntah. Haha.


Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah~

Masuk tahun baru, azam pun jadi baru. Padehal azam tahun lepas pun tak lepas-lepas. Api dendam kesumat tahun lepas pun akan ku cuba padamkan dan memberi kemaafan kepada mereka-mereka yang telah menyalakan api dalam diri aku. Ewah, ayat engkau dah kenapa. Walaupun aku rasa macam nak tikam-tikam mereka-mereka itu, dush-dush-dush! Eh aku nak maafkan orang ke tak ni? Okey-okey full stop.

Semepena bulan Muharam ini, marilah sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kalau kau rasa kau jahat, jom lah ubah jadi baik. Kalau kau rasa kau dah baik, jom lah ubah jadi lebih baik. Kalau kau rasa kau dah cukup baik, memang kau masuk bakul angkat sendiri.

Doakan aku ke arah kebaikan ye. 

Aminnn!


Demam.

Musim demam!

Kalau Annaila demam lebih 3 hari, aku dah cuak dah. Ni kalau mama nya demam lebih 3 hari, kau cuak la sorang-sorang. Haha.

Hari Jumaat dah start demam, tapi ku gagahkan pergi ke office. Pekerja berdedikasi kononnya? Bila boss macam-macam, aku pun jadi macam-macam jugak. Dan-dan aku pergi klinik amek MC. Pastu terus balik rumah. Haaaa macam-macam lagi dengan aku. Padan muka.

Sampai rumah ingat nak rehat, tido! Tapi tetiba pulak aku jadi insomnia. Tetiba je kan. Dah telan ubat, mata dah pedih sebab nak tido tapi tak boleh tido. Stress aku! Tu lah, durhaka lagi dengan boss.

Weekend pulak, dengan demamnye, dengan kena jaga Naila lagi. Naila pulak sekarang tak dilayan dah pandai merajuk. Sebaek la merajuk budak kecik, umpan siket dia pun kembali tersenyum.

Hari ni, bangun pagi rasa segar bugar. Masuk kereta terus sakit kepala balik. Eh? Kau mengada sebenarnye ni. Hahaha. Masuk opis lagi bedenyut-denyut kepala. Sebab tak tahan ku telan 2 bijik panadol. Hamek! Skang dah mamai toink toink. Tapi malas nak MC. Nampak tak berdedikasinye aku. Muahahaha. Tak ar, kalau aku balik umah pun ade apa je. Nak tido aku kan tengah insomnia sekarang. Insomnia la sangat. Haha.
 
Sekian cerita hari ni.
 
muka belakon focus padehal tengah naip belog...hehe...
 
nah gambo Naila...aku tau org bace belog aku sbb nak tau cerita Naila buka cerite aku...hahaha...eh aku ade bukak lg satu belog tentang aku je....tp biarlah belog tu jadi rahsia hidupku...kahkah...gedik sangat!