Kemain tajuk kan. Hehehe. Ok ni bukan nak citer pasal orang lain, ni pasal aku sendiri. Aku dulu masa zaman sekolah kurus. Alaaaa biasalah bebudak remaja gitu kan. Masa tu, makan banyak pun, badan maintain je. Gittew. Habis sekolah, aku dapat masuk PLKN 3 bulan. Dalam masa 3 bulan tu, aku berjaya menaikkan berat badan yang gila kaw kaw punya! Sebab? Makanan kat sana best gila weyh! 6 kali sehari kot makan. Masa tu orang kata aku gemok, aku taknak percaya. Aku perasan aku dah gemok bila aku nak pakai jeans masa last day PLKN. Seluar tu aku tak boleh nak pakai sebab sangkut kat atas lutut siket. Bukan kat pinggul okey. Haaaaa giler gemok aku dulu. Masa aku balik dari PLKN, semua tak kenal aku. Sobsobs! Yelah, dah la gemok, hitam pulak tu, dah hitam, jerawat satu muka naik. Time tu aku tak kesah sangat. Tak pandai nak jaga-jaga muka bagai ni. Lelame kulit tu kembali la ke kulit asal kan. Tapi amek masa lah.
Masuk matrik, time tu jumpa kawan-kawan baru, So dorang semua nampak aku yang chubby ni. Bukan wawa yang kurus melidi time zaman-zaman sekolah dulu. Tapi time tu, bila jumpa bebudak sekolah, semua terkejut lah tengok badan aku cenggitu kan. Dalam masa setahun kat matrik tu, memang aku diet lah. Time tu mana ada fellina inchloss, acai berry lah, aku diet sendiri je. Makan nasi siket dengan sup je. Kekadang tak sentuh nasi dalam seminggu. Memang aku jaga makan time tu. Masuk UKM, aku dah berjaya pakai baju size S balik. Time tu bebudak PLKN dengan Matrik pulak pelik tengok aku dah kurus. Huahuahua~
Bila pregnant, badan aku naik giler babeng punya! 25k weyh. Time pregnant aku selalu kira camni,
Baby - 3kg
Uri - 1kg
Air ketuban - 5kg
Air dalam badan - 5kg
Lemak yang kena buang - Balance lepas tolak tolak yang kat atas tu.
Haaaa. Kemain lagi mengira kan. Hahahaha~
Sekali bila dah bersalin, rupanye badan aku lagi mengecik dari dulu. Dah mana aku tau lemak-lemak tu ilang kat mana. Yang dorang duk perli-perli aku tak bahagia la, itu la ini la kenapa kan. Adoiiii. Manusia. Aku lestik mulut tu baru tau.
Aku dah merasa jadi gemok dan kurus. Kau tau bila gemok, orang tak puas hati. Bila kurus pun orang tak puas hati. Ada je mulut dok pok pek pok pek ngata aku. Sakit hati gak kekadang kan. Tapi tengok jugak siapa yang ngate, kalau setakat member kamcing, takde makne nak sentap-sentap. Tapi kalau orang tu baru aku kenal, woahhhh! Rasa darah naik kat muka macam nak tampar lelaju mulut itu orang. Tapi yang best tu, orang yang ngate aku tu badannye bukan cantik macam model pun. Hohhh!!
Bila kurus,
"Wey kau ni kerempeng sangatlah. Cuba naikkan siket berat badan tu.",
"Kurus lah kau ni. Macam tak bahagia je. Macam ada masalah je."
"Laki bukan suka pompuan kurus sangat, tulang je. Tak sedap nak peluk."
Bila gemok,
Lalu dekat tempat parking kereta, "Haaaaa, Wawa kau lepas tak jalan tu??"
Jalan kat mall, orang pandang atas bawah macam nak mintak kaki.
Jumpa kawan, "Banyaknye spare tire kau..."
Haaaa. Ni antaranya. Banyak lagi sebenarnye. Sedih tau. Aku tau korang mesti cakap, 'Laaaa best la kurus, kitorang ni berusaha nak kurus tau.' Tapi percayalah bila korang dah kurus, orang ngate jugak dah korang akan rasa down. Haaaa. aku tulis ni sebab aku dah sentap plus makan ulam jantung pisang dah ni. Kalau aku hati batu, takde makne aku nak citer kurus gemok ni.
Tapi apa-apa pun, aku try jugak usaha naikkan dua tiga kilo dalam sebulan dua ni. Tapi bila timbang, macam tu jugak. Sobs!