Thursday, January 17, 2013

Kurus vs Gemok~

Kemain tajuk kan. Hehehe. Ok ni bukan nak citer pasal orang lain, ni pasal aku sendiri. Aku dulu masa zaman sekolah kurus. Alaaaa biasalah bebudak remaja gitu kan. Masa tu, makan banyak pun, badan maintain je. Gittew. Habis sekolah, aku dapat masuk PLKN 3 bulan. Dalam masa 3 bulan tu, aku berjaya menaikkan berat badan yang gila kaw kaw punya! Sebab? Makanan kat sana best gila weyh! 6 kali sehari kot makan. Masa tu orang kata aku gemok, aku taknak percaya. Aku perasan aku dah gemok bila aku nak pakai jeans masa last day PLKN. Seluar tu aku tak boleh nak pakai sebab sangkut kat atas lutut siket. Bukan kat pinggul okey. Haaaaa giler gemok aku dulu. Masa aku balik dari PLKN, semua tak kenal aku. Sobsobs! Yelah, dah la gemok, hitam pulak tu, dah hitam, jerawat satu muka naik. Time tu aku tak kesah sangat. Tak pandai nak jaga-jaga muka bagai ni. Lelame kulit tu kembali la ke kulit asal kan. Tapi amek masa lah.

Masuk matrik, time tu jumpa kawan-kawan baru, So dorang semua nampak aku yang chubby ni. Bukan wawa yang kurus melidi time zaman-zaman sekolah dulu. Tapi time tu, bila jumpa bebudak sekolah, semua terkejut lah tengok badan aku cenggitu kan. Dalam masa setahun kat matrik tu, memang aku diet lah. Time tu mana ada fellina inchloss, acai berry lah, aku diet sendiri je. Makan nasi siket dengan sup je. Kekadang tak sentuh nasi dalam seminggu. Memang aku jaga makan time tu. Masuk UKM, aku dah berjaya pakai baju size S balik. Time tu bebudak PLKN dengan Matrik pulak pelik tengok aku dah kurus. Huahuahua~

Bila pregnant, badan aku naik giler babeng punya! 25k weyh. Time pregnant aku selalu kira camni,
Baby - 3kg
Uri - 1kg
Air ketuban - 5kg
Air dalam badan - 5kg
Lemak yang kena buang - Balance lepas tolak tolak yang kat atas tu.
Haaaa. Kemain lagi mengira kan. Hahahaha~

Sekali bila dah bersalin, rupanye badan aku lagi mengecik dari dulu. Dah mana aku tau lemak-lemak tu ilang kat mana. Yang dorang duk perli-perli aku tak bahagia la, itu la ini la kenapa kan. Adoiiii. Manusia. Aku lestik mulut tu baru tau.

Aku dah merasa jadi gemok dan kurus. Kau tau bila gemok, orang tak puas hati. Bila kurus pun orang tak puas hati. Ada je mulut dok pok pek pok pek ngata aku. Sakit hati gak kekadang kan. Tapi tengok jugak siapa yang ngate, kalau setakat member kamcing, takde makne nak sentap-sentap. Tapi kalau orang tu baru aku kenal, woahhhh! Rasa darah naik kat muka macam nak tampar lelaju mulut itu orang. Tapi yang best tu, orang yang ngate aku tu badannye bukan cantik macam model pun. Hohhh!!

Bila kurus, 
"Wey kau ni kerempeng sangatlah. Cuba naikkan siket berat badan tu.",
"Kurus lah kau ni. Macam tak bahagia je. Macam ada masalah je." 
"Laki bukan suka pompuan kurus sangat, tulang je. Tak sedap nak peluk."


Bila gemok,
Lalu dekat tempat parking kereta, "Haaaaa, Wawa kau lepas tak jalan tu??" 
Jalan kat mall, orang pandang atas bawah macam nak mintak kaki.
Jumpa kawan, "Banyaknye spare tire kau..."

Haaaa. Ni antaranya. Banyak lagi sebenarnye. Sedih tau. Aku tau korang mesti cakap, 'Laaaa best la kurus, kitorang ni berusaha nak kurus tau.' Tapi percayalah bila korang dah kurus, orang ngate jugak dah korang akan rasa down. Haaaa. aku tulis ni sebab aku dah sentap plus makan ulam jantung pisang dah ni. Kalau aku hati batu, takde makne aku nak citer kurus gemok ni.

Tapi apa-apa pun, aku try jugak usaha naikkan dua tiga kilo dalam sebulan dua ni. Tapi bila timbang, macam tu jugak. Sobs! 

12 comments:

  1. meh amik lemak momycha sikit. nak kerrr? pastu amik lah sekali aura baby jugak. kasik naila baby boy pulak pasni. ada kawan :)

    ReplyDelete
  2. mulut org wa, mmg xleh nak tutup, gemuk pun ssh, kurus pun ssh... bajet diri dia tu perfect sgt... takpun bak kate mommy cha tu kasi naila adik..sbb time prggy kn berat wa naik...hahahhahaha..leh geng lagi anak kita nnt...

    ReplyDelete
  3. haha.. ciknaa gemok tak penah kurus pun..gasak la org nak kate ape pun ada aku kesah? huhu.. yg penting ai subur.. boleh gitu? hahaha..

    ReplyDelete
  4. same je...dah kurus pn org dok ngata..gemuk pn ngata gak....huhu

    ReplyDelete
  5. hahaha..kurus ke, gemuk ke, asal bahagia sudah kannn, byk nor komen org ni. kurus laki tak suke? tu laki ko, laki aku suke je..ngehehe, lain org lain selera. berat sye 45kg, dh mkn byk, begitu juga dia, malas dah nak fikir, pregnant 2014 kang naik la balik dia :) pastu suamiku sesak napas tgk isteri kemain bulat boleh buat bola..ngahaha

    ReplyDelete
  6. i pon penah dari kurus ke gemuk dan kurus balik...biasalah bila dah kawen ne suka lah mulut orang buat andaian macam2 kan...rasa nak maki je!tapi apa boleh buat lumrah hidup macam tu...sabarlah wawa oiii.Kita luah kt blog sendiri je...senang...sape nak sentap sentaplah...i x kisah....gitteeewww.

    ReplyDelete
  7. ekin nie lepas bersalin, barulah x brape nak kurus
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. kurus susah, gemuk pun susah..tapi sekarang ni tengah susah ati sebab berat dah tahap overweight..huhuhu.. selera makan tak boleh nak control..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. i pulak tak pernah merasa jd kurus..dari dulu chubby n berisi sket..teringin gak nk jd selim melim..hot gitu..hihi

    ReplyDelete
  10. almk wawa mcm same je, zmn sekolah dlu kita tembun. sekali dah kawen dah beranak makin mengecik. dah tu ramai la komplen hidup x bahagia. mmg nak kena cili2 je mulut tu khen.. geram toi

    ReplyDelete
  11. wawa...kalo duk dalam dua keadaan tuh jwab je cm nih...."Ada aku kisah!" haaaa ko pasnih sah org tuh tobat x perli ko lagi wawa...aku penah gak jd cm ko gak...so aku jwb cengitu...bukan nada tinggi lah...tp nada manja gituk...wahhh ko ngajar org ahahhaha...so sah org tuh malu sendiri hahahha sibuk jga keliling pinggang kita huhuhu

    ReplyDelete
  12. best betul dalam usaha nak naikkan berat badan. erna? dok risau nak turunkan berat badan. huhu..tapikan, bila dha kawen dah beranak ni, erna rasa..berat erna ok. maintain. tapi badan x berapa nak macam anak dara. tapi memang la x boleh nak macam anak dara kan kan. dah berlaki. dah beranak pulak tu. suami cakap..ok dah ni..sesuai dah dengan anak 1.kalau anak 2 3 4? macam mana pulak rupanya? huhuhu

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates