Meh klik kejap~

Wednesday, January 16, 2013

Annaila : 9 bulan~

Eh eh. Bulan ni tak update pun pasal budak kecik tu kan. Budak kecik tu dah 9 bulan. Dia punya perangai memang banyak betul follow perangai aku. Hohhhh. Sangat tak bagus! Baru nak fefeeling dapat anak yang lemah lembut macam daddy nye. Sekali kasar rupanya anak dara ni. Takpe, 'melentur buluh dari rebungnye???'. Tapi kena daddy yang ajar, aku ajar kang lain pulak jadinye. Huahuahua~

Okeh okeh budak kecik sekarang dah boleh berdiri lepas tangan. Tapi beberapa saat je lah. Woahhh! Tak sabar nak tunggu dia berdiri pandang aku pastu pok amai-amai. Mesti comelllll je! Tapi kalau dah berlari, mesti tak comel dah. Hahaha. Penat aku nak kejar dia nanti. Lagi satu bila dia berdiri, aku suka lepas tangan Naila kekonon nak suruh dia berdiri. Tapi nanti Naila mesti nangis. Hihihi! Pastu dari berdiri dah pandai duduk slow-slow kekadang mencangkung. Duduk pun dah pandai duduk katak. Kalau dulu nak duduk kaki mesti menjulur ke depan. Bab memanjat, memang tak boleh buat ape dah. Tangga kat umah mak aku tu memang sampai ke atas dia manjat. 

Kalau berdukung dah pandai lentik badan nak turun. Kalau dah lentik badan tu, memang tak boleh buat apa. Kena jugak lepaskan dia. Haaaa. Kalau pergi mall, lagi dia buat perangai. Taknak berdukung, nak turun. Bila dah turun tu taknak kita pegang, die nak merangkak satu mall tu. Grrrrr!! Kau bayangkan kalau dia dah pandai berlari nanti, agak-agak cemana eyh?? Memang aku tinggalkan dia kat umah parent atau mertua aku. Bahaya dah kalau bawak jugak.

Suka campak barang ke bawah. Bagi botol susu, campak. bagi mainan, campak. Bagi tu, campak. Bagi ni, campak. Apa pun tak boleh. Bila dia campak tu nampak macam kepuasan bagi dia. Boleh??? Last-last aku simpan barang semua, taktau nak buat apa, Naila pun tepuk tangan tetiba. Aku pun kena la layan dia nyanyi pok amai amai pulak.

Pandai tiru apa kita buat. Kalau aku cakap, "Annaila! Takmo!!" sambil geleng kepala. Dia pun sibok geleng kepala. Bukan kepala je die geleng, dengan badan-badan die gelek. Bikin aku gelak je tengok perangai dia. Dah pandai jugak guna jari telunjuk untuk menunjuk. Sangat suka tengok gambar family aku. Ada sekali tu, dia tunjuk gambar adik aku, pastu pandang adik aku sambil nunjuk. Pastu tunjuk gambar opah dia pulak dan pandang opah dia sambil nunjuk. Bila tok nye tanye, "tok mana? tok mana??" dengan selamba Naila tak layan dah. Hahahaha. Ngade tau Naila ni!

Wohoooo. Annaila dah ada 3 batang gigi! Nampak kelakau bile ade 3 batang je. Hahaha. Ok la tiga pun tiga lah. Suka buat gigitan mesra kat aku. Sakit hokey. Mommy yang pernah kena gigit mesti tau apa rasa die. Tapi dengan daddy, Naila tak pernah gigit tau. Geram! Sebab bila aku menjerit kena gigit, daddy Naila mesti tanya 'sakit ke??'. Time tu suruh Naila gigit daddy, takmo pulak. Grrrrr!

Makanan Naila pulak, tak main dah bubur-bubur, caralec, biskut. Dia tolak mentah-mentah. Geli kononnye. Choiii! Sekarang masak nasi biase pastu buat lauk atau sup untuk dia. Baru berselera je dia makan. Haih~ Anak....Anak....Jadi pepagi tu, memang aku tak memasak la untuk die hantar ke pengasuh sebab pengasuh sendiri cakap dia akan masakkan makanan untuk Naila. 

Hahhhh. Apa lagi nak update pasal budak kecik tu. Itu je kot. Hihihi. Eh eh pasal nak ada baby tu, nanti dulu sebab nak cari kerja lain. Hahaha. Kang dah pregnant, susah lak cari kerja baru. :p

Annaila dah pandai minum pakai straw... Eh eh oren nyeeeee air tu.... hahaha...bagi siket je sebenarnye....Nak testing...lalalala~
Makin manjaaaaaa! hohhhh...penat mama awak ni tau!
ni dalam masjid....gilir semayang dengan daddy sebab Naila ni dah pandai merayap....

14 comments:

  1. hai... wawa.. naila selalu demam ke..?
    kecian dia kan...

    cuba bagi naila makan suplement scott's emulsion yang ade tulis cucumer(betul ke spelling) ade perisa oren dan stawberry...

    Damia alhamdulillah last dia demam masa umur dia 6 bulan...

    ReplyDelete
  2. mikha pon dah minum pakai straw dlm botol boboiboi hahaha. nanti nak kasi air ribena plak kihkihkih!
    boley gitew...amboi comei eh naila ni. cubit kanggg!

    ReplyDelete
  3. Weee..lasaknya naila...heheh...belum berjalan lagi..kalau dah berjalan..penat la mama dia nak kejar dia..leh kurus lagi cmni.hehe

    ReplyDelete
  4. lor adik naila tunda dulu ke, baru nk bodek naila, klu naila cpat jalan, mama bagi naila hadiah adik 2 org terus..hehe

    ReplyDelete
  5. Usia macam ini kalau solat dlm masjid memang kena bergilir kalau tak entah sampai mana dia merangkak. Cerdik dah:)

    ReplyDelete
  6. waaaahhh, naila dh makin melasak yek..makin kurus la mama dia nnat yek... ape2 pun semoga naila membesar dgn sihat yek...takmo sakit n demam2 lg tau,...

    ReplyDelete
  7. comel r dia.. kelakar sgt bab dia tunjuk gambar.. nasib dia xcakapm, "tok xder dlm gmbr".. hahaha..

    ReplyDelete
  8. hai naila, nak ngorat boleh? <--- farish cakap

    aktif jugak naila ni ek? tapi syoknye lahai tgk anak dh boleh berdiri...lepas ni semput la mommy nak kejar

    ReplyDelete
  9. wahhh..dah macam2 eh naila leh buat..cepat..cerdik!!! hannani pun kalau kat mall..xleh duk diam..kene jalannnnnnnnn jer..kalau bhenti jap..nk tgk barang..mesti dia lentikkan badan nak turun..bila jalan..baru diam..adeii..xleh nk brenti rest kejap...hahaha..

    ReplyDelete
  10. haih bl la nk nengok razin merangkak cam naila ni..

    ReplyDelete
  11. comeyyy ye dia dh pandai minum dlm straw hehhe...pandai merayap time umi dan walid nak solat ye hehhehe...;)

    ReplyDelete
  12. budak besar ni mmg wa.. melasak.. tp elok budak lasak ni, bijak...

    ReplyDelete
  13. annaila lagi advance daripada iman..bukan main banyak ragam dan sweet je kan aunty erna ni baca pasal awak..semoga naila membesar sihat dan makin hari makin comel! :)

    ReplyDelete