Meh klik kejap~

Tuesday, October 30, 2012

Annaila : 7 bulan dah anak aku~

Esok Annaila nak masuk 7 bulan. Tik tok tik tok! Aku rasa sebulan ni macam masa terlalu cepat. Sedar-sedar, "eh Annaila nak masuk 7 bulan la. Kejap giler!" Dalam sebulan ni pulak macam-macam perangai dia buat. 

Bila menangis tu dah start ada "emmmm.....mama". Daddy Naila perasan terus cakap kat aku. Aku pun seksited lebih siket la. Omegod, anak aku panggil nama aku. Omegod. Omegod. Dan daddy Naila termenung sambil memegang kepala dengan membuat mimik muka sadis. Kahkahkah. Bajet Annaila akan panggil daddy dulu, kesiannnnnnn. Kan! Good Annaila! Tak sia-sia mama meneran untuk keluarkan awak. Lalala~

Annaila start 6 bulan baru lah pandai menyusur. Sekarang nak masuk 7 bulan dia dah boleh menyusur dengan cekap tp takde la laju mana pun. Kalau ada benda yang die nak terkam, baru lah ke depan. Kalau mama nye dok tepuk-tepuk tangan suruh bergerak, haram nak bergerak. Seinci pun takdak. 

Lagi, Annaila dah start menonggekkan buntut tanda untuk merangkak. Mungkin! Dan dah start nak memanjat. Mungkin jugak! Sebab kalau dia dapat pegang peha aku, memang sedaya upaya la angkat badan untuk bangun. Aigoooo! Segala perhiasan berunsurkan renda atau kain-kain akan di buang ke dalam stor. Hari tu pun, kemain seronok die tarik alas meja makan. Sipi lagi bekas air nak jatuh. Fuh semangat!

Dah start kenal mama daddy dan orang sekeliling. Bila orang luar ambik, terus "ehekk ehekk ehekkkk." Sambil pandang mama dan daddy mintak ambik. Bila nampak family aku dan family mertua, senyum takyah cakap la. Siap lompat-lompat lagi. Mentang la ramai orang suka layan dia. Nanti dah ada adik atau sepupu, Annaila tak dilayan sangat dah. Hihihi. Dah besar, sape nak main dengan awak. :p

Sekarang bila nampak botol susu, dah pandai ambik sendiri dan cuba masukkan dalam mulut. Comel gila kot! Ada sekali tu, aku tengah masakkan bubur untuk dia. Agaknya Annaila pun tengah tengah lapar sangat, menyusur sedaya upaya ambik botol susu kosong dan masukkan dalam mulut. Dan macam biasa, aku dengar daddy Naila jerit dan datang kat aku cakap, "Kesian Naila, lapar sangat bla bla bla." Cerita pasal Naila la.

Dan yes! Annaila sangat manja dengan aku walaupun kekadang aku macam singa betina yang akan menerkam mangsanya bila-bila masa. Hahahaha. Daddy Naila mesti cakap, "kenapa Annaila taknak daddy. Daddy kan ada." Annaila pun jawab, "Tapi memalam mama yang peluk Naila, Naila tido bawah ketiak mama bukan ketiak daddy." Haaaaa. Tu lah jawapan Naila kat daddy die. Huahuahua!

Hari ni gambar tak banyak, cerita plak panjang. Mama terlebih excited! :p


11 comments:

  1. Cepat je masa berlalu. Naila mkin comel. ^_^

    ReplyDelete
  2. Jelesnya dgn naila.. aqil terror 'berenang setempat' je wpun da 6 bulan

    ReplyDelete
  3. Naila comeyyy...cpt2 mrangkak cayang...hehe

    ReplyDelete
  4. lahai nii nak suh anak belajar panggil mummy die awal2 ni..hehe..bg ayah dia jeles

    ReplyDelete
  5. ikut "copy paste" muka mama dia sejibik :)
    nomei nyerr!

    ReplyDelete
  6. naila selang beberapa hari je dengan iman. selang sehari je..perkembangan lebih kurang. Cuma iman memang berat montot untuk gerak-gerak buat masa ni.huhuhu

    ReplyDelete
  7. pandai da naila... pasni g kejar pasu2 mama tu... macam hafidh da pandai pecahkan pasu.

    ReplyDelete
  8. huwaaaa naila dah 7 bulan..sekejap nya masa berlalu...makin comel naila mcm uminya :)

    ReplyDelete
  9. kak wawa, leh x kasi email add.pls2 :)

    ReplyDelete