Meh klik kejap~

Monday, October 8, 2012

Annaila : 6 bulan~

Hi mommies! Lama tak update. Busy menggila last week. Sebab boss nak pergi Egypt, maka aku kena settle kan banyak hal kat office. Yang sempat bukak and komen, group Gojes Mommy tu je lah. Hahaha.

Annaila dah 6 bulan sekarang. Rasa sekejap je kan? Dan aku sure mesti kebanyakan mommies paling suka bila anak dah masuk 6 bulan sebab time macam ni lah budak kecil dah tunjuk macam-macam perangai! Bila aku tengok Annaila mase kecik-kecik dulu rasa macam, 'awat kelakar sangat muka anak aku ni.' hahaha. Alah biasalah, budak kecil baru lahir memamg tak berape nak comel (bagi aku lah) sebab die kurus, tak tembam, tak pandai senyum, suka pejam mata je.  Sekarang ni, sedap betul mencubit! Dulu nak cubit takut sebab fikir kulit dia ni nipis lagi, kang cubit terkoyak pulak. So kalau geram, aku cium je la kuat-kuat. Haha.

Ok budak kecil 6 bulan tu still meniarap tapi dah boleh pusing 360' untuk cari mama dia ni. Kalau tak cari, takde makna nak saja-saja pusing. Tapi tak boleh nak gerak ke depan dan ke belakang. Bila letak barang kat depan suruh begerak akan cuba beberapa saat, pastu melalak gila-gila! Haiya, anak orang dah laju mengemop lantai, Annaila pula sibuk menghentak-hentak kaki. Mam besar la konon?

Dah start nak melekat je dengan mama dia ni. Kalau hantar rumah mil pagi-pagi, dia akan peluk aku taknak lepas. Selalu klu orang depa tangan, laju je nak dapat orang. Ni dah pandai paling-paling muka sekarang kalau orang lain nak ambil dia. Lepas balik kerja, nak ambil dia paling seronok sebab bila Annaila nampak mama dia ni, terus terkinja-kinja nak dapat aku. Terasa macam 'oh anakku'. Hahahaha! Geli tau mama ni nak jiwang-jiwang. Dulu rasa biasa-biasa je kalau nak ambil dia. Mungkin sebab time tu kalau aku balik, dia buat dono je. Tu yang aku pun buat dono juga. Kahkah!

Makin banyak mulut! Pok pek pok pek! Dulu takde la bising sangat. Sekarang kalau tak lawan cakap pun, tiba-tiba je dia gelak sesorang. Kalau dia main walker, dengar bunyi lagu dari walker pun dah boleh sengih-sengih.

Tapi dah masuk 6 bulan ni, satu je peel dia buat orang letih sikit. Tidur sekejap sangat. Dia caj batteri je, naik bar sikit terus bangun ajak main. Haaaa. Ni payah sikit la untuk orang lain. Siang tu, jenuh la adik ipar aku jaga dia. Hihi. Takpe, nampak dia happy kat situ okey la kan. Tapi waktu malam, macam biasa dia tidur pukul 8 atau 9. Pukul 10 dia bangun, senyum-senyum ajak main. Yang aku dah weng-weng. Last daddy main dengan Annaila sampai pukul 1 pagi, pastu baru aku tidurkan dia. Hahaha.

Bila Naila terbangun tengah malam, dia akan usha mama dan daddy dia. Kalau dia nampak salah sorang buka mata, tiba-tiba je dia menangis macam kena pukul. Padahal masa aku buka mata sikit-sikit tu, okey je dia. Nampak sangat nak perhatian lebih. Memang confirm tak boleh ada adik awal-awal. Apakah? Hihi. 

Aku dapat rasa 2 - 3 bulan lagi, rumah kitorang habis berselerak Naila kerjakan. Sekarang ni kalau naik walker, dia suka tarik langsir *ok takda effect apa-apa lagi.*, suka tarik alas TV sampai senget-senget TV *mungkin kena gantung balik TV tu?*, berjaya patahkan frame gambar yang di letak atas TV, cuba buka laci meja konsol *belum berjaya lagi sebab tak pandai nak tarik keluar*, suka tarik baju yang belum dilipat, tangan semakin cekap mengambil barang atas meja *lagi suka kalau ada air tumpah pastu dia tepuk-tepuk air tu sambil sengih*

Dah pandai nak bye-bye orang walaupun macam bye-bye kat diri sendiri. Bila nyanyi lagu 'cekur udang gamit,' automatik tangan genggam-genggam. Pasni nak ajar dia salam orang pula. Yeay! Anak aku dah besar. *macam anak orang lain tak besar kan kau nak bega-bega cenggini.*

Dan aku rase benda yang paling comel dia buat skang muka busyuk! tersengih dengan muka penyek sambil menunjukkan kedua gusi dia. aku rase, omegoddddd comel gila anak aku. hahaha! lantak la, anak aku. aku nak kata jugak comel! kahkahkah!




19 comments:

  1. Comel nama an-naila :) hehhehe..

    Dh follow..salam pkenalan...

    ReplyDelete
  2. sebaya la anak kita..memang skang ni diorang asyik nak main je.. nk kena ngadap je kan

    ReplyDelete
  3. wahhh dah besar yek annaila...daaliyaa next week cukup 6 bulan..skrg tgh nk buat persediaan solid food dia....eee makin comel la budak nie..gerammm

    ReplyDelete
  4. naila memang super comel... :D
    wawa... jgn ckp rumah ko je sepah.. rumah aku pun sama... abis sume di selongkarnya. mummy dia plak rajin sangat nak ngemas...:D
    kena belajar kemas umah dari aty la... :D

    ReplyDelete
  5. pic last kiut giler..ok naila dah leh makan yeay

    ReplyDelete
  6. Yeay,hapy 6monthsary annaila..
    Bestnya da bole mamam,yaya kna tgu 21hb nie da bole mamam gak..:-)

    ReplyDelete
  7. naila sentiasa gebuuuu...!!! :) anak aty lagi seminggu lebih nak masuk 6 bulan..yaaeyy..memang macam perangai kan sekarang nih...sama macam naila..qaleef suker main langsir jugak..!!! risau runtuh jer langsir aty tu..hahaha...
    lepas tu..memang nayak main sekarang...tido sikit..memang penat gak ar nak hadap die..huhu

    ReplyDelete
  8. sekejap masa berlalu, dah 6bulan. tambah comei dak ni :)

    ReplyDelete
  9. hahaha. sama macam ira...suke puji cakap anak sendiri comel...alar, peduli ape orang nak kata, asalkan kite tau anak kite memang comel :)

    ReplyDelete
  10. hahaha...comel annaila..nak perhatian yer..hihi...adik???? mama sabar dulu yer..kihkih..annaila xpuas manja lagik...tapi mmg betul wawa..beby nie makin naik bulan..makin byk peel dia..hihihi..kalau hannani..skang nie..xleh duk diam langsung..asyik merangkak..diam2 masa minum susu n tdo jer..phewww..

    ReplyDelete
  11. yeay! kejap je dh 6bulan kan? razin lg 2mggu.. hehe.

    ReplyDelete
  12. Wawa, mcm mana nak join gojes mommy tu?

    ReplyDelete