Meh klik kejap~

Wednesday, October 17, 2012

Gathering Gojes blogger supermom & baby~!

Toink! Toink! Sebelum memulakan kerja curik masa sikit untuk update.

Ahad lepas........apa aku nak tulis ni. Dah kelam kabut cenggini mula lah taktau nak karang ayat. Haha. Cincai la eh.

Kitorang sampai tasik titiwangsa tu lewat setengah jam. Annaila la sedap sangat tidur kat rumah. Tak sampai hati nak kejut. *salahkan anak pulak, padahal.........* Sampai tasik titiwangsa duk pusing-pusing cari Restoran Nelayan tapi tak jumpa-jumpa. Rupanya restoran nelayan tu dah tutup, patutlah. Kau pusing beribu kali pun takkan jumpa. Pastu tetbe dapat mesej dari, *errrrr lupe pulak nak tanya siapa* tukar lokasi ke Festival Mall sebab awan mendung yang berarak dengan gelap, tunggu masa je nak hujan. Tapi dusta je semata sebab tak hujan pun. Hihi. Tapi aku kompius betul mana dorang dapat no phone aku. Rasa macam tak letak bersepah-sepah. Haha. Tp kalau dorang tak mesej alamat memang tak jumpa lah sebab daddy Naila nak lepak kat tasik titiwangsa tu je. Sebaek la mama ni buat muncung itik, baru lah daddy bawak. Hihi. :D 

Puas pusing kat tasik titiwangsa, kita pusing pulak kat dalam Festival Mall cari parking. Kemain susah lagi cari parking kat sinun. Berkat doa Annaila, dapat gak la parking kat situ. Dah dapat parking, mesej dorang tanya nak jumpa kat mana. Punya lama aku tunggu dorang reply, aku rasa kes susah dapat parking gak kot. Pastu baru la dapat mesej 'jumpa kat ayam penyet.'

Sampai Ayam Penyet tengok dah penuh parking stroller memasing. Dan ketemuan la dengan mommy leenda dan asyraf, mommy anis sama airiell, mommy ciknaa sama razin dan last sekali baru la kak mimi muncul bersama si Fayel ni. Dulu mase Annaila tak lahir lagi suka tengok muka Fayel sbb muka Fayel tak macam baby baru lahir. Muka mat salleh sangat. Hiks!

Dah kalau mak-mak jumpa, cerita pasal anak dan pengalaman sendiri je la kan. Bosan? Korang bosan tak baca blog-blog orang cerita pasal anak ni. *haip! siapa yang bosan pi dok jauh-jauh.* Seronok kan baca cerita dorang. Tapi lagi best dengar dari mulut tuan punya blog! Macam-macam kita boleh kongsi dan yang paling penting en suami join dengar juga. Barulah paham isi hati limpa kita cemana. 

Bila dah pok pek sana sini, nak order makan pun sampai setengah jam. Hahaha. Sebab aku lapar, aku duk usha kertas order tu berpass-pass. Dorang bersembang pun aku tak dengar sangat. Kahkah! Keji tau mommy Naila sorang ni. Sampai makanan pulak, kitorang laki bini tak mampu nengok makanan terhidang cenggitu je. Setelah mendapat keizinan dari yang dipertua bla bla bla, kitorang pun makan la dengan rakus. Tapi memang terbaik la budak-budak kecik ni, time mak bapak dorang nak makan la dorang dengan senang hati tido dengan lena. Tapi abang-abang *Fayel & Asyraf* nak tunjuk perangai memasing. Hihi. Comel gilak budak dua orang tu. Muka dah la sejibik sejibam masing-masing. Kot kalau tukar mak bapak, agak-agak memasing boleh terima ke? *suka suki kau je nak tukar anak orang kan!*

Dah penat gila, sesi ambil gambar pulak. Penat tapi seronok. Sumpah tak tipu. So siapa-siapa yang free 4hb 11 ni, jom la join kat Shah Alam pulak! Leh kita merapatkan silaturrahim. Tak kisah la yang belum ada baby, baby dalam perut, yang anak dah berderet siap lari sana lari sini. Jom kite ramai-ramai yuk! *kemain ajak, kot last-last aku tak dapat pergi. kihkih.*

Tetbe terase cam panjangnya entry ni. Tadi cam takde idea sangat. Hahaha. Sorry la kengkawan. Baca lah sampai muntah ye. Bye! ;D

Sesi gojes blogger supermom & baby bergambar sakan~
Boleh masuk nasyid dah ni.
Daddy-daddy pulak nak bergaya sakan. Daddy razin next gathering, InsyaAllah~

7 comments:

  1. wawa..anis msj wawa..msg2 xd no fon wawa..gigih anis on9 msk kt page mum naila...amek no pong kt c2...dh bebisnes..kompom2 ltk no pong kan..hehe...

    ReplyDelete
  2. seronoknya uolls berghatering..^_^

    ReplyDelete
  3. hehhe..dalam pada takde idea tu kan..ha berperenggan jugak lah entry ni kan..
    errrr..tak lepas nak masuk nasyid tu..baju lengan pendek..aiyakkkk..

    ReplyDelete
  4. lari topik eh...Wawa awak lawa macam model..Annalia dah besar cantik macam mommy dia...terpegun akak nengok awak tau...ok bye..

    ReplyDelete
  5. salam kenal,

    erm..... restoran nelayan kat tasik tu tutup yerk, lama dah x dtg situ.. huhu

    ReplyDelete
  6. comel la mak orang ni... untung hubby u. done follow u - Noob

    ReplyDelete
  7. Ler dah tutup ke restoren nelayan tu. COmel eh baby u...

    ReplyDelete