Thursday, November 29, 2012

Gegula zaman dulu~

Tadi lunch dengan daddy Naila kat ayamas Bangi. Pastu tetbe jumpe gegula ni. Mase kecik-kecik dulu suka gila gegula ni sebab die ade serbuk. Serbuk tu dijilat sampai licin la. Betapa sedap dan jakunnye dulu masa kecik-kecik. 

Sekarang bila makan, errrrrr, boleh la. Takde la sedap mana pun. Agaknye kecik-kecik dulu susah kot nak makan menda-menda cenggini. Ada sekali tu, mak suruh beli GULA MERAH singgit, aku dengan keyakinan yang sangat tinggi beli GULA-GULA MERAH singgit.  Balik rumah kena marah. Sobsobss!

Wednesday, November 28, 2012

Langkawi 2012 : Bajet 4hari 3malam~

Sekarang duk sibok citer Air Asia wat promosi 11 sen tu kan! Tetbe aku pun nak nyelit siket walaupun takde kaitan dengan promosi 11 sen tu.

Kami akan bercuti di Langkawi 4 hari 3 malam di Langkawi start 8hb Dec 12 - 11hb Dec 2012. Tiket Air Asia dah dibeli lama masa Annaila masih dalam perut. Masa tu tengah ada promosi. Tapi takde lah gila macam promosi sekarang, 11 SEN! Masa tengah promosi tu kitorang dapat la harga RM232.00 untuk 2 orang perjalan pergi balik. Murah ke tak, aku taktau. Sekarang ni baru terkedek-kedek cari tiket Annaila. Untuk baby, memang takde nak promo-promo punye. Harga tiket RM100.00 untuk pergi balik. 

Untuk percutian di Langkawi ni,  aku melantik diri aku sebagai menteri kewangan rumah tangga DollyDonut~ Sebab aku taknak percutian kali ni macam percutian kat Krabi dulu. Baru jejak Krabi dalam setengah jam dah kena tipu. Duit melayang. Nak citer panjang, aku pun dah lupa. Tapi biarlah percutian kat Langkawi ni mengikut bajet dan plan yang aku buat. Nampak macam Queen Control! Haaaa daripada duit melayang dan percutian jadi hampeh, baik aku jadi Queen Control kejap. Bhahahaha~ 

Seriously, 2 minggu sebelum gerak g Langkawi, aku google sana sini pasal Langkawi. Aku cari kereta sewa murah, Hotel murah, Restoran murah, tempat shopping yang murah. Segala-galanya aku nak MURAH!! Eh aku rasa semua orang suka mende murah kan!

Aku gak dah bersedia mental fizikal sebab kekadang apa yang kita plan ni, mesti ada je yang tak boleh ikut. Contoh Annaila meragam ke tengah syok-syok berjimba, hujan masa nak naik cable car ke, apa-apa lah kan. Takpelah yang penting planning kena ada. Kalau takde, tu jadi macam kes Krabi dulu. Neyhi....Neyhi.... 

Bajet 4hari 3malam di Langkawi tak termasuk tiket Air Asia:

Kereta sewa + Minyak = RM300.00
Penginapan = RM400.00
Cenderamata = RM450.00
Makan = RM200.00
Tempat menarik di Langkawi = RM200.00
TOTAL = RM1,550.00

Still mahal! Kalau dah duduk kat sana sampai 4hari 3malam, time cuti sekolah pulak tu memang cenggitu lah bajet die. Yang paling mahal Cenderamata <---- ntah apa nak beli sampai RM450.00 dibajetnye. Dasar pompuan!

Haaaa. Sape nak kirim cekelat, kain batik, gamat, meh aku tolong belikan. Tapi jangan kirim pinggan mangkuk, sesungguhnya aku buta untuk tengok kecantikan pinggan mangkuk yang bunga-bunga ni. Lagi-lagi yang ada brand correle?cerelec??hahaha. Taktau apa nama pinggan mangkuk memahal tu. Tapi nak jugak rembat kalau ada yang murah. Almaklumla dah kawen ni guna pinggan mangkuk hadiah time kawen tu je. :p

Pssstttt! Tengah terfikir, nak bawak kanggaroo ke stroller utk Annaila? Kanggaroo mesti panas dan Naila akan meronta-ronta dalam tu. Stroller plak besar bagap kalau nak bawak! Hari tu terbaca blog Aty cerita pasal Buggy *eh betul ke buggy nama dia?*, Kak Mimi mommy Fayel tu pun guna buggy gak rasenye, macam menarik jeeeee. Tapi takkan nak beli semata-mata sebab Langkawi! Macam tak berbaloi jeeeeee.

Tuesday, November 27, 2012

Pureen Warehouse......lah sangat~

Minggu ni, semua duk pungpang citer pergi warehouse pureen tu. Jadi dengan ini aku pun nak jugak la bercerita pasal pureen. Huahuahua!

Kesah bermula pukul 5 ptg hari Sabtu baru terkedek-kedek keluar rumah untuk pergi warehouse pureen. Bajet macam dah tahu jalan padahal pestime nak pergi. Apa punya selenga la mama Naila neh! Menggunakan teknologi canggih konon boleh berjaya la sampai ke pureen tanpa ada masalah! Sekali teknologi yang canggih tu la bawak kitorang masuk bandar kinrara, puchong depan rumah orang. Apakah!??

Dah sesat, baru lah bukak map dari website pureen. Choiiii! Masa tu dah pukul 5.45 ptg. Tapi hati ni nak tabah sangat redah Pureen dan kononnya berfikiran, "Mesti dia tutup lewat sikit sebab ramai orang." Sampai warehouse tu pukul 6.15 ptg, berjalan kakilah kami laki bini sama Annaila menuju ke destinasi. Tengah jalan, terserempak dengan sorang brader ni sama bini dia yang tengah memboyot bawak pelastik bagai, dia cakap, "Dah tutup dah bang." Tapi nak bertabah jugakkan berjalan sampai depan pintu pureen tu. Bila pak guard tu cakap, "Dah tutup. Dah tutup." Otomatik muka aku jadi duck face! Sentap ok bila tempat dituju TUTUP! Mula la nak sumpah seranah Pureen padahal sendiri datang lewat. Hahaha. :p

Daddy Naila pujuk aku datang esok, tapi sebab aku nak sentap meroyan bagai, maka aku taknak pergi hari Ahad tu. Balik tu demand lak nak makan KFC. Kuciwa punya pasal. Pas dah siap makan KFC, daddy Naila nak balik rumah mama dia nak makan durian. Aku pun dah sejuk siket time tu layan kan aje lah.

Pastu aku pun taktau nak tutup entry ni camne. Dah habis cerita ni. Bye. :p
Annaila je yg cool. Tau nye nak makan, susu, tdo. 
sbb nak amek gambar, mama naila gedik cket nak wat muka ayu. :p

kesungguhan daddy naila memakan doyan. Si Naila nyibuk gak nak makan. Bg rase siket. :p






Thursday, November 22, 2012

Annaila : Penyelesaian dalam kereta~ Bolehkah???


Bila Annaila makin mengganas dalam kereta, taknak duduk diam. Kalau menangis, melalak boleh diterima pakai lagi dan aku boleh buat-buat tak dengar walaupun aku cam, "Diamlah Naila, Mama nak drive ni."  Tapi kalau dia dah berjaya berdiri sendiri, huagghhhhhhh, sangat menakutkan hokey! Dengan aku drive sesorang, manual pulak kereta aku, mahu aku break emergency!

Tengok masa die kecik-kecik, baik je duk diam dalam tu. Aku baringkan dia, diam sampai la umah. Sekarang???Takde maknenyeeeee weyh. Tali tu die tarik sampai die boleh berdiri pastu die senyum kat aku. Mahu pengsan mama dia ni!! Dan dulu muka dia comel je aku rasa. Sekarang, comot!!

Dan aku pun mulalah pikir idea-idea merepek untuk anak aku si cenonet Annaila.

So aku duk pikir, macam mana nak drive balik. Aku rasa sebulan dua lepas ni, memang budak kecik tu makin mengganas. Aku terpikir nak beli childcare mat, letak kat Annaila kat balakang. Pasti die tergolek-golek bila mama nye buat corner maut. Kahkahkah. Agak bahaya di situ, tapi akan dipertimbangkan.



Dan satu lagi aku nak beli ni. Tapi bukan untuk dia. Untuk aku pakai. Supaya kalau dia melalak kat belakang, aku tak dengar. Hahahahaha. *tak payah la nak kejam sangat.*


Ok fine, apa nak buat eh? Sebab aku rasa tak boleh nak drive sorang pasni. Annaila dah banyak akal. Macam-macam kerja dia nak buat. Tu baru berdiri. Aku rasa kan kalau aku guna childcare mat tu pun, dia akan belajar memanjat kerusi kereta tu untuk kacau aku kat depan atau dia akan cari lubang-lubang yang membolehkan die masukkan kepala dia dan senyum menggoda kat aku. Korang tak rasa ke?? Ataupun dia g main-main kepala aku sampai aku stress drive dan last-last aku gado dengan dia. Aghhhhhh! Kenapa tiba-tiba aku stress bila pikir apa Annaila akan buat kat aku.????


Wednesday, November 21, 2012

Annaila : Macam-macam hal~

Cerita dah lama tapi sebab mama Naila tercungap-cungap sikit bulan ni dengan bulan lepas, maka gambar duk tersimpan jadi pekasam. 
*
*
*
cerrrr tengok apa budak kecik ni buat.??


kita zoom bagi dekat siketttttttt.



yezzaaaaaa. sebaek bontot besar, jadi tersekat di situ. :p


mukaaa??maintain takde perasaan. hahahaha. ;p


Kejadian berlaku bila aku tengah mandi dan daddy Naila berada di luar bilik.

Errrrr. Sekarang nak tinggal Annaila atas katil. Tak boleh. Letak la bantal double triple pun, dia mampu memanjatnya. Bahaya dah budak kecik ni. Semalam dalam kereta tiba-tiba dia berdiri. Sebaek tengah lampu merah, last-last duduk atas peha aku je sambil drive. Grrrrrr. Tu pun sibok nak kacau mama dia drive.




Tuesday, November 20, 2012

Annaila : Cerita Demam~

Annaila demam Jumaat 2 minggu lepas meleret sampai hari Sabtu. Pagi Jumaat tu nak hantar rumah mak aku ok je, pukul 10 cenggitu mak aku call cakap Annaila demam panas. Aku nak balik serba salah sebab mood boss aku hari tu macam dinasour. Semua orang dia maki. Kang tak pasal-pasal aku pun kene maki. Jadi nak taknak tunggu je lah sampai pukul 12 tengah hari.

Sampai rumah, Annaila tunggu aku depan pagar. Comel gila. Hahahha. Mak aku cakap dari pukul 11 pagi, mata dia asek pandang pintu je macam tengah menunggu. So bila mak aku nampak kereta aku, terus bawak Naila keluar. Naila pulak bila nampak aku, alahai manjanyeeeeeeeee. Biasalah orang tengah demam. Kita dah besar bagap ni pun bila demam kemain gedik lagi kan. Time aku ada tu baru dia dapat tdo. Tu pun nak tdo kat dada aku. Baring bawah, neyhi...........neyhi.............Habis waktu lunch, terpakse diskus dengan daddy Naila dan akhirnya daddy Naila mengalah tak masuk office. Yelah kalau ikutkan aku memang taknak masuk office tapi dah mood boss macam nak makan orang, jadi pepandai la kan.

Kitorang bawak Annaila pergi klinik, macam biasa dapat ubat. Sebaiklah ubat tu Annaila nak telan walaupun dia buat muka pelik memula. Malam tu dalam pukul 3 pagi, Annaila bangun merengek, terus bangun. Check badan semua, panas gila. Cuak kot aku! Terus la lap-lap badan dia dengan air sejuk walaupun Annaila meradang sebab tak suka. Hihihi. Time tu memang mata panda sampai ke pagi weyh. Dia punya manja nak melekap dengan aku, kalau letak bawah je nangis, bila aku letak kat dada ke, lengan ke, baru dia diam boleh tidur. Tu pun tido ayam kot. Pukul 6, Daddy Naila bangun. Aku tanya, 'Dah puas tido kan?'. Dengan muka tak bersalah daddy naila geleng kepala. Sentap mak. Tapi sentap-sentap pun, aku mintak daddy naila jaga naila sebab aku nak tido. Sebaek cuti boleh tido dan pagi tu sebaek jugaklah panas Naila dah kurang, berkat aku berjaga malam bermata panda. Ehhh?? Lalalala~

Petang Sabtu Naila dah pulih sepenuhnya. Weheeee~! Dan paling sadis mama Naila jangkit dari Naila demam jugak. Dah la demam dari hari Sabtu lepas smpai hari Ahad (kelmarin), bukan 2 hari tapi 10 hari. 10 hari demam on off. Sekarang masih batuk-batuk. Cian mama Naila. Eh tetbe nak menyelit gak.

Sekarang musim demam kan. Kalau panas tu, hewhew nak masuk kereta memang tak larat. Pasang aircond pun macam tak jalan. Tapi bila dah hujan, sampai banjir sana sini. Haih~ Korang jagalah kesihatan memasing ye. Penat demam ni sebab takleh berjalan. Wah gitu. :p

anak mama mantok tak ckup tdo lg.
letak air asam jawa. org kata kurang panas. aku kata, sama jeeeee. hihi
pak arab mana lah ni. kakakaka
demam hari kedua. nak kebah dah time ni. :)

Monday, November 19, 2012

Hi Monday~ *sedut udara sejuk nyaman*

Ehem. Seminggu diam. Kali ni bukan busy plak. Tapi kan cuti. Blog pun gedik ikut bercuti sekali. Muahahaha. 

Baru nak karang entry di masa incik Boss keluar pergi site, pastu teringat iphone tertinggal kat rumah. Apelah makna karang entry takde gambar. Haaaa. Nak promote anak lettewww~! Miahahaha. 

Banyak nak cerita sebenarnye. Banyak GILAAAA kau. Tapi bila gambar takde, terbantut semua penceritaan. Cess!

- Annaila demam *Cerita sampingan aku pun demam. Hahaha. Nak jugak menyelit. Hambek!*
- Bercuti ke Kedah minggu lepas
- Pastu tetbe ada 2 cerita je. Tadi cakap banyak GILAAAAA. Kah kah kah. Takpe yang lain aku buat cerita sendiri. 
*
*
*
Hehehehehehehehehe. Boss takde. Kerja letak tepi dulu, lagi pun balik lewat hari ni. Kite berblogwalking dulu. Yehaaaaaa~!!



Sunday, November 11, 2012

Garangnye mak bapak aku dulu~

Mak korang ajar korang masa kecik-kecik dulu camne?

Mak aku sangat garang bila masuk bab mengajar anak. Aku rasa macam satu penyeksaan la dulu. Pernah gak terfikir, 'Aku ni anak angkat kot. Tu sebab mak asek nak marah je.' Sampai nak lari rumah gak la sebab kena marah je. Padahal umur belum masuk 12 tahun pun lagi time tu. Hahahaha. Tu zaman dulu. Sekarang bila mak aku ajar adik aku yang kecik umur 6 tahun tu, cenggitu gak. Memang cara mak aku ajar 'keras' gila! Sampai nangis teresak-esak la adik aku. Kalau aku ada, mesti aku gelak sebab dulu aku kena cenggitu gak. 

Bagi aku mak aku ni kalau garang bila kitorang malas nak belajar je. Memang singa betina la jawabnye. Takut weyh! Kalau dah mengamuk, almari pun boleh hancur dikejakan. Bapak aku pulak, dia hancurkan TV sebab kitorang melekat kat TV je. Hahaha. Tapi bukan bermakna cara dia ajar cenggitu. Kalau dah anak dia malas, taknak belajar, tengok TV sampai dah takde siaran tengah malam, kalau tak tengok TV kitorang main, tu yang boleh jadi amukan singa betina tu. Sebaik takde facebook zaman dulu kan. Kalau tak berapa kali tukar pc atau laptop agaknye? Cuba kalau jadi macam adik perempuan aku yang umur 12 tahun sekarang. Dari kecik suka belajar, so mak aku ajar dia pun boleh gelak-gelak, nampak macam happy family. Hahaha. Aku rasa adik perempuan aku tu je yang mak aku ajar ok. Yang lain sebab nakal sangat, takde makne la nak gelak-gelak bila belajar. 

Bunyi macam mendera anak. Bayangkanlah kalau suara mak kita tengah high pitching, tiba-tiba dengar suara anak teresak-esak sambil membaca buku, quran atau apa-apa lah. Tak rasa kesian ke? Kesian weyh. Tapi kalau tak buat macam tu, dah kompem kitorang ni taknak belajar. Main je laaaaaaaaa. Kecuali la kitorang ni jenis dengar cakap, rajin belajar, takde lah jadi kes 'penderaan'. Hahahaha~ 

Jaga anak ni susah. Cewahhhh. Cakap macam ada pengalaman je kan. Ok la kalau bukan pengalaman aku, pengalaman mak dan bapak aku. Dah besar ni, memang nampak la mak aku memang nak bagi semua terbaik kat anak-anak dia. Masa aku masuk sekolah reko (orang kata dulu sekolah tu zoo kajang sebab jahat sangat), mak aku usaha untuk tukarkan aku sekolah lain. Tapi sekolah lain taknak terima. Alaaa time tu result UPSR aku bukan teruk sangat. 3A. Teruk ke? Teruk ke? Hahahahha. At least ade gak A, bukan 3E. Lalalala. Erm apa lagi eh. Tetbe lak lupa kan. Tapi sebenarnye banyak la yang mak aku buat. Tapi bila mak dan bapak dah bagi didikan yang sewajarnya, anak-anak bila dah masuk sekolah terutama sekolah menengah, terpengaruh pulak dengan kengkawan. Pastu cakap mak bapak pun tak nak dengar dah. Kan kan. 

Bak kata bapak aku.
'Bila kita kecik-kecik, apa orang cakap semua salah, yang betul mak bapak kita.'

'Bila dah masuk alam persekolahan, apa mak bapak cakap semua salah, yang betul cikgu.'

'Bila dah masuk alam remaja (sek menengah), apa orang cakap semua salah, yang betul kawan-kawan'

'Bila dah masuk alam cinta cintun, semua orang cakap salah, yang betul boyfren/girlfriend'

Betul tak???Betul tak???? Tapi kalau korang tak macam kat atas ni, bagus lah. :)

Ok ni je bebelan di waktu pagi hari minggu~!
haaa. ni lah muka mak aku masa muda2. lembut je orangnya. tapi sekali mengamuk, huih, kecut perut weyh. :p
bapak aku memang dah terserlah muka garang. Kecik2 da puas kena bantai sbb nakal sgt. :p





Friday, November 9, 2012

Order Fareeda dapat Biskut Apollo~!


Dah bukak link atas tu? Sila lah berhati-hati ye kepada peminat tudung Fareeda. Aku dapat tahu benda ni dari satu group kat facebook. Ada yang bayar RM300+, ada bayar sampai RM740+. Tiba hari posto sampai depan rumah, kita punya seronok nak melaram. Tetiba bukak, APOLO datang lagi. Uihhhh~! Mesti menyirap gila darah kan! Keje macam nak mati, dapat gaji dan dengan gaji tu lah kite peluh-peluh nak bayar barang yang kita idam, at the end...............APOLO tiga posen tu kau bagi??

Aku pelik macam mana orang macam ni boleh buat muka talam dua belas ambil duit orang macam tu. Mesti beribu-ribu dia songlap! Nama makcik Fareeda tu ROZILA BT HAMZAH. Dah kompem MELAYU. Tiba-tiba ada BINTI pulak, kompem ISLAM! Aigoooooo. Aku harap dia dapat balasan dari Allah setimpalnya!

So siapa-siapa fanatik sangat shopping online termasuk diri aku ni haaaa. Hati-hatilah. Buat masa ni aku belum pernah lagi la. Kalau harga mahal-mahal, aku nak COD. Kalau takde COD, aku check wall, komen dari customer-customer dia. Gila senang-senang nak bagi duit kat orang. Kawan baik sendiri pun boleh tipu kita kalau pasal DUIT ni. Aku harap aku tak jadi mangsa penipuan dan aku taknak menipu customer aku jugak. 

Pssssst. Sampai sekarang aku tak nampak tudung fareeda tu comel. Hahahaha. Sorry ye korang-korang yang gila Fareeda! Mungkin harga dia, Humangai! Gila mahal beratus, jadi aku tak pandang. Sipi pun tak. Mungkin bila dah kaya nanti baru aku nak usha-usha Fareeda ni kot! Hehehehe. :p

Ok mommy Naila nak buat kerja bertimbun ni haaaa. Bye~


Thursday, November 8, 2012

Apa Benefitnya Kau Dapat Breastfeed Mana-Mana Kau Suka?

Rentetan isu yang tengah panas untuk kaum ibu-ibu yang breasfeed. Aku pun nak booooo siket la pasal blogger 'montot?macai?pencacai?tak ingat apa namanye.' Aku malas nak bagi link. Buat ranking naik melambung-lambung kat orang cenggitu. Bhahaha. Gila keji.

Ok ni ayat-ayat dia yang aku rasa 'wehhh gila mamat ni tulis macam shial.'

Aku tak setuju langsung dengan pandangan diorang sebab sebagai seorang suami , aku tak suka isteri aku terpamer macam tu aje. Wanita ni kadang2 bangang jugak la...assume sebab benda tu "natural" dan "beautiful" takkan ada orang tengok. Kepala hotak kau tak ada orang tengok. Aku pernah tertengok nipple bini orang YANG PUNYA LAH BESAR....kau ingat aku saja-saja nak tengok ke?>>>>>>Amboi mulut sedapnye cakap wanita bangang. Oiii bahlol! Kau tau tak apa itu nursing cover, poncho, baju nursing? Aku perempuan ni pun tak pernah tengok perempuan duk selak baju macam gambar-gambar yang kau tepek kat blog kau tu! Pastu kene eh highlight 'PUNYA LAH BESAR'. Sebab kan NIPPLE yang kau nampak tu, abes semua kaum ibu kau caci! Macam semua orang tayang bila nak nyusu. Pergi mamp la kau.

Tak ada rasa malu ke? Tak ada tempat lain yang lebih elok ke nak menyusu? Orang lain boleh aje anak nangis gi menyusu tempat tersorok tapi ada jugak "wanita-wanita" yang nak menyusu depan orang ramai dan mintak orang lain jangan sibuk-sibuk. Kalau ada lelaki bukak seluar  dan jalan rata2, adakah ada kemungkinan tak kau tertengok dia "punya anu"? Ada. Jangan tipu. Walaupun secepat mana pun kau pejam mata dan alih pandangan kau, kau akan tertengok jugak.>>>>>>Kau memang bangang tahap cipan bagi perbandingan antara lelaki bukak seluar dengan perempuan menyusukan anak. Motif kau bukak seluar depan-depan public?????

Ada jugak orang cakap, 'baca sampai habis dan jangan emosi!'. Dah kau start dengan ayat-ayat meraban kau, mana orang tak emosi. Jadi ayat-ayat yang tudung, aurat, apa semua tu, orang tak pandang dah. Perempuan kan. Kau tau lah prempuan macam mana. Mak kau, bini kau, anak-anak kau. Takkan tak paham lagi macam mana kalau kau mainkan emosi dorang. Mahu pinggan mangkuk terbang sana sini. 
Seteng-seteng ayat kau memang macam vavi. 

Aku rasa ada situasi-situasi yang aku reka ni betul. Hahahaha~ 

Situasi 1 : Nampak perempuan pakai baju sehingga tersembul bagai. Lurah dendam toksah cakaplah.
"Peghhh!Kalau la aku nampak semua isi kandungan dalam baju tu. Kalau la aku boleh pegang! Geram la."


Situasi 2 : Nampak Ibu sedang menyusukan anak dia.
  'Eewwww!Gila tak senonoh makcik ni!'

Geli sangat ke bila nampak situasi macam ni? Kenapa geli? Kau dulu kecik-kecik mesti pernah merasa  walaupun sekejap je? Sin nga lam!

Gathering Shah Alam pulak~

Asal nak tulis blog je, ayat pertama, 'sorry la, busy terlampau, bla bla bla.' Choiii! Alasan semata-mata. Eh sebenarnye bukan alasan, memang busy kot. Sampai pening-pening kepala ni haaaaaaa. Next entry, cakap benda yang sama lagi. Hahahaha~ Ok dah! Tutup citer busy kau tu. Meh aku nak cerita pasal Gojes Blogger Supermum & Baby Gathering Ahad lepas. Gambar-gambar pun banyak sangat! Banyak sangat sampai aku nak masukkan semua. Tapi agak-agak la kan. 

Gathering tu diadakan kat Shah Alam pukul 10 pagi! Hamekaw! Aku yang dari Bangi ni nak berangkat ke Shah Alam, pepagi pulak tu fikir banyak kali gak la nak pergi taknak, nak pergi taknak. Sebaik la daddy Naila ada hal kat KL pukul 9 tu. So alang-alang kan, kita terjah itu gathering! Kitorang sampai pun agak lewat, tapi tak lewat sangat kot. Cun-cun lah. Sesampai cam biasa, benda pertama aku nampak makanan. Omaiiiiii! Satay! Gila kelass kau pepagi makan satay! Pastu nampak spaghetti, kek, sandwich yg tak menahan ade nasi minyak. Aku bawak kek gulung-gulung tu aje. Aku ni nafsu makan je berguni-guni. Baru makan satay 10 cucuk, spagheti 1 pinggan, sandwich 2 ketul, perut dah penuh. Nasi minyak mampu tengok je sebab tong perut dah penuh. Muehehe.  

Sebelum makan/ selepas makan, tak ingat dah. Bebudak kecik digulingkan sama-sama atas tilam. Konon nak bergambar dan kenal-kenalan lah kan. Tapi aku rasa memasing mood tengah ke langit. Lapar la, ngantok la, itu la, ini lah. Ape daaaa. Tapi mama daddy apa kisah kan, asalkan gambar dapat ambik banyak-banyak. Bhahaha! Ok dah, kita layan gambar pulak. Membebel bebanyak tak guna.

***************************************************************
Tengok Annaila memalu bila jumpa dengan Ammar. Alololo. Comeynye anak mama ni. :p

Ni gambar kanak-kanak riang. Tengok Annaila kena buli dengan daaliyaa sampai tergolek-golek anak aku. Daaliyaa suka tarik rambut Annaila. Muahahaha. Gambar-gambar ni memang kalau aku nengok kompem gelak!

Dah daaliyaa makin mengganas, jauhkan Annaila duk dengan Aireil. Tapi bila Daaleeya datang kembali, Aireil pulak kene penyek. Hahaha. Annaila pulak mentang Aireil kecik, die pergi buli pulak. Adoiii! Yang besar buli si kecik. Yang kecik mampu redha! :'D


Gambar mommies yg gojes mojes dan daddy keluaran mangga bulan Dec. Jangan lupa dapatkan di pasaran. :p

Yang ni paling best! Memasing dapat hadiah. Sape nak bagi barang pree wey.

Tadaaaa! ni lah hadiah yang Naila dapat dari mommy Anis! Mekaseh! Cantik sangat. Kat mana beli? Boleh borong bebanyak! 

**********************************************************

Ehem! Dengar-dengar ada nak buat gathering kat kolam pulak kan? Hehehehe. Jom kita pergi lagi!

Follow Us @soratemplates