Annaila demam Jumaat 2 minggu lepas meleret sampai hari Sabtu. Pagi Jumaat tu nak hantar rumah mak aku ok je, pukul 10 cenggitu mak aku call cakap Annaila demam panas. Aku nak balik serba salah sebab mood boss aku hari tu macam dinasour. Semua orang dia maki. Kang tak pasal-pasal aku pun kene maki. Jadi nak taknak tunggu je lah sampai pukul 12 tengah hari.
Sampai rumah, Annaila tunggu aku depan pagar. Comel gila. Hahahha. Mak aku cakap dari pukul 11 pagi, mata dia asek pandang pintu je macam tengah menunggu. So bila mak aku nampak kereta aku, terus bawak Naila keluar. Naila pulak bila nampak aku, alahai manjanyeeeeeeeee. Biasalah orang tengah demam. Kita dah besar bagap ni pun bila demam kemain gedik lagi kan. Time aku ada tu baru dia dapat tdo. Tu pun nak tdo kat dada aku. Baring bawah, neyhi...........neyhi.............Habis waktu lunch, terpakse diskus dengan daddy Naila dan akhirnya daddy Naila mengalah tak masuk office. Yelah kalau ikutkan aku memang taknak masuk office tapi dah mood boss macam nak makan orang, jadi pepandai la kan.
Kitorang bawak Annaila pergi klinik, macam biasa dapat ubat. Sebaiklah ubat tu Annaila nak telan walaupun dia buat muka pelik memula. Malam tu dalam pukul 3 pagi, Annaila bangun merengek, terus bangun. Check badan semua, panas gila. Cuak kot aku! Terus la lap-lap badan dia dengan air sejuk walaupun Annaila meradang sebab tak suka. Hihihi. Time tu memang mata panda sampai ke pagi weyh. Dia punya manja nak melekap dengan aku, kalau letak bawah je nangis, bila aku letak kat dada ke, lengan ke, baru dia diam boleh tidur. Tu pun tido ayam kot. Pukul 6, Daddy Naila bangun. Aku tanya, 'Dah puas tido kan?'. Dengan muka tak bersalah daddy naila geleng kepala. Sentap mak. Tapi sentap-sentap pun, aku mintak daddy naila jaga naila sebab aku nak tido. Sebaek cuti boleh tido dan pagi tu sebaek jugaklah panas Naila dah kurang, berkat aku berjaga malam bermata panda. Ehhh?? Lalalala~
Petang Sabtu Naila dah pulih sepenuhnya. Weheeee~! Dan paling sadis mama Naila jangkit dari Naila demam jugak. Dah la demam dari hari Sabtu lepas smpai hari Ahad (kelmarin), bukan 2 hari tapi 10 hari. 10 hari demam on off. Sekarang masih batuk-batuk. Cian mama Naila. Eh tetbe nak menyelit gak.
Sekarang musim demam kan. Kalau panas tu, hewhew nak masuk kereta memang tak larat. Pasang aircond pun macam tak jalan. Tapi bila dah hujan, sampai banjir sana sini. Haih~ Korang jagalah kesihatan memasing ye. Penat demam ni sebab takleh berjalan. Wah gitu. :p
anak mama mantok tak ckup tdo lg. |
letak air asam jawa. org kata kurang panas. aku kata, sama jeeeee. hihi |
pak arab mana lah ni. kakakaka |
demam hari kedua. nak kebah dah time ni. :) |
demam pon tetap tomey.. :)
ReplyDeletecian dia.. Damia sampai 39.2 masuk ubat bontot n bawak dia gi hospital terus... sekarang ni dah aktif... tapi tinggal selesema n batuk sahaja
ReplyDeletetulah musim skrg kan..sana sini org dok demam..batuk..bukan setakat anak2 je..dengan mak pak atuk nenek sekali demam tu..
ReplyDeleteAnnaila demam nak besar tu.. sabar ye mama Naila, pahala untukmu
ReplyDeleteSiannya naila demam. cepat baik ye syg. ^_^
ReplyDeleteAlya pun demam sampai admitted..temperature tinggi sampai 40 degree..kene masuk ubat bontot.
ReplyDeleteMonitor closely naila tau..nnt trmperature naik mendadak bahaya..
Naila comel la..
anak ain ari tu demam pun..gi klink doktor kata lap2 je ngn air sejuk or suam..lepas tu jgn pakaikan dorang ape2..bia tinggal pampers je...alhamdulilah..demam Raees beransur pulih..Naila demam pun tetap cute lah..hehe..ciann mama dia demam jgk...heh.
ReplyDeletesiannn mama naila tu, dahlah x cukup tido, demam pulak tu..hehe
ReplyDeletealahai comel bebenor. deman-demam pun comel. mama pun menjangkit dah..hehehe
ReplyDeleteololo cian naila n mama naila hehe.. mmg skrg musim demam aritu pun bella demam kejap siap pakej batuk2 lagi
ReplyDeletesian naila dengan mama.. nak tambah akal tue.. :)
ReplyDeletenaila ttp comelll wpun demam...heheh best mama naila jga naila smpai mata panda...itulah pengorbanan seorang ibu...tidak dapat dimana2 sekali pun...doakan agar mereka senantiasa sihat..amin :)
ReplyDeletewawa... kalau naila demam lagi (hope xla)..pas ni letak tuala basah kat perut atau belakang badan.. insyaAllah berkesan sebab tuala tu akan serap panas dalam badan tu.. lama2 tuala tu akan kering sendiri.
ReplyDeletenaila ni demam pun comel. ada la dia nak pandai tu... :)
ReplyDeleteYer ar..sekrg musim kot..qaleef pon ritu dedar2 dah..terus aty bg ubat..alhmdulillh..:-) aty pon same..last week dah demam sehari suntuk tak ley bngn..
ReplyDeleteNaila ttp cun walau demam..:-)