Meh klik kejap~

Sunday, November 11, 2012

Garangnye mak bapak aku dulu~

Mak korang ajar korang masa kecik-kecik dulu camne?

Mak aku sangat garang bila masuk bab mengajar anak. Aku rasa macam satu penyeksaan la dulu. Pernah gak terfikir, 'Aku ni anak angkat kot. Tu sebab mak asek nak marah je.' Sampai nak lari rumah gak la sebab kena marah je. Padahal umur belum masuk 12 tahun pun lagi time tu. Hahahaha. Tu zaman dulu. Sekarang bila mak aku ajar adik aku yang kecik umur 6 tahun tu, cenggitu gak. Memang cara mak aku ajar 'keras' gila! Sampai nangis teresak-esak la adik aku. Kalau aku ada, mesti aku gelak sebab dulu aku kena cenggitu gak. 

Bagi aku mak aku ni kalau garang bila kitorang malas nak belajar je. Memang singa betina la jawabnye. Takut weyh! Kalau dah mengamuk, almari pun boleh hancur dikejakan. Bapak aku pulak, dia hancurkan TV sebab kitorang melekat kat TV je. Hahaha. Tapi bukan bermakna cara dia ajar cenggitu. Kalau dah anak dia malas, taknak belajar, tengok TV sampai dah takde siaran tengah malam, kalau tak tengok TV kitorang main, tu yang boleh jadi amukan singa betina tu. Sebaik takde facebook zaman dulu kan. Kalau tak berapa kali tukar pc atau laptop agaknye? Cuba kalau jadi macam adik perempuan aku yang umur 12 tahun sekarang. Dari kecik suka belajar, so mak aku ajar dia pun boleh gelak-gelak, nampak macam happy family. Hahaha. Aku rasa adik perempuan aku tu je yang mak aku ajar ok. Yang lain sebab nakal sangat, takde makne la nak gelak-gelak bila belajar. 

Bunyi macam mendera anak. Bayangkanlah kalau suara mak kita tengah high pitching, tiba-tiba dengar suara anak teresak-esak sambil membaca buku, quran atau apa-apa lah. Tak rasa kesian ke? Kesian weyh. Tapi kalau tak buat macam tu, dah kompem kitorang ni taknak belajar. Main je laaaaaaaaa. Kecuali la kitorang ni jenis dengar cakap, rajin belajar, takde lah jadi kes 'penderaan'. Hahahaha~ 

Jaga anak ni susah. Cewahhhh. Cakap macam ada pengalaman je kan. Ok la kalau bukan pengalaman aku, pengalaman mak dan bapak aku. Dah besar ni, memang nampak la mak aku memang nak bagi semua terbaik kat anak-anak dia. Masa aku masuk sekolah reko (orang kata dulu sekolah tu zoo kajang sebab jahat sangat), mak aku usaha untuk tukarkan aku sekolah lain. Tapi sekolah lain taknak terima. Alaaa time tu result UPSR aku bukan teruk sangat. 3A. Teruk ke? Teruk ke? Hahahahha. At least ade gak A, bukan 3E. Lalalala. Erm apa lagi eh. Tetbe lak lupa kan. Tapi sebenarnye banyak la yang mak aku buat. Tapi bila mak dan bapak dah bagi didikan yang sewajarnya, anak-anak bila dah masuk sekolah terutama sekolah menengah, terpengaruh pulak dengan kengkawan. Pastu cakap mak bapak pun tak nak dengar dah. Kan kan. 

Bak kata bapak aku.
'Bila kita kecik-kecik, apa orang cakap semua salah, yang betul mak bapak kita.'

'Bila dah masuk alam persekolahan, apa mak bapak cakap semua salah, yang betul cikgu.'

'Bila dah masuk alam remaja (sek menengah), apa orang cakap semua salah, yang betul kawan-kawan'

'Bila dah masuk alam cinta cintun, semua orang cakap salah, yang betul boyfren/girlfriend'

Betul tak???Betul tak???? Tapi kalau korang tak macam kat atas ni, bagus lah. :)

Ok ni je bebelan di waktu pagi hari minggu~!
haaa. ni lah muka mak aku masa muda2. lembut je orangnya. tapi sekali mengamuk, huih, kecut perut weyh. :p
bapak aku memang dah terserlah muka garang. Kecik2 da puas kena bantai sbb nakal sgt. :p





6 comments:

  1. My parents pun sangatlahh garang.. Pernah kena bantai ngan ayah masa form 3 sebab menakal. Padan muka..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mmg pun wawa... lin pun pernah ingat yang kita ni anak angkat.. :D sekarang anak kecik je tp mulut da bising mcm anak ramai... :D

    ReplyDelete

  3. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Hi wawa,
    Ibu aku tak garang, baik sesangat, tapi bapak nyer garang. tapi garang tang muka aje la..penah kena pukul sekali kat kaki sebab takmau solat..hahah, masa tuh sekolah menengah dah..then sekarang turun kat aku lak..aku memang garang sesangat dengan anak2..kekeke..garang dalam mendidik anak2 tak salah aku rasa..cuba jgn mendera :p
    btw, besarnya gak family wawa ek..best nyerr tengok gambar family :)

    ReplyDelete
  5. Didikan mak dear terbaikkk...
    Garangnya bertempat...
    patot anak2 dia pandai2 belaka hehhe...
    alhamdulilah, moga kita semua menjadi ibu yg terbaik utk beri didikan sempurna seperti ibu kita dahulu :)

    ReplyDelete
  6. saya darjah 1 sampai darjah 3 memang selalu niat nak lari dari rumah. siap dah packing baju sorok dlm beg sekolah. nak cabot time lepas sekolah. tapi tak lari2 jugak sbb mcm terfikir nak pegi mana jalan kaki (kat kg tu nak keluar pekan paling dekat pun 20 minit naik kete dgn kiri kanan hutan). kalo jalan kaki tahun bila nak sampainye. dah la hutan je. tak fikir pasal perogol pon kecik lagi kan. tapi fikir binatang2 / cik ponti je =P nak naik bas lari dari rumah duit pulak takde. dulu belanja 30 sen je. sah2 habis kat sekolah je makan masa rehat.

    ReplyDelete