Tuesday, March 26, 2013

Annaila : Budak kecik yang OVERDUE~

Hari ni 26hb March. Patutnye Annaila dah setahun kalau ikut due dia. Tapi dia nak keluar 1 April jugak, mungkin sebab dia tak puas makan apa yang aku makan. Hahahha. Tu sebab sekarang kuat makan! Mulut tu nganga je. Errrr ayam uncle bob yang pedas tu pun dia dah sebat. Walaupun pedas, tapi mulut menganga nak lagi. Kihkihkih. Gasak la Naila. Asal perut Naila okey, tak alergik, mama ON je nak nyumbat. :D

Eh kejap je kan nak masuk setahun! Dulu ke hulur hilir bawak perut. Pastu bila dah bersalin pulak, aku ingat lagi perut yang gelebeh macam perut kucing baru beranak. Kakakaka. Dan sepanjang menjaga Naila sejak lahir, Naila budak yang sangat baik! Jarang nak menangis malam, tak berjaga malam, tak tolak botol susu masa aku nak pergi kerja dulu. Errrr banyak lagi lah! Semoga adik-adik dia pun cenggitu gak. Aminnn!

Annaila sejak boleh berjalan hari tu memang dah tak merangkak lagi. Sekarang nampak makin laju pulak dia berjalan, lagi-lagi bila main kejar-kejar dengan PakSu. Nanti masuk sekolah, sila jadi olahragawati macam macam mama okeh^^ Hitam kecik-kecik takpe, dah besar nanti putih la balik. Hihihi~ 

Makin kerap terhantuk kat meja sebab makin meninggi. Tengah syok-syok main 'CAK-CAK', sekali gedebuk terhantuk kat meja. Pastu menjerit. Hahahaha. Somel^^ 

Aku pun dah start faham apa dia cuba cakap walaupun banyak bunyi 'TA-TA-TA-TA' je. Hahaha. Contoh :

'TAK' - CAK (Sambil main sembunyi-sembunyi)
'TU-TU' - SUSU (Sambil hulur botol kosong)
'A-TAK' - ATOK (Sambil pergi kat atok atau tunjuk gambar atok)
'NAK' - NAK (Sambil hulur tangan nak sesuatu)
'NAK' - TAKNAK (Sambil paling muka tempat lain dan buat muka masam)
'TA-TA-TA' - ALIF BAA TAA (Sambil gerak kepala ke kiri ke kanan)
'HMMM-HMMM' - BERZIKIR time nak tidur (Sambil lentok kat kita dan tepuk-tepuk badan kita macam kita dodoikan dia)

Errr tu je la kot. Dulu tak sabar nak tunggu die terkedek-kedek berjalan. Sekarang tak sabar nak tunggu die petah bercakap. Wallahhhhh! 
sangat suka satey!
budak suka mamam^^
dalam kereta pun boleh membaca...ekekeke...
makin sayang kat mr lion dia....kemana pergi mst ada lion...
suka naik motor.....weeeee~
satu family vroommm vroommmm~~


13 comments:

  1. wah bestnya annaila da pandai jalan..~

    annaila saje nak kuo time April fool,sib baik dia xapril foolkan mama kua ag lmbt lagi..zura ada baca pasal story wawa nak lahirkan annaila dlu,kira kronologi gitew~

    ReplyDelete
  2. suka makan takpe, jangan taknak makan..kan :)

    ReplyDelete
  3. mama annaila...petang semalam ada pegi alamanda x? nampak macam awak tapi segan nak tegur...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada...berjalan sama kengkawan...hihi...tegor je lah...boleh kenal2 di alam nyata pulak...hihi...

      Delete
    2. hehe...sebab mama annaila tgh ckp2 ngan kengkawan tu yg segan nak tegur...

      Delete
  4. bgusnya naila pandai mkn pedas.. hafidh kena sikit je menangis... tak jantan la anak i.. ihihihi

    naila kuar masa anniversary cintan untie la... =D

    ReplyDelete
  5. satu geng ngan aqilah ni.byk psamaan

    ReplyDelete
  6. satu geng ngan aqilah ni.byk psamaan

    ReplyDelete
  7. suka nek moto ek..airiell xpnh lg nek moto dgn dady die..tp dgn ayah die bkali2... *moto dady airiell rosak..maka dh hampir stahun tsadai..mumy dh xbg repair..beli baru terus katanya...tgu wet dlm bank penuh dulu..hewhew~

    ReplyDelete
  8. aloh comel die makan satay..nampak die menikmati penuh perasaan satay tu..hihi

    ReplyDelete
  9. waaahhhh naila advance dari arissa la... arissa siyes malas cakap. apa kah? huhuhu

    ReplyDelete
  10. oo ini la budak overdue yang sporting tu...cepat nya progress dia..good girl

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates