Hari ni 26hb March. Patutnye Annaila dah setahun kalau ikut due dia. Tapi dia nak keluar 1 April jugak, mungkin sebab dia tak puas makan apa yang aku makan. Hahahha. Tu sebab sekarang kuat makan! Mulut tu nganga je. Errrr ayam uncle bob yang pedas tu pun dia dah sebat. Walaupun pedas, tapi mulut menganga nak lagi. Kihkihkih. Gasak la Naila. Asal perut Naila okey, tak alergik, mama ON je nak nyumbat. :D
Eh kejap je kan nak masuk setahun! Dulu ke hulur hilir bawak perut. Pastu bila dah bersalin pulak, aku ingat lagi perut yang gelebeh macam perut kucing baru beranak. Kakakaka. Dan sepanjang menjaga Naila sejak lahir, Naila budak yang sangat baik! Jarang nak menangis malam, tak berjaga malam, tak tolak botol susu masa aku nak pergi kerja dulu. Errrr banyak lagi lah! Semoga adik-adik dia pun cenggitu gak. Aminnn!
Annaila sejak boleh berjalan hari tu memang dah tak merangkak lagi. Sekarang nampak makin laju pulak dia berjalan, lagi-lagi bila main kejar-kejar dengan PakSu. Nanti masuk sekolah, sila jadi olahragawati macam macam mama okeh^^ Hitam kecik-kecik takpe, dah besar nanti putih la balik. Hihihi~
Makin kerap terhantuk kat meja sebab makin meninggi. Tengah syok-syok main 'CAK-CAK', sekali gedebuk terhantuk kat meja. Pastu menjerit. Hahahaha. Somel^^
Aku pun dah start faham apa dia cuba cakap walaupun banyak bunyi 'TA-TA-TA-TA' je. Hahaha. Contoh :
'TAK' - CAK (Sambil main sembunyi-sembunyi)
'TU-TU' - SUSU (Sambil hulur botol kosong)
'A-TAK' - ATOK (Sambil pergi kat atok atau tunjuk gambar atok)
'NAK' - NAK (Sambil hulur tangan nak sesuatu)
'NAK' - TAKNAK (Sambil paling muka tempat lain dan buat muka masam)
'TA-TA-TA' - ALIF BAA TAA (Sambil gerak kepala ke kiri ke kanan)
'HMMM-HMMM' - BERZIKIR time nak tidur (Sambil lentok kat kita dan tepuk-tepuk badan kita macam kita dodoikan dia)
Errr tu je la kot. Dulu tak sabar nak tunggu die terkedek-kedek berjalan. Sekarang tak sabar nak tunggu die petah bercakap. Wallahhhhh!
|
sangat suka satey! |
|
budak suka mamam^^ |
|
dalam kereta pun boleh membaca...ekekeke... |
|
makin sayang kat mr lion dia....kemana pergi mst ada lion... |
|
suka naik motor.....weeeee~ |
|
satu family vroommm vroommmm~~ |