Klik sini. Terima Kasih :)

Tuesday, May 28, 2013

DD : Second Anniversary DonutDolly~

28 May 2013, pukul......errrrrr, mungkin dalam pukul 9 malam. Genap 2 tahun kami jadi pasangan suami-isteri. Acecece. Dah jadi bini orang dah. Eh, dan dah jadi mak orang dah. Ngeh!

Tetiba nak cerita cemana kenal daddy Naila ni.

Pertemuan pertama kami di KEDAI MJ, BANGI (Alat tulis & Fotostat). Masa tu aku student, dan saja-saja buat kerja part time. Biasa lah, budak tengah membesar sebok nak kerja cari duit. Senang nak shopping katanye. Bhahaha.

Masa tu daddy Naila ni teman adik dia nak fotostat buku sekolah kot. Selalu dia tunggu dalam kereta je, tapi sebab nampak kawan lama (abang aku), dia pun masuk la sekali nak bertegur sapa kan. Aku pulak time tu keluar jap. Tapi ingat lah masa dia masuk kedai tu, aku follow belakang dia. Aku cakap dalam hati, 'Gila slow mamat ni jalan. Grrrrrr!' 

Pastu masa aku masuk kaunter bayaran tu, tetiba daddy Naila nampak aku. Gatal okey. Terus cakap dengan abang aku, "Eh, taknak kenalkan aku dengan dia ke?" Abang aku blur-blur terus la perkenalkan aku, "Ni Najwa", dan ayat pertama daddy Naila cakap dengan aku, "HI NAJWA". Aku senyum je lah. Dalam hati, eh hensem gak mamat ni. Muahahaha. Nampak tak unsur kegatalan ada kat situ. Masa aku jumpa dengan daddy Naila, aku SELEKEH okey! Dengan berpeluh, no mekap, tudung senget-senget. Baju pulak stok T-SHIRT je. Kata kerja, student pulak tu. Mana reti melawa lagi. Miahahaha.

Pastu minggu depannya hari Ahad, pepagi dia datang beli cokelat RM0.60 dua ketul. Kitorang tak bersembang. Dia bayar duit, aku cakap 'terima kasih'. Dah tu je.

Masuk minggu ke-2, dia datang lagi beli cekelat yang sama 2 ketul. Dan kitorang masih tak bersembang. Dan aku ingat lagi, time dia datang mesti aku peluh-peluh. BENCI! Eh keje kedai fotostat memang panas okey! Kerja dengan mesin cenggitu lah.

Masuk minggu ke-3, dia datang lagi beli cekelat. Tapi ada perbualan la. Dia tanye, '"novel ayat-ayat cinta takde ke?", aku pun tolong lah cari. Dalam hati dah kate, 'eleh nak beli untuk awek la tu.' Masa ni sentap siket la sampai cakap dalam hati, 'takpelah, orang ensem memang ada gelpren.' Kihkihkih. Tapi sebenarnya Daddy Naila saje nak bertegur sapa dengan aku dan dia dah baca pun novel tu. Errrr ye, daddy Naila pembaca novel. Sekian.

Masuk minggu ke-4, dia datang lagi tapi tak beli cekelat, dia bawak buku adik dia untuk di fotostat dan masa tu lah dia tergedik-gedik cakap,

Daddy N : "Ada boipren?"

Mama N : "Takde"
(dalam hati dah berbunga-bunga....hoiii...mamat ensem macam ngorat aku seyh!)

Daddy N : "Nak no tepon boleh? Friendster sekali ye."

Mama N : "Boleh!"
(selalu kalau laki mintak no tepon aku bagi no tepon bapak aku. Bhahaha. Tapi kali ni gatal siket. Okey mungkin bukan gatal, tapi dah JODOH. Kakakaka. :p )

Dan start dari bertukar no tepon la kami selalu bermesej-mesej, bercalling-calling, dan errrrr dalam sebulan camtu baru la jumpa. Tempat pertama kami makan sama-sama kat Shah Alam kot. Kedai mamak. Giler tak romantik. Hahahaha. Eh kata nak kawan je kan, daddy Naila ni kedek siket sebelum aku jadi gelpren dia. Takde makne nak dapat makan best-best. Takut aku tipu dia kot? Pastu tak habis-habis keluarkan ayat, "GIVE n TAKE". Benci! Dah la aku student time tu. Mesti nak dera aku suruh belanja air jugak. Tapi bila dah jadi gelpren, baru dia belanja suma makan minum hadiah. Suma la dapat. Mihmihmih. :D

Masa bercinta, bertunang. Kitorang sangat kuat bergado okey! Benda kecik pun boleh jadi besar. Dah dia anak SULUNG, aku pun anak SULUNG. Haaaa SULUNG-SULUNG, pepaham je lah kan.

Gado-gado-gado, sampai satu tahap, dua tiga bulan sebelum nikah, ada gak la niat aku nak putus tunang. Siap dah cakap dengan mak aku dah. Pastu kena bebel. Sobbss! Pastu ku teruskan je lah hubungan yang 'hambar' tu. Bila dah nikah, baru la muka berseri-seri. Bahagia habis la konon?


Eh memey bahagia pun. Sampai sekarang! Lagi-lagi dah ada Annaila. Lagi terasa di sayangi lebih siket. Hahahaha. Kalau tak asek nak bercekau je. Durhaka ye kau!


Kepada daddy Naila, Happy 2nd Anniversary! Semoga hubungan kita makin lama makin comel, makin rapat, makin sebulu, dan makin-makin-makin best! :D


Sayang awak sesangat!
muka selebet mama mase dulu-dulu.

awal-awal percintaan kononnye.

pre-wedd katanye.

akad nikah^^

eh gambar tak bape nak cantik. takpelah. ni namanye sekadar melepaskan batuk di tangga. eh?! :p


Monday, May 27, 2013

Mama sakit mata!

Tetiba hari ni kena sakit mata.
 
Malam semalam dah start merah-merah mata tapi boleh cool lagi. Hari ni amek ko! Bangun pagi sakit gila bila nak bukak mata.
 
Dapat MC 2 hari tapi kena masuk office jugak hari ni dengan esok. Sebab nak kena buat gaji. Esok nak submit kat Account Dept. Nak taknak kena datang gak la kan. Wuuuuuuu. Nape lah nak sakit mata sekarang. Tunggulah gaji settle dulu.
 
Esok pulak 28hb May. Anniversary kami 2 tahun. Bila dah sakit mata, nak taknak kena la tido asing-asing start malam ni. Sobsss! Sedih gila kot!

tenung la lama siket, bagi korang berjangkit jugak...muahahaha....

 

datang jugak opis buat keje sambil kenyit2 mata....
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 22, 2013

Annaila : Bebel kosong~

Errr.

Takde idea nak tulis apa hari ni memandangkan gambar-gambar yang latest banyak kat ipad daddy.

Tetiba rindu kat budak kecik tu. Sekarang selalu tengok gambar-gambar lama dia. BOOLAT sangat PIPI dia! Patut la selalu kena cubit dengan aku dulu. Muehehehe.

Sekarang tak tembam sangat dah cuma GENDUT je. Hoh! Perut dia membulat wey sekarang. Kalau pakai baju, Nampak la kebulatan perut tu. Nak lawan dengan daddy mungkin? Bhahahaha!

















Makin lama makin kurus kan?

Takpe la, bak kata daddy, kalau KURUS SIHAT okey je. Hihihi.


Wednesday, May 15, 2013

Annaila : 1st time masuk wayang~

Masa cuti pekerja 1 May tu kan, daddy Naila ajak aku tengok wayang. Al-maklum susah nak tengok wayang kan sejak ada anak ni. Malam sebelum 1 May tu bersungguh-sungguh daddy Naila beli tiket. Cerita peberet katanye 'Iron-Man'. Dan malam tu jugak kitorang confirmkan dengan mak aku mintak tolong jagakan Naila. Ngeee^^

Tetiba mak aku call pagi esoknye cakap tak boleh jaga Naila sebab kena balik kampong. Call pulak adik ipar, cakap tak boleh jugak sebab ada sorang adik ipar kena masuk sepital. Maka? Dengggg! Masa tu daddy Naila terus senyap je, muka masam. Sedih la tu. Aku pun cakap la,
"Bubu pergilah tengok dengan Iqbal (adik ipar), biar d**** jaga Naila".

Masa tu muka daddy Naila lagi masam, dalam bape minit dia diam baru dia jawab,
"Abang nak dating dengan d****, bukan dengan orang lain."

Ok, aku pun suggest kat daddy Naila kita dating bertiga tapi tak boleh tengok wayang. Tiket tu jual la kat siapa-siapa. Haaaa, dalam beberapa jam wayang nak mula, boleh kan nak berjual tiket bagai. ;p Tapi penjualan tiket tak berhasil sebab takde siapa nak beli. Sobs!

Dan daddy Naila amek keputusan, pergi jugak tengok wayang, angkut Naila. Aku?? Errrrrr. Cuak kot! Annaila bukan boleh duduk diam. Okey rasanye bukan Naila je, suma budak pun lagi-lagi dah boleh berjalan dan menjerit sesuka-hati akan buat gitu. Tapi daddy Naila macam berkeras jugak nak tengok. Aku pun layankan aje lah.

First time bawak Annaila masuk, reaksi? Errrr Annaila diam je. BLUR! Duduk baik punya kat peha aku. Masa tu tengah iklan. Kau tahu la iklan kat wayang kan bapak lama giler! Masa tu memang dalam kepala aku, 'siket lagi budak kecik ni confirm meragam.' Tapi daddy nye pulak cakap lain, "Rasanya Annaila memang suka tengok wayang la. Tengok dia kusyuk je." Dan aku hanya mampu jawab, "Tengok la siket lagi."

Bila cerita dah start, tak sampai 5 minit Annaila mula lentik-lentik badan. Mula nak turun ke bawah. Dan mula mengacau kepala orang kat depan. Kau tahu lah orang-orang yang belum kawen atau yang dah kawen, confirm tak suka. Sebab aku pun tak suka orang bawak anak-anak kecik masuk wayang. BISING! Hahahaha. Tetiba aku buat. Acane? Eh bukan aku, daddy Naila. Lalalala.

Bila jadi camtu, aku terus ajak keluar. Kau nak tengok wayang lagi. Nak tengok anak lagi. Punya la tak best. Jadi baik keluar. Takpe, merasa la jugak duduk sekejap sambil tengok iklan-iklan kan. Muahahaha~

Kitorang pusing-pusing kat Time Square tu kejap je sebab budak kecik tu takleh duk diam. Masuk kereta, tak sampai 5 minit, terus tido. Alahaiii anak. Mengapa lah takmo tido dalam wayang tadi. Grrrrr!







Tuesday, May 14, 2013

Annaila : Lion telah dijumpai. Dengggg!!

Sambungan cerita <sini>

Di suatu malam yang tak berapa nak hening, aku sama daddy Naila lepak-lepak kat rumah mak aku. Pok-pek-pok-pek nyembang sambil perhatikan Naila main kunci kereta. Pastu Naila ke belakang jap, gi mana ntah. Tapi selagi adik-adik aku tak menjerit panggil 'Annaila!!', maknanye keadaan masih selamat lagi lah.

Selang beberapa minit pastu, Annaila bawak sekor lion yang bentuknye macam dah lunyai siket. Dia ngisap lion tu sambil sengih-sengih kat kitorang. Pastu tetiba daddy Naila tegur,
"Eh, tu bukan lion yang lama ke?"

Aku,
Sambil usha lagi satu lion yang tergolek dog kat bawah meja pastu terus menjerit,
"Aaahhh la! Mana Naila jumpa??"

Naila muka tak bersalah sengih-sengih lagi. Pastu ambik lion baru. Angkut la dia ke hulur-hilir itu lion-lion.

Mak aku cakap,
"Haiii, hari-hari mak duk kemas rumah, menyapu, takde pulak jumpa."

Kitorang pun beramai-ramai la ke belakang ke-konon nak tengok mana tempat lion tersebut disembunyikan.

Posisi lion tu hilang kitorang taktau kat mana. Tapi kawasan hilang, kitorang dah tau lah sebab Annaila tinggalkan kunci kereta yang dia duk main sebelum jumpa lion lunyai dia tu.

Cerita kat kawan-kawan aku, dorang kata budak kecik memang suka sorokkan barang dan dorang sendiri yang akan tahu barang tu di sorok kat mana.

Yeke?

Setahu aku, budak-budak (ikut had umur) mudah lupa apa yang dorang buat/main. Tu yang aku belajar  masa zaman-zaman u dulu lah. Kelas PSIKOLOGI. Kahkahkah. Konon nak psiko sangat lah tu.:D

Apa-pun sekarang, Annaila dah ada 2 lion. Haaaa! Amek! Kalau hilang dua-dua pasni, taktau nak kata apa dah. :p


Monday, May 13, 2013

Annaila : Hancur barang-barang mama~

Pantang lepa siket, habis barang mama dikerjakan.
Barang kesayangan pulak tu.
Yelah kalau tak sayang, tu terperuk je kat dalam almari.
Sekarang nak beli baru ke atau pakai yang terperuk dalam lemari.
Sobssss!

Mungkin kena beli baru memandangkan mama pun lama tak shopping lipstik. Sejak mengandungkan Annaila hokey! *Masa ngandung, nampak barang mekap pun muntah.*




Wednesday, May 8, 2013

Annaila : Lawatan ke hospital~

Hari tu kitorang melawat adik ipar kat sepital. Annaila punya jakun macam tak pernah masuk sepital. Dia tak ingat kot, dia dilahirkan kat situ dan dicucuk kat situ sebab kuning. Eh budak kecik mana lah ingat kan. Muahahaha.
 
Bila masuk lorong-lorong nak masuk wad tu kan macam scary-mary cket. Annaila peluk aku kuat-kuat. Errrr. Aku rasa macam dia takut hantu pulak bila die peluk gitu. Atau nampak sesuatu? Jeng-jeng-jeng.
 
Dan bila sampai wad adik ipar, mula lah dia nak berjalan ke hulur hilir. Pastu aku sesaje baringkan dia atas katil pesakit dan selimutkan dia. Dia tersenyum sambil makan epal. Dang! Apakah ini? Annaila adalah ANTI-SELIMUT hokey! Kalau memalam sebelum tido, jangan harap kau dapat selimutkan dia sebab dia akan tendang-tendang selimut tu sambil menjerit marah. Sekali bila kat sepital, relax je. Adeh la anak.

Tuesday, May 7, 2013

Annaila : Bila Mr Lion hilang~

Ingat tak Annaila ada Mr Lion kesayangan dia tu. Haaa tak ingat takpe.

Annaila ada kesayangan-kesayangan, Mr Lion dan Cik Ted. Tapi sekarang dia tak pandang dah Cik Ted. Sampai hati kamu nak. Beriye-riye mama pujuk daddy beli Cik Ted. Sekali Mr Lion, gift dari Aunty Azie jugak yang kamu sayang. Sobs!

Dua hari lepas, Lion Naila HILANG! Ye hilang!! Aku syak cicir kot masa dukung dia nak masuk rumah. Cicir lak kat luar rumah, agaknye anjing dah mengonggong Lion dia sebab bau Lion tu 'best' siket. Muahahaha~ Aku pun malu nak tunjuk Lion tu kat orang. Dah basuh pun, bau jugak!

Tapi malam tu, Annaila mengamuk sebab nak Lion. Ada la sejam dia menangis, meraung sambil pejam mata dan depa kan tangan. Ye dia depa tangan sebab nak Lion. Dia selalu buat macam tu kalau nampak Lion. Sedih weyh. Pastu bawak dia keluar dari bilik jap, dukung-dukung sambil berselawat. Dia senyap tapi tersedu-sedu. Tetiba aku nak touching-touching sebak pulak bila dengar dia tersedu-sedu cenggitu. Last Annaila menangis macam tu masa dia kena cucuk demam kuning dulu je.

Dah sejam lebih baru Annaila tertido. Masa tengok dia tido tu rasa sedih je sebab sebelum ni kalau dia tido, ada je Lion tu kat sebelah dia. Takpun dia tengah nyot-nyot Lion tu.

Esoknye Isnin, Selangor cuti, bedesup aku ke Alamanda cari Mr Lion yang baru. Masuk je kedai tu, terus pergi tempat patung-patung. Bila aku nampak, aku yang hover menjerit. Hoiiii! Happy giler weyh Lion tu ada. Lega aku! Bila tunjuk kat Naila, Annaila terus senyum terkedek-kedek dapat kat daddy dia amek Lion dan peluk Lion ketat-ketat. Fuhhhh! Selesai masalah. ;'D

Errrr. Macam susahkan bila dia dah pandai berkepit dengan Lion tu. Tapi bagi aku, aku happy tengok dia macam tu. Sebab, aku pun taktau sebab apa. Yang penting aku happy. Voley? Hahahaha.
Annaila jumpa Lion baru.

peluk ketat-ketat!
Tak lepas pegang Lion dia tu.
mama?? mama tengah pilih torchlight...lalala...:p



Monday, May 6, 2013

Aku dan PRU-13~

Berakhir sudah Pilihan Raya Umum ke-13. Fuhhhh! Meriah betul PRU kali ni. Mengalahkan raya. Hahahaha. Lagi-lagi nak tahu keputusan rasmi tu. Ooooo aku tido dah malam tu sebab penat sangat. Esok pagi baru check siapa menang, siapa kalah.

Sesetengah blogger ada yang berkawan dengan aku kat facebook, confirm tahu aku parti mana kan. Hihihi. :D

Kepada yang berlawanan parti dengan aku tu, takmo terasa hati ke, menyampah ke dengan aku ye. Kalau tetiba aku up status yang korang tak suka, ignore kan aje. Macam tu jugak aku buat. Sebab kita ni manusia biasa, confirm terdetik jugak kat hati, "eh minah ni...." Hehehe.

Alaaa biasalah berlainan pendapat. Macam kau dengan pendapat kau, aku dengan pendapat aku. Tetiba aku nak kacau pendapat kau, confirm ko akan beri hujah-hujah yang panjang. Pastu aku pun beri jugak hujah yang berjela-jela jugak. Pastu nanti memasing tak puas hati. Gitew. Jadi sepanjang PRU13, aku tak pernah la nak kacau status kawan-kawan yang berlainan parti ni. KECUALI dia atas pagar punya orang. Cucuk-cucuk la siket tapi hati-hati duk mencucuk jangan sampai orang lain sakit hati. Ding! Yang penting, jangan mencipta musuh.

Walaupun kita berlainan parti, kita tetap ibu-ibu yang sekepala tentang hal anak-anak kan! Jadi jangan sebab politik, rosak ikatan ukhwah yang telah kita bina. Chill sudeh^^

Kepada yang menang, TAHNIAH diucapkan.

Kepada yang kalah, PERJUANGAN belum selesai. Basya!

Eh, nak tau aku sokong mana? Jeng-jeng-jeng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaaaa. Nampak tu BLACKOUT? Ya akulah geng BLACKOUT. Hahahaha^^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan ini adalah anak kesayangan DonutDolly, Faida Annaila. Peace^^

Sunday, May 5, 2013

Arwah Aqil Hamzah Menunggu di Pintu Syurga

Takziah kepada Blogger Erina atas pemergian anak tersayang arwah Aqil Hamzah.
Semoga awak tabah menghadapi ujian yang Allah berikan.
Al-fatihah.

****************************************

Menunggu di PINTU SYURGA


Di samping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh(disebut sebagai wildan), juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :  

" Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (H.Riwayat Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim 'alaihi salam. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bermaksud : 
 
"Tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (H.Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam yang ketiga di akhirat. Pertama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang maksudnya : 
 
"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Surah Ad-Dahr:Ayat 11)