Tuesday, May 7, 2013

Annaila : Bila Mr Lion hilang~

Ingat tak Annaila ada Mr Lion kesayangan dia tu. Haaa tak ingat takpe.

Annaila ada kesayangan-kesayangan, Mr Lion dan Cik Ted. Tapi sekarang dia tak pandang dah Cik Ted. Sampai hati kamu nak. Beriye-riye mama pujuk daddy beli Cik Ted. Sekali Mr Lion, gift dari Aunty Azie jugak yang kamu sayang. Sobs!

Dua hari lepas, Lion Naila HILANG! Ye hilang!! Aku syak cicir kot masa dukung dia nak masuk rumah. Cicir lak kat luar rumah, agaknye anjing dah mengonggong Lion dia sebab bau Lion tu 'best' siket. Muahahaha~ Aku pun malu nak tunjuk Lion tu kat orang. Dah basuh pun, bau jugak!

Tapi malam tu, Annaila mengamuk sebab nak Lion. Ada la sejam dia menangis, meraung sambil pejam mata dan depa kan tangan. Ye dia depa tangan sebab nak Lion. Dia selalu buat macam tu kalau nampak Lion. Sedih weyh. Pastu bawak dia keluar dari bilik jap, dukung-dukung sambil berselawat. Dia senyap tapi tersedu-sedu. Tetiba aku nak touching-touching sebak pulak bila dengar dia tersedu-sedu cenggitu. Last Annaila menangis macam tu masa dia kena cucuk demam kuning dulu je.

Dah sejam lebih baru Annaila tertido. Masa tengok dia tido tu rasa sedih je sebab sebelum ni kalau dia tido, ada je Lion tu kat sebelah dia. Takpun dia tengah nyot-nyot Lion tu.

Esoknye Isnin, Selangor cuti, bedesup aku ke Alamanda cari Mr Lion yang baru. Masuk je kedai tu, terus pergi tempat patung-patung. Bila aku nampak, aku yang hover menjerit. Hoiiii! Happy giler weyh Lion tu ada. Lega aku! Bila tunjuk kat Naila, Annaila terus senyum terkedek-kedek dapat kat daddy dia amek Lion dan peluk Lion ketat-ketat. Fuhhhh! Selesai masalah. ;'D

Errrr. Macam susahkan bila dia dah pandai berkepit dengan Lion tu. Tapi bagi aku, aku happy tengok dia macam tu. Sebab, aku pun taktau sebab apa. Yang penting aku happy. Voley? Hahahaha.
Annaila jumpa Lion baru.

peluk ketat-ketat!
Tak lepas pegang Lion dia tu.
mama?? mama tengah pilih torchlight...lalala...:p



13 comments:

  1. cantik sangat naila ni tau..sebijik macam mama dia..

    ReplyDelete
  2. Hehehe pandai dah naila ada kegemaran dia eh wawa....mmg best kalo kita jumpa semula kegemaran anak kita...kalo boleh satu pasaraya nak jeritttt hehehhe...voley la mmg voley pun kekkekek....omeyy naila :)

    ReplyDelete
  3. huh nasib baik jumpa lion naila balik..~memang anak lau da ada 'sesuatu' yang dia syg tmbh plak da ada bau lau hilang mak aihh merana kita mak paknya nengok..

    yaya punya bearbear pink tu dlu bli kat mothercare,skrg jenuh cr xda lg..Lau hilang ke hape meraungla ank dgn mak2 skli..

    ReplyDelete
  4. Nasib baik Naila ok dengan lion baru..maunye dia nak bau lion lama..pengsann..hihi..Naila awak ni comel sangat okeh!

    ReplyDelete
  5. ok la tu... ilang dapat ganti baru.. yang pelik tu, apsal la dia suka sangat ngn lion...

    ReplyDelete
  6. kiutnya dia..sian dia seb baik ada yg sama

    ReplyDelete
  7. Comel je kalau budak perempuan dengan bear busuk. hehe.. tapi ayra takmo.. dia kalau nak tidur, tetap nak napkin.. napkin letak kat pipi.. haha.. napkin busuk boleh?


    err beli tochlight sebab BLACKOUT hahaha... benci!

    ReplyDelete
  8. salam kenalan... sy singgah follow dan klik nuffnang.. jom singgah follow klik skali ye...

    ReplyDelete
  9. hahahah
    mesti comel naila nangis crik lion die
    hehehe

    ReplyDelete
  10. hahahahahah...comel lah naila dengan lion dia tu.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. hehe..comey je naila dan lion'nye...hehe..ok mama jgn lupa pesan dady byr bil letrik...tkt blackout naty..huhu...yg penitng bangi PAS pgang..huhu.. :)

    ReplyDelete
  13. ololoh comel..nasib baik ade..lega kan dapat jumpe benda kesukaan anak..

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates