Meh klik kejap~

Tuesday, May 14, 2013

Annaila : Lion telah dijumpai. Dengggg!!

Sambungan cerita <sini>

Di suatu malam yang tak berapa nak hening, aku sama daddy Naila lepak-lepak kat rumah mak aku. Pok-pek-pok-pek nyembang sambil perhatikan Naila main kunci kereta. Pastu Naila ke belakang jap, gi mana ntah. Tapi selagi adik-adik aku tak menjerit panggil 'Annaila!!', maknanye keadaan masih selamat lagi lah.

Selang beberapa minit pastu, Annaila bawak sekor lion yang bentuknye macam dah lunyai siket. Dia ngisap lion tu sambil sengih-sengih kat kitorang. Pastu tetiba daddy Naila tegur,
"Eh, tu bukan lion yang lama ke?"

Aku,
Sambil usha lagi satu lion yang tergolek dog kat bawah meja pastu terus menjerit,
"Aaahhh la! Mana Naila jumpa??"

Naila muka tak bersalah sengih-sengih lagi. Pastu ambik lion baru. Angkut la dia ke hulur-hilir itu lion-lion.

Mak aku cakap,
"Haiii, hari-hari mak duk kemas rumah, menyapu, takde pulak jumpa."

Kitorang pun beramai-ramai la ke belakang ke-konon nak tengok mana tempat lion tersebut disembunyikan.

Posisi lion tu hilang kitorang taktau kat mana. Tapi kawasan hilang, kitorang dah tau lah sebab Annaila tinggalkan kunci kereta yang dia duk main sebelum jumpa lion lunyai dia tu.

Cerita kat kawan-kawan aku, dorang kata budak kecik memang suka sorokkan barang dan dorang sendiri yang akan tahu barang tu di sorok kat mana.

Yeke?

Setahu aku, budak-budak (ikut had umur) mudah lupa apa yang dorang buat/main. Tu yang aku belajar  masa zaman-zaman u dulu lah. Kelas PSIKOLOGI. Kahkahkah. Konon nak psiko sangat lah tu.:D

Apa-pun sekarang, Annaila dah ada 2 lion. Haaaa! Amek! Kalau hilang dua-dua pasni, taktau nak kata apa dah. :p


14 comments:

  1. tomei2 lion naila yer..walaupun dah lunyai..hihi

    ReplyDelete
  2. amboi...ada dua lion dah Annaila ye.....sayang kat lion dia tu...:)

    ReplyDelete
  3. lagi suka la ada dua lion..ni kalau dua2 hilang memang double la dia punya menangis..hehhe..comel naila kehulur hilir bawak lion2 tu..

    ReplyDelete
  4. naila ni cita rasa pelik la... suka lion... ihihihi ikut mama dia kot... =D

    ReplyDelete
  5. hehee.. baguslah Annaila. dah jumpa yg lama, yg baru pn masih syg

    ReplyDelete
  6. lion lama gak dicium nya...rindu bau la tu....hikss naila naila...funny

    ReplyDelete
  7. bukan main dia cium lion busyuk dia tu..heee

    ReplyDelete
  8. eeeiiii gerammmmmmmmmmmmmmmmm.omei sgt!

    ReplyDelete
  9. yeay..ada 2 dah lion dia ea..simpan la 1 kasi adik :)

    ReplyDelete
  10. hahahaha..lwk la naila...mama wat cita dh mcm kes penyiasatan dah..kihkihkih

    ReplyDelete
  11. betul la kot..anak buah saya pegi sorok enpon abg saya kat tindanan bantal untuk tetamu. kalau bantal selalu pakai tu maybe la ternampak selalu guna. bantal tetamu umah kampung tinggi macam gunung, byk pulak tu. camne nak jumpa kalo cari. dah la enpon tu abg saya silent mula2. lagi haru call pun tak dengar. yg budak tu siap gelak2 lagi konon kelakar dia buat semua org dlm rumah mcm main treasure hunt. bikin ribut saja. last2 budak tecik tu la yg jumpa balik sebab nak main enpon tu. grrr....

    ReplyDelete
  12. comel la naila ni.. buat mummy dhea gelak je tau... so cute...

    ReplyDelete
  13. hahaha..klakar lah naila..comel sangat..

    ReplyDelete