Wednesday, May 15, 2013

Annaila : 1st time masuk wayang~

Masa cuti pekerja 1 May tu kan, daddy Naila ajak aku tengok wayang. Al-maklum susah nak tengok wayang kan sejak ada anak ni. Malam sebelum 1 May tu bersungguh-sungguh daddy Naila beli tiket. Cerita peberet katanye 'Iron-Man'. Dan malam tu jugak kitorang confirmkan dengan mak aku mintak tolong jagakan Naila. Ngeee^^

Tetiba mak aku call pagi esoknye cakap tak boleh jaga Naila sebab kena balik kampong. Call pulak adik ipar, cakap tak boleh jugak sebab ada sorang adik ipar kena masuk sepital. Maka? Dengggg! Masa tu daddy Naila terus senyap je, muka masam. Sedih la tu. Aku pun cakap la,
"Bubu pergilah tengok dengan Iqbal (adik ipar), biar d**** jaga Naila".

Masa tu muka daddy Naila lagi masam, dalam bape minit dia diam baru dia jawab,
"Abang nak dating dengan d****, bukan dengan orang lain."

Ok, aku pun suggest kat daddy Naila kita dating bertiga tapi tak boleh tengok wayang. Tiket tu jual la kat siapa-siapa. Haaaa, dalam beberapa jam wayang nak mula, boleh kan nak berjual tiket bagai. ;p Tapi penjualan tiket tak berhasil sebab takde siapa nak beli. Sobs!

Dan daddy Naila amek keputusan, pergi jugak tengok wayang, angkut Naila. Aku?? Errrrrr. Cuak kot! Annaila bukan boleh duduk diam. Okey rasanye bukan Naila je, suma budak pun lagi-lagi dah boleh berjalan dan menjerit sesuka-hati akan buat gitu. Tapi daddy Naila macam berkeras jugak nak tengok. Aku pun layankan aje lah.

First time bawak Annaila masuk, reaksi? Errrr Annaila diam je. BLUR! Duduk baik punya kat peha aku. Masa tu tengah iklan. Kau tahu la iklan kat wayang kan bapak lama giler! Masa tu memang dalam kepala aku, 'siket lagi budak kecik ni confirm meragam.' Tapi daddy nye pulak cakap lain, "Rasanya Annaila memang suka tengok wayang la. Tengok dia kusyuk je." Dan aku hanya mampu jawab, "Tengok la siket lagi."

Bila cerita dah start, tak sampai 5 minit Annaila mula lentik-lentik badan. Mula nak turun ke bawah. Dan mula mengacau kepala orang kat depan. Kau tahu lah orang-orang yang belum kawen atau yang dah kawen, confirm tak suka. Sebab aku pun tak suka orang bawak anak-anak kecik masuk wayang. BISING! Hahahaha. Tetiba aku buat. Acane? Eh bukan aku, daddy Naila. Lalalala.

Bila jadi camtu, aku terus ajak keluar. Kau nak tengok wayang lagi. Nak tengok anak lagi. Punya la tak best. Jadi baik keluar. Takpe, merasa la jugak duduk sekejap sambil tengok iklan-iklan kan. Muahahaha~

Kitorang pusing-pusing kat Time Square tu kejap je sebab budak kecik tu takleh duk diam. Masuk kereta, tak sampai 5 minit, terus tido. Alahaiii anak. Mengapa lah takmo tido dalam wayang tadi. Grrrrr!







13 comments:

  1. zara pon dah masuk wayang
    naseb bek die tdo je
    senang mommy
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. huhu kena tggu anak dah umur 3 tahun ke ats baru fhm duduk diam2...laa nih mmg payah diorg nk duk diam sbb suka bermain2 kan...sabar eh wawa...tggu beberapa thn je lg pastu hari2 masuk wayang pun x per hehe

    ReplyDelete
  3. erm klu gitu selagi zafirah lom pandai jln kena aa rerajin bwk dia tgk wayg eh?muahaha~ so far zafirah x bising sgt dlm wayang..ala bising light² tu pe slhnya ye dak?kikiki~ tp biasanya lps separuh masa movie dia akan tido..yeehaa! ^__^

    ReplyDelete
  4. hahahaha..mcm airiell...aleh2 mumy kna kus j ngn airiell..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau i pun,memang tak berani la nak ajak rissa tengok wayang.hihi.confirm tak boleh duduk diam..

    ReplyDelete
  6. hahaha.. kira tak dapat tgk la ni? dulu pernah sekali je bawak Ayra masuk wayang.. 30monit pertama okay, pastuuuu macam-macam!! bawak keluar kejap, dia tidur.. pastu slumber jela masuk balik sambung tengok.. Hahaha.. kalau sekarang ni, nak tengok wayang ayra sila la tinggal dengan nenek aje :p mihmih.

    ReplyDelete
  7. Pening kan nak jaga hati daddy2 yg kaki wayang ni..mau sentap xdapat teman tgok citer pebret diorg..adesss..kena bagi2 kasih syg anak ngan bapaknyer..kihkih

    ReplyDelete
  8. sian daddy naila..hehehe..
    gitu ler kalo budak kecik..dhia pun belum penah bawak masuk panggung even dah usia 4 tahun, sebab mama x confiden..hehehe..
    lame giler tak tengok wayang..last tengok mase tengah pregnantkan dhia..sekarang dhia dah pun umor 4 tahun..

    ReplyDelete
  9. rindunya nak dating tengok wayang.............lama sudah tak buat aktivity tu...masa perut tengah boyot pun still kuar tengoh wayang....bila dah ada anak abah je p tgok wayang...ibu jeles...tp akan ku usaha try bw masuk wayang tapi abah taknak :(

    ReplyDelete
  10. ada hati nak bawa tp tak nak kena maki org dalam wayang..tunggu ar sikit lagi je Fayel eh..ada beberapa tahun lagi tgk wayang...rileks...mama dulu pun tengok wayang umur 13 tahun...huhu

    ReplyDelete
  11. sian daddy naila tak dapat tgk cite sampai habis..hihi..

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates