Sebelum tu, thanks Wawa Yusof sebab share pasal Gold Coast Morib ni!
Ni hadiah percutian untuk daddy Naila dan Annaila sempena birthday dorang.
Kat sini dorang ada sediakan pakej Birthday. Empunya birthday akan dapat hadiah, kek dan sijil. Aah SIJIL. Memang cam lawak siket sebab birthday pun ada sijil. Hahahaha.
Harga untuk BIRTHDAY PACKAGE ni RM268.08. Aku book dua minggu sebelum tarikh tu sebab dengar-dengar susah kalau walk-in terus. Better buat ONLINE BOOKING.
Dan daddy Naila taktahu aku dah plan semua ni. Aku cakap nak bawak dorang jalan-jalan kat Pantai Morib.
Pagi-pagi tu aku packing barang tapi daddy Naila tak perasan sebab nampak macam aku tengah kemas rumah kan. Padahal dalam bilik, tengah sumbat baju-baju yang nak dibawak. Ngaaaaaa^^ Settle sumbat semua baju, mintak daddy mandikan Naila. Time tu lah aku cakap nak keluar amek barang dalam kereta, padahal berlari angkut bag-bag tu semua masuk dalam bonet. Hoi kau bayangkan rumah kitorang ni apartment, kebetulan kereta letak kat luar. PANCIT jugak la aku terkedek-kedek berlari. Kata nak buat SURPRISE kan!
Eh pagi tu kitorang tengok wayang dulu cerita G.I.Joe dan makan SUSHI! G.I.Joe best giler wey! Pergi serbu cepat. Dan Annaila macam biasa kena tinggal kat rumah mak aku. Hahaha. Baru syok dating berdua^^ Lalalala~
Dalam pukul 3.30 petang gitu, baru bertolak dari Bangi ke Morib. Perjalanan dalam sejam gitu. Sampai sana, mata aku duk meliar cari signboard 'GOLD COAST MORIB'. Nampak je, terus aku suruh daddy Naila masuk simpang. Daddy lak blur-blur. Apesal masuk kawasan hotel. Kata tadi nak jalan tepi pantai je. Ngehehehe. Cari parking semua, turun dan daddy Naila tanya nak buat apa kat situ. Lorrrr bercutilah kan. Ngahahaha. Pastu daddy Naila dengan blur-blur tanya tidur ke? Time tu lah aku bukak bonet kereta. Tadaaaaa beg dua ketul^^
Hehehehe. Syok tengok orang muka blur-blur ni. Pastu aku check-in, dapat kunci terus masuk bilik. Weeeee! Time tu daddy Naila tanya macam-macam, harga la, itu lah, ini lah. Sempat lagi dia check kat website Gold Coast Morib. Cessss! Punya tak puas hati. Eh sebelum tu, masa check-in tu sila bawak kad pengenalan empunya birthday ye. Kalau tak, kena tambah RM50. Pastu tarikhnye pulak kena awal sehari atau sehari selepas birthday. Macam besday daddy Naila 29hb Mac, jadi masa book hotel tu tarikh kena 28hb atau 29hb atau 30hb. Gitew.
Petang tu kitorang terjun water park kat situ. Best giler! Tempat luas. Tapi banyak tempat kanak-kanak la. Sebaik dah ada anak, seronok siket. Kalau baru kawin pergi sini, tak syok kot sebab takleh main over sangat. Ada anak apa adehal. Hihihihi. Annaila pulak berapa kali tertenggelam dalam air. Ngaaaaaa. Sebab main gelongsor-gelongsor tu kitorang kekadang terlepas peluk Annaila. Hihihi. Ini kalau mak aku atau mertua ada, kompem kena bebel. Takpe depan dorang, kitorang sopan. Lembut je membelai Annaila. Cer belakang-belakang, macam dinasour kitorang kerjakan Naila. Miahahaha~ Annaila macam biasa happy je walaupun termasuk dalam air. Bila angkat dia, tersengih je. Fuhhhh! Semangat. Kena ajar dia berenang ni. Persoalannya mak bapanye pun tak reti berenang, ada hati nak ajar anak. Phuiii. Ok la kita pergi kelas berenang ye nak.
Malam tu kitorang dinner kat situ. Sebelum tu tunjukkan lah kad pengenalan empunya birthday pastu dapat lah sijil dan hadiah. Daddy Naila terpinga-pinga sambil senyum, 'eh ada hadiah ye!' Kemain happy lagi kan. Makanan dia pulak, ermmm biasa-biasa je. Boleh la telan dan kenyang la jugak kitorang malam tu. Pastu kek pun sampai pas kitorang dah habis makan. Lagi sekali mata daddy terbeliak, 'waaaaa...kek pun ada...' Yep daddy Naila tersangat happy^^ Balik bilik terus keluarkan kek, nyanyi-nyanyi dan makan kek! Yeayyy!! Pastu memasing tergolek tidur. Penat!
Errr ada orang kata memalam ada BAU BUSUK kat kawasan tu. Kitorang pun ada gak terbau. Alaaaa macam bau kandang lembu pun ada, kandang kambing pun ada, kandang ayam pun ada. Eh ayam ada kandang ke? Okey tak kisah la kan, yang penting memalam bila dah masuk bilik, tutup pintu, tak bukak sliding door, bau hilanglah^^ Tapi kalau korang sesaje nak keluar hirup angin segar kononnye, tu korang punye pasal lah. :D
Esoknye pepagi kitorang dah turun sarapan. Mungkin turun awal kot sebab tak ramai orang dan makanan dia, woooooo! Setiap kali lalu kat booth makanan aku telan air liur. Ngaaaa! Nampak nau tamak! Ahhh, aku bayar, jadi sekati la aku nak makan banyak mana. Sarapan dia memang super duper sedap! 10 bintang aku bagi. Boleh? Hahahaha. Puas giler makan^^
Lepas makan, naik atas tukar baju semua dan masa untuk terjun balik! Weeeee! Seronok tengok Annaila happy. Tersenyum je. Menjerit bila kitorang angkat keluar dari air. Haaaaa. Kemain lagi kan dah pandai protes. Ooooo bukan protes je, Annaila sangat kuat merajuk. Bila merajuk, paling muka, tunduk bawah dalam beberapa saat.
Dua jam berendam. Yeeee! DUA JAM! Sampai kecut-kecut Naila. Tu pun menjerit taknak naik. Tapi bila dah naik, ajak berjakuzi merengek. Haaaa tau dah budak kecik tu mesti lapar dan mengantok! Biaselah lepas mandi kan. Letak atas katil, bagi susu, tepuk-tepuk siket terus tido.
Bila Naila dah tido, apa lagi! Masa untuk mama dan daddy berehat lah! Yeaayyyyy! Dan kitorang pun berjakuzi dengan aman dan tenteram tanpa diganggu oleh suara-suara halus Annaila. Bhahaha! Terasa macam orang kaya sangat pulak bila berjakuzi sambil meniup-niup buih. Eh orang kaya cenggitu ke? :p
Sekian percutian untuk Daddy & Annaila.
HAPPY BIRTHDAY DADDY & ANNAILA! MAMA SAYANG KAMO-KAMO! MUAAAHHHH^^
Dating berdua dulu kat mid sebelum ke Gold Coast Morib! |
Bilik kitorang. Weeeee! |
Annaila berjakuzi sama daddy dan Naila sangat suka masukkan buih dalam mulut. Sekian! |
haaaa...ni lah hadiah yg dapat dr hotel ni....siap ada sijil lg....pergi interview sila lah bawak sijil ni... |
Dah habis makan. Nak balik bilik^^ |
Lepas dinner, masuk bilk mama nyanyi happy bday utk daddy & Naila....kembang kempis idung daddy Naila...terharu lettewww...Kakakaka.... |
yeee...aku hantu cake...lagi2 cake span....memang laju aku telan....bagi aku cake die best glerrrr! |
Budak kecik taknak duk diam pas sarap. Berjalan mencari jalan keluar. |
Lepas sarap, kita pusing pantai dlu. Tapi sempat amek gambar kat sini je sebab Annaila poo-poo. |
banyak lagi tempat mainan, tapi ni je sempat snap sebab aku pun tak sabar nak terjun weyyyhhh! hahaha... |
budak kecik yg happy gilerrr dapat mandi....mama daddy pun same^^ |
Annaila tdo pas mandi...mama daddy boleh berjakuzi dan berehat! Yehhaaaa^^ |
Jakuzi.....asalnye penuh buih, ni dah ilang buih2 yg banyak tu....fefeeling omputih sambil main tiup2 belon jap...:p |
Haaaa....kata bercuti kan....Naila tido je, mama daddy fefeeling berscrub masker bagai dalam jakuzi....Eh scrub muka ye! Kata bercuti dan berehat. Haruslah bawak kelengkapan bagai. :p |
kami nak balik dahhhh....ada masa, ada wang, mau pergi lagi....weeee^^ |
best2... tak sabar nak pergi... =)
ReplyDeleteyang pakej ni 2 hari 1 malam ke??
ReplyDeletepandai mama bg naila men penat2..pastu naila letih..pastu naila tido...pandai mama ye..mama2 napa cadar katil tu?hahahaha.. :p
ReplyDeletegambar last tu, menjadi betul wawa tunduk tau..kakakakakakkaka
ReplyDeleteadui...kenapa la QQ xtido n kasi can macam cik Naila kita ni. Ini QQ pun sibuk nak berjakuzi sekali. heheheh
ReplyDeletecam best jer..mmg ada pakej birthday ek??? xtahu pun..hehehe..cer criter..cer criter
ReplyDeletepergh senapas jer baca nie..sib baik sempat tarik napas balik~
ReplyDeletehuwargh best la plak..xsbr nie nk ajk papa yaya g sn,xkishala lau surprise da xjd surprise..
eh lupa nak wish,hape belated birfday daddy annaila..
dan HAPPY 1st BIRTHDAY ANNAILA cumil,cntik,cun...
wahhh best nya..nant nak book jugak la...macam best...setahun dah naila eh...alhamdulillah...
ReplyDeletepandai dia wat suprise ye :)
ReplyDeletecantiknya si naila ni..bestnya dapat bercuti bertiga cenggini
ReplyDeletesyoknya jadi hubby u, ada bini pandai buat surprise *eh tetiba* hahahahaha
ReplyDeleteeh samala u dgn patung merah tu!
bestnyaaa..pandai mama wat suprise
ReplyDeleteUsually I don't read post on blogs, but I wish to say that this write-up very pressured me to try and do so! Your writing taste has been amazed me. Thanks, very nice post.
ReplyDeleteLook at my blog post ... fuji mini mite 3 hvlp
I don't even know how I ended up here, but I thought this post was good. I don't know who you are but
ReplyDeletecertainly you are going to a famous blogger if you aren't already ;) Cheers!
Here is my webpage - wagner 518080