Meh klik kejap~

Monday, April 8, 2013

Annaila : Earing baru untuk kanak-kanak 1 tahun~

Annaila dah ada earing! Hadiah birthday dari daddy^^ 

Kitorang tembak telinga Naila kat kedai emas Golden World Mines. Dulu beli cincin merisik kat situ jugak. Siap ukir-ukir nama lagi kat cincin tu. :'D

Harga tembak termasuk earing (bukan emas) pulak ada yang RM18, ada yang RM80. Beza dia, yang RM18 tu sakit siket, yang RM80 tu tak sakit. Tapi akak tu cakap, baby nangis jugak kalau amek yang RM80 tu. Baik amek yang RM18 je. Pastu ikut pengalaman aku masa kecik-kecik dulu, tembak yang murah tu tak sakit, cuma TERKEJUT. Ngeeeee! Sebaik lah aku pernah gak bertindik, boleh lah nak explain kat daddy Naila kan. Kalau tak mesti aku terpengaruh nak amek yang RM80 tu jugak.

Annaila menangis? Haaaa! Menangis gila-gila, padahal tak tembak pun lagi! Alaaaa, kanak-kanak tu menangis sebab kena pegang ketat-ketat je. Pastu aku tak berjaya pegang Annaila sebab dia meronta kuat sangat. Next, akak yang kerja kat kedai emas tu pulak pegang. Lagilah dia menangis sebab orang asing pegang. Tak berjaya jugak tembak. Last ada sorang abang tu suruh daddy Naila pegang, aku pulak pegang kepala Naila jangan bagi bergerak. Dan...............

"KTTIKKKK"

Yeayyyy! Earing berjaya di pasang. Ooooo lupa nak cakap, nak tembak tu sampai dua orang hokey sebab tembak serentak. Kalau buat sebelah-sebelah lagi susahhhh! Lepas tembak, aku terus dukung Naila keluar dari kedai tu sambil umpan lolipop.  Terus diam. Haaaa! Nampak tak sebenarnye tak sakit dan Annaila pun tak perasan langsung ada 'benda' kat telinga dia. Huahuahua~

Pastu masuk balik kedai tu cari earing be-betul punya. Eh harga emas tengah turun sekarang tau! Untong daddy Naila dapat harga murah hari tu. Aku ingat nak terus pasang yang emas punya kat telinga Naila tapi akak tu cakap tak boleh. At least kena tunggu 2 - 3 minggu baru boleh tukar. 

Cara nak jaga telinga tu pun dorang ada cakap. Lepas mandi tu, lap-lap siket bagi kering pastu sapu dengan minyak gamat. Dalam 2 - 3 minggu ni jugak, Annaila kena pantang makan telur, ayam dan seafood! Hehehehe. Kecik-kecik dah ada pantang. ;p

Haaaa. Tu je kot pasal tindik telinga ni. Harap-harap Annaila tak gatal atau naik kudis kat telinga dia. Fuhhhhh!
Proses sebelum ditembak!
Dapat lolipop terus diam! Ngeeee~
Dan Annaila pun di umpan dengan macam-macam lepas ditindik. Hihihi.
Earing Annaila^^


18 comments:

  1. Wah.. makin cantik lah dia dah ada earing. Big girl dah. Hana pun pasang niat gak ni wa nak tindik telinga naurah. Kalau boleh nak buat sekarang sementara dia masih tak faham apa-apa dan tak kuat lagi nak tepis2 tangan tp ayah dia tak kasi. Hahaha

    Selamat berpantang ye Naila. lol kuikui

    ReplyDelete
  2. hadus ngeri la plak..ingat nak tidndik kn kat yaya skli tp mama dia tkut tlnga berdarah ke masa tembak tersasar ke..~

    patutla cntek ank dara nie smlm,da tindik telinga rupanya..

    eh wa,hrga emas trun bpe skrg?gtau eh

    ReplyDelete
  3. tula penah dengar gak ada budak zmn dlu2 tembak sebelah je sbb dh melalak xnk tembak sebelah lg.. hoho.

    ReplyDelete
  4. memang lawa bebudak pakai earing..anis pun nak buat kat hannah nanti ni..hihi..lawa earing baru naila tuh ;)

    ReplyDelete
  5. tambah cantik lah anaila pakai earring ni...

    ReplyDelete
  6. ahhh jeles la mcm ni..asyraf tak boleh pakai subang...hahahha..

    ReplyDelete
  7. Huaaaaaa jeles!! Nak jugakkkkkkkkkkkk tapi Ayra takde rambut lagi. Bapak nya kata, macam kelakar plak budak takde rambut pakai anting2.. tapi memang kelakar pun macam babyboy kan.. Hahahaha.. bertabah jela tunggu rambut dia panjang dulu..

    ReplyDelete
  8. hehee.. anak gegurl best kan leh pakaikan macam2 aksesori

    ReplyDelete
  9. wag comel naila da pakai earing....:)

    ReplyDelete
  10. alalala..annaila dah ada subang yer....hehe..auntie jer x bertindik sebab takut..ngeeee

    ReplyDelete
  11. wah..mestie bertambah comel ngan earing baru tue...

    ReplyDelete
  12. cantik lahhh earing naila...gojesssssssss....:)

    ReplyDelete
  13. Anak saya pun da tebuk telinga masa umur setahun... nangis nya kejap jer... kalu besau da payah kan... hehe cute tau bb gilr pakai anting2 nie... cam nak dara lg... hehe

    ReplyDelete
  14. besar dah ada earing :) makin besar anak kita..

    ReplyDelete
  15. yeay..geng tindik telinga awl..shahadah pun menangis jugak..mmg rsenye sebab terkejut kan..

    ReplyDelete
  16. Ooooo.Baru tau ..nanti nak hadiahkan lulu earing gak besday die nanti..:-)

    ReplyDelete