Tuesday, February 19, 2013

Backout Buyers????

"No Backout Buyers!"
"Once you blacklisted, we will not entertain any enquiry."
"Order dah confirm tak boleh cancel. Kalau cancel, kita takkan layan lagi lepas ni."

Semua ni POYO!

Cop! Aku adalah customer tapi dalam masa yang sama aku adalah peniaga online. Dalam business Mum Naila Collection, kalau ikutkan banyak kali aku jumpa customer yang order-order cancel. Booking punye lah lama tapi takde payment dan last-last cancel. Lepas tu aku buat camni, follow-up lepas 3 hari dan satu kali je aku tanye, kalau takde jawapan, aku pass kat orang lain. Kalau cancel, jawapan selalu aku terima, "Sorry, suami saya dah belikan." Walaupun aku tahu tu alasan, tapi takpe lah kan. Kita jawab elok-elok, jangan lah dia tak jadi beli, terus nak marah-marah atau merungut. Mungkin dia dapat harga lagi murah atau mungkin dia ubah fikiran takmo beli. Standard la manusia kan. Pernah jugak barang yang sampai kat customer terbukak plastik. Sampai customer tu cakap aku jual barang PRELOVED kat dia. Marah? Tak marah, tapi GABRA! Hihihi. First time kena cenggitu. Aku explain elok-elok kat dia cakap kemungkinan plastik tu rosak bila ada kat Pejabat Pos. Explain punye explain, baru dia okey. Adatlah berniaga kan, ada untung ada rugi. Tapi aku pernah kena macam tu, dapat kat aku barang tak okey, bila aku tanya, aku yang kena marah. Hahhh! Aku pun bengang la. Memang tak beli lagi dah kat situ.

Aku pernah gak la jadi backout buyer ni, tapi aku bengang giler sebab bukan kali pertama aku berurusan dengan dia. Aku pernah beli baju dan sekali tu je aku booking tak sampai 8 hours dan aku cancel kan order aku. Tu pun aku inform dia, bukan senyap je. Pastu terus dia unfriend aku. Aku tau dia unfriend pun bila aku nak recommend dia kat kawan aku, bukak wall UNFRIEND! Memang berangin la. Padahal sebelum aku cancel order tu aku banyak komen kat gambar-gambar yang dia tag kat wall aku yakinkan customer dia baju tu memang cantik. Haaa. Dah la nak promote barang dia tag-tag kat wall kita. Jadi macam tu, aku pangkah dia cari penjual lain yang tak strict sangat. Nampak tak kat situ dia dah hilang sorang customer. Bukan hilang sorang je, tapi dua orang sebab aku nak recommend dia kat kawan aku terus tak jadi.

Ciri-ciri seorang peniaga, salah satunye SANGGUP MENGHADAPI RISIKO! Haaaa ni bukan aku saje-saje buat statement, memang kalau belajar, benda ni memang ada. Pergi bukak buku. Takde buku pergi GOOGLE! Bagi aku nak berbusiness ni kau kena jalinkan hubungan baik dengan customer. Hubungan tu janganlah setakat ber'dear-dear' bagai, bila 'dear' kau tak jadi beli, terus kau pangkah besar-besar. Hellllloooooo kita taktau apa masalah orang tu, mungkin time tu duit dia tak cukup ke, dapat harga lagi murah ke, berubah fikiran ke atau apa-apalah. Positive! Mungkin bukan rezeki kau. Tapi mungkin NEXT TIME. Lagipun barang tu bukan nye tak boleh jual balik kan? Cepat atau lambat je. Kau tak rugi SESEN pun! Nak kata rugi masa, penat melayan? Ehhh bukankah itu pengalaman orang berbisnes jumpa dengan pelbagai ragam customer dan bukankah pengalaman tu mematangkan kita macam mana nak handle customer-customer yang cerewet, yang suke order order cancel ni. Kau nak business, jumpa dengan semua customer yang OKEY je memang susah la camtu. Relex la. Kita jual online yang mana kebanyakan takde kedai sendiri, yang mana keuntungan tak banyak nak tarik bayar sewa kedai, bayar bil, bayar pekerja. Yileekkk okey! Dan kebanyakan peniaga online tak berdaftar pun dengan SSM. Jadi yang nak kecoh sangat apehal?

Kalau kau taknak juga tanggung kerugian MASA EMAS kau melayan customer tu, letak deposit ataupun masa nak confirm order bagi tempoh 24 hours untuk booking. Kalau takde pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, pass kat orang lain. Tak payah nak pumpang-pumpang up status, "Habis masa aku nak layan kau, last-last tak beli. Kalau rasa ragu-ragu nak beli, takyah la bertanya macam nak beli sangat." Kalau aku nampak je statement ni, aku terus cakap POYO! Kau pergi kedai, nak survey harga, kau tanye pekedai tu macam-macam, pastu last-last kau cakap "okeylah, tanye je". Kalau pekerja tu senyum, okeylah. Cer pekerja tu tarik muka, kau pun mesti menyampah gila terus hasut semua kaum kerabat, kawan-kawan jangan pergi kedai tu. Nampak tak situasinye sama je kalau kita up status cenggitu. Bezanye kalau kedai kau nampak sendiri mimik muka orang, kalau online kau nampak status-status merapu.

Kepada peniaga-peniaga online, tolonglah jangan buat cenggitu kat customer korang. Customer-customer tu la rezeki korang. Takde customer, takde income. Kita buat baik, insyaAllah dorang akan recommend kat orang lain. Kita buat busuk, dorang akan jaja busuk tu kat orang lain walaupun barang korang la paling tiptop! Aku tahu korang sakit hati kalau ada customer suruh peram lama-lama barang tapi last-last cancel. Bagi aku, baguslah dia cancel dari orang yang menipu kata dah bayar siap hantar "SLIP PEMBAYARAN" yang dah di EDIT, dan korang pun pergi post barang tu, LAGI SAKIT HATI! Kan. Kan. Kalau pun kau tak heran sorang customer lari, tapi reputasi kau tetap dah buruk sebab ada orang yang doakan benda tak baik kat kau. Aku customer, aku tahu lah. Hahahaha!

Sekian. Peace^^

***************************************
Last, baju-baju yang aku dah beli dekat minah tu sebelum aku di UNFRIEND kan. Baju ni belambak jual online. Kau blacklisted aku, aku pergi kat orang lain.


11 comments:

  1. Btoi btoi btoi...apa salahnya layan customer, jual barang jual budibahasa jugak...bukan rugi kan... Btw, cantik baju, beli kt mana? Nk beli jugak..hahaha

    ReplyDelete
  2. setuju tuh..kalau sombong dengan customer alamat tak laku la bisnes..hihi..lawa baju tuh..sesuai dengan tuan badan ;)

    comel anaila..pandai tengok camera plak tuh..

    ReplyDelete
  3. i pon berniaga tapi bkn la dlm online bisnes...yup customer ni sangat byk perangainya & mmg kita kena hadap la utk jaga reputasi company...kadang2 pening gak nk layan tapi apa blh buat kn? hahaha

    ReplyDelete
  4. Skang sy suke shopping kat minninouseboutique...muah pun murah...hihi...tempat hari tu dah takmo beli...menyampah! Hahaha...

    Nana: kan...customer mcm2 ragam...ayah sy buat biz gak dan dlu klu cuti sekolah selalu kne jage kedai...kne maki hamun dgn customer dah biase...sobsobs...

    ReplyDelete
  5. hehehehe... betul sangat2.. itu lah dia nyer peniaga.. kalau bukan yg betul2 jiwa niaga, itu yang jadi gitu.. sometime, diorang tak nak letak diri diorang d tempat customer (even though tipu lah mereka juga bukan customer). kan?

    ReplyDelete
  6. owh..sangat bagus la ini entry wawa. Untuk peniaga online macam erna, ini adalah sangat bagus.sepanjang dah bertahun-tahun meniaga, erna x pernah la lagi nak marah2 kalau org cancel order. memang x terkira org2 yang cancel order, buat senyap dll. macam-macam kerenah ok!

    siap ada yang dah bayar..pastu merayu mintak pulangkan duit. x jadi nak beli. boleh gitu? huhuu...malas cite panjang..sebagai peniaga yang x nak bebankan customer, erna transfer semula duit ke account customer tu.

    TQ wawa..ini adalah sharing terbaik untuk peniaga online macam erna :)

    peace!

    ReplyDelete
  7. hohoho thanks for sharing... i pun baru je berjinak dlam online ni... =)

    ReplyDelete
  8. hamboi ni garang semacam ni...nak marah ke nak nasihat ni? hihihihi :)

    pisyaawww!

    ReplyDelete
  9. amboiii garang.hehehe.tp yelah.dorg ni sume poyo je,takut nk menghadapi rugi.

    ReplyDelete
  10. setuju2.. as a seller mmg kita kdg2 geram jugak dgn cust yg tetiba backout atau order order pastu bila nak bt payment senyappp je. adatla tu. dugaan berbisnes org kata.. esp on9 biz ni. ape2pun kita xlehla nak hentam je. customer kan always right hehe..

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates